Selasa, 31 Mac 2009

akan tiba masa nya kita akan pergi

keikhlasan itu permata dalam satu perjuangan..
kalau sukar melahirkan keikhlasan mungkin skali sudah tiba masa untuk berundur diri,
hanya mencari masa paling sesuai,
dengan penganti yang sesuai,
dengan akhlak lebih baik,
masa itu aku akan pergi..

Rabu, 11 Mac 2009

Eksperimen 5-S




Gadisku, rindu mendesakku mengantar warkah maya ini ke kantung emelmu. Kita bertemu di Quasimodo Club on Kantstrasse malam ini, ya sayang? Aku tidak mahu lagi membiarkan malamku nan indah ini sepi tanpa dirimu. Ah, pasti asyik-masyuk cinta ini dalam alunan jaz yang mengkhayalkan! Aku sudah menempah stammtish, khas buat gadisku nan jelita. Jumpa malam ini, sweetheart. Aku cinta padamu...
Aku seakan-akan mahu ketawa kuat tika kau menyumpah-nyumpah Kuwait yang membenarkan Amerika menggunakan Pangkalan Udara Ali Salem dan Ahmed al-Jaber bagi menempatkan fighters bombers, stealth bombers,tank busters dan helikopter Apache dan Blackhawk. Kau memaki hamun Qatar dan ibu negaranya Doha, tempat pangkakan Al-Jazeera yang juga mempunyai pangkalan tentera Amerika Syarikat. Kau meminta Tuhanmu melaknat Bahrain yang membenarkan laluannya ditempatkan armada 5th Fleet America dan kau menyumpah seranah Jordan yang membenarkan Special Operation Forces melancarkan operasi ke Iraq, juga menempatkan peluru berpandu Patriot; manakala Mesir membenarkan kapal perang melalui Terusan Suez dan penggunaan ruang udara. Aku ketawa. Ketawa kuat! Kau syaitan bertopengkan manusia. Melaknat manusia lain sedangkan dirimu mabuk dengan syahwat memuncak.
Hei.. hei.. aku Yahudilah! Yahudi!Kita bertemu di sini. Ya, di hadapan Braden-burger Tor ini. Bangunan kebanggaan Adolf Hitler yang merupakan simbol kekuatan Nazi. Kau anak Melayu yang belajar sains politik di bumi Jerman ini dan aku pengembara jalanan yang menjejak tamadun dan keruntuhan sesebuah bangsa. Aku dari bumi Baitullaham, bertaruh nyawa di Baghdad dan Afghanistan, berkelana ke Istanbul, menikmati keindahan kota Alhambra, malah tanah airmu Malaysia jua pernah aku jejaki. Aku mencari hikmah dan merenungi pengajaran di sebalik sejarah suatu tamadun bangsa yang berjaya ditegakkan dan diruntuhkan. Negarawan Jerman, Bismark pernah berkata: "Hanya orang bodoh yang berkata mereka belajar daripada pengalaman sendiri. Bagi saya, belajar daripada pengalaman orang lain adalah lebih berfaedah." Sayang, malam ini di apartmentmu, ya? Aku cinta kepadamu! Aku ke Baghdad selepas rejim Saddam tersungkur di tangan Bush. Aku mahu bangsa-bangsa ku belajar daripada kejatuhan Iraq. Kau terpinga. Katamu aku gadis bersemangat kental, berani dan cekal. Berapa kali mahu kubilang padamu? Aku Yahudilah. Yahudi! Bangsa yang tidak pernah kenal erti kekalahan dan kesusahan. Bukan seperti kau dan saudara-saudaramu. Layu! Mandom! Malas!Malah lemah dengan pujukan nafsu! Ha.. ha.. ha.. Kataku, Iraq dibebaskan daripada Uthamaniyyah oleh British pada 1917. Wartawan akhbar The Guardian yang bersama- sama Lt. Jen. Stanley Maude ketika itu melaporkan bagaimana tentera British disambut meriah. Enam bulan kemudian penduduk tempatan mula resah dan bangun menentang penjajah. Sejarah kembali berulang. Begitulah yang terjadi di Iraq hari ini. Nah, masih tidak mahu mengingati sejarah lagikah, kawan? Saddam menjadi presiden pada tahun 1979. Saddam menggunakan kekerasan untuk memastikan keamanan dan kestabilan. Ketika patung Saddam di Dataran Fardus ditumbangkan pada 9 April, rakyat Iraq, kebanyakan daripada puak Kurdish dan mereka bukan daripada puak Sunni, yang ditindas oleh Saddam selama dua puluh empat tahun, meraikan kemenangan tentera Amerika. Malang bagi Iraq. Orang- orang Syiah yang dizalimi oleh Saddam tidak mengambil bahagian untuk mempertahankan pemerintahan Saddam, maka inilah kesilapan besar Saddam. Sekarang Baghdad sekali lagi dijajah menerusi Coalition of the Willing. Lalu aku mengutip hikmah daripada peristiwa kejatuhan Iraq ini untuk ku bawa pulang ke Baitullaham. Agar bangsaku tidak berpecah belah seperti etnik Iraq. Kami punya visi dan misi memiliki bumi al- Quds. Perang Vietnam ialah petunjuknya. Dalam Perang Vietnam, gerila Vietcong dan rakyat bersatu menentang AS. Malah kuasa kecil dunia mampu menewaskan kuasa besar dunia- Perancis tewas di Algeria dan Vietnam dan China tewas di Vietnam, dan Rusia tumpas di Afghanistan.
+ Ha ha ha!- Dia sering berbicara tentang perpecahan dan penyatuan, sedangkan dirinya sendiri terpecah-pecah.
+ Maksudmu?- Agamanya... Imannya... Pegangannya.. hancur dalam amukan hawa nafsu syaitan. Sungguh memalukan dan mengaibkan!
+ Teruskan eksperimen.Learning of the Wise, Justice of the noble, Prayer of the pious, and Valor of the brave. Betapa gemilang tamadun Islam di Andalus sebelum mengalami kejatuhan pada 1492 Masihi. Bukankah pernah kunyatakan kepadamu, aku sudah menjejaki setiap inci tanah Alhambra. Di bawah kepimpinan Tariq bin Ziyad, kerajaan Visogoth berjaya dikalahkan pada 711, lalu Toledo dan Seville yang berada di bawah kepimpinan kerajaan Islam menjadi terkenal keranakebudayaan baru dan universiti-universitinya. Andalus menyaksikan kehadiran penuntut-penuntut ilmu dari segenap pelosok dunia, hatta Pope Rom jua pernah belajar di sana. Edward G. Brown dalam bukunya Islamic Medicine menyifatkan Andalus sebagai The Brilliant Civilization. Nama-nama ilmuwan terulung seperti Abul Qasim az- Zahrawi (Abul Casis) dan Ibnul Wafid (Aben Guefit) membuktikan Andalus subur dengan ilmu. Wajahmu merona merah kala aku menceritakan kepadamu bahawa perpecahan umat Islam membenarkan Kardinal Debidar mengangkat salib di atas bumbung Istana Raja al- Nasir sebagai menandakan berakhirnya pemerintahan Islam di Sepanyol. Orang Kristian yang menakluknya memulakan kerja-kerja penghapusan etnik terhadap penduduk Islam serta meruntuhkan tamadunnya. Jiwamu seakan-akan diunggis amarah yang meluap- luap. Kau menyatakan di hadapanku bahawa umat Islam tidak sudah-sudah dizalimi, malah kau menuduh bangsaku khianat dan kejam kepada peribumi Palestin. Kau menghina bangsaku! Hei, hei, kau dan saudara- saudaramu itu yang bodoh dan tolol! Andalus pernah menjadi pusat ilmuwan, namun umat Islam tidak pernah tahu menghargai sejarah keagungan Andalus. Bahkan keagungan tamadun Umaiyyah, Abbasiyyah dan Uthmaniyyah tidak pernah dijadikan contoh teladan oleh umat Islam. Hei.. hei.. kami bangsa Yahudi mahu belajar sejarah kehebatan tentera Mongol menakluk dunia! Tiada siapa yang menjangkakan kaum penggembala nomad yang buta huruf akan mencoret sejarah paling hitam di persada sejarah dunia. Orang yang mendiami padang rumput Steepe, Karakorum dan utara China ini hanya berjumlah lebih kurang tujuh ratus ribu orang. Walaupun jumlah mereka kecil, mereka ialah bala tentera yang terhandal dan terkejam di dunia. Bala tentera mereka begitu ramai dan boleh bergerak pantas sehinga sejauh seratus batu sehari. Mereka datang secara mengejut dan membunuh lebih daripada lima belas juta orang Islam. Mereka menumbangkan dan meruntuhkan kerajaan-kerajaan terkuat pada zamannya. Umat Islam hanya membiarkan sahaja kisah-kisah penting seperti ini usang, berhabuk dan kaku dalam helaian buku- buku sejarah. Namun kami, bangsa Yahudi tidak akan membelakangkan sejarah kerana sejarah ialah cermin yang memantulkan pengajaran supaya kita boleh mengambil iktibar atas kesilapan bangsa-bangsa terdahulu. Hubungan cinta kita retak kerana perbalahan itu. Peduli apa aku! Kau yang tergila- gilakan mata jeliku, bibirku yang mungil dan tubuhku nan gebu. Peduli apa aku andai kisah cinta palsu ini runtuh seperti runtuhnya Tembok Berlin yang memisahkan Jerman Barat dan Jerman Timur? Jerman telah melalui beberapa revolusi yang pastinya mematangkan rakyatnya kini. Pada tahun 1871, Otto von Bismark telah berjaya menyatupadukan Jerman melalui dasar real politik atau Machiavellian yang mengamalkan prinsip matlamat menghalalkan cara. Maka di sinilah yang bangsaku mahu pelajari. Kami bangsa Yahudi tidak akan sekali-kali lupa kepada pemerintahan kejam Kaisar Rusia yang menghapuskan bangsa Yahudi di situ dengan slogan antisemitisme. Akibatnya, kami dihalau dan bertebaran ke Eropah Barat, Amerika Utara dan Selatan. Kitab Perjanjian Lama menyatakan kami ialah penduduk asal Palestin yang telah diusir. Suatu hari nanti kami akan berkumpul kembali di Palestin kerana al-Masih yang dinanti-nanti akan membawa kemenangan dan juga lembaran baru dalam hidup kami yang bakal mengecapi kebahagian selama seribu tahun. Kami mengimpikan negara Israel yang lebih besar, meliputi wilayah yang bersempadan dengan Sungai Mesir dan Sungai Furat. Kami berpegang kuat kepada seruan Adolph Oremieux, Presiden Perikatan Yahudi Sedunia yang telah menulis dalam Arkib Bani Israel pada 21 November 1861 bahawa: " Semua bangsa mestilah dihapuskan, semua agama mestilah ditahan dan disekat. Bagaimanapun, Israel wajib kekal dan jangan pupus kerana Bani Israel ialah bangsa yang telah dipilih oleh Tuhan untuk menguasai dunia." Sayang, aku tidak berdaya lagi menahan rindu. Maafkan aku kerana menghina bangsamu. Kau bukan Yahudi totok kan? Aku sudah menempah dua tiket untuk menyaksikan teater muzikal di Hamburg Opera, kemudian langsung kita ke apartmentku, ya sayang? Aku cinta padamu! Saat kau galak bercengkerama denganku, aku mengingatkanmu akan kehebatan bangsaku. Amerika di bawah telunjuk Yahudi! Kata Ariel Sharon: " Saya ingin memberitahu anda sesuatu dengan jelas. Jangan bimbang mengenai tekanan Amerika ke atas Yahudi kerana kita, orang Yahudi, menguasai Amerika dan orang Amerika tahu akan hakikat ini." Bangsaku sentiasa menang. Sejak Perjanjian Skyes-Picot 1917, Britain memberikan jaminan kepada Pergerakan Zionis melalui surat James Balfour, Menteri Luar Britain kepada Lord Rothschild, penyokong kuat Zionis bagi mendapatkan sokongan masyarakat Yahudi untuk membantu Britain dalam Perang Dunia Pertama. Media di Amerika juga menyebelahi kami. Pelobi Yahudi di Amerika, di Capitol Hill, dapat menghalang penjualan senjata kepada negara Arab, menghukum senator atau ahli kongres yang menyokong Arab dan sudah mendapatkan sokongan senator dan ahli kongres untuk membantah Road Map. Amerika begitu mencintai Israel sehinggakan musuh Israel turut menjadi seteru Amerika. Kami hanyalah sebuah negara kecil yang mempunyai penduduk seramai empat juta, berjaya hidup dan mengecapi kejayaan di tengah-tengah bahang 280 juta Arab. Hei.. hei... kami Yahudilah! Yahudi!Kami bangsa yang cekal hati. Bahasa Hebrew yang terkubur dua ribu tahun telah dihidupkan semula sebagai bahasa kebangsaan kami. Hei... hei... bukalah matamu wahai kawan! Pemimpin kami yang kami kasihi itu pernah memberitahu media pada Mac 2002 bahawa " Orang Palestin perlu dibelasah sekuat-kuatnya, dan ia mesti perit. Kita harus menyebabkan mereka kehilangan. Barulah mereka sedar bahawa harga untuk bayaran balik ini tinggi." Dan tidakkah kau sedar bahawa rakyat Palestin itu pengganas, sebaliknya kami berjuang untuk mendapatkan hak milik kami? Ke mana dirimu menghilang? Aku mengintai-intai dirimu di Maybachufer tempoh hari. Kau kan selalu mengahabiskan masa memerhati barangan antik dan kraf tangan di satu- satunya pasar Turki di tanah Jerman ini? Namun, aku gagal menemuimu di sana. Sudah lama tidak bertemumu, sayang. Aku rindukan belaianmu. Jumpa aku di Kreuzberg. Aku rindukanmu! Sayang, aku tidak boleh menemuimu lagi. Aku kini di Baitullaham, mahu memastikan al-Quds menjadi milik Yahudi semula. Aku pernah beritahu kau dahulu kan? Aku hanya pengembara yang menjalankan eksperimen historikal di sini. Jerman hanya persinggahan sementara buatku, begitu jua dengan dirimu.Aku mengutip cebisan-cebisan sejarah daripada setiap tamadun bangsa yang aku singahi lalu mencantumkannya kembali supaya bangsaku dapat belajar daripada sejarah itu. Aku Yahudilah. Yahudi! Lupakan diriku, ya sayang!- Dia sudah mati.+ Siapa?- Jantan tolol tu!+ Huh, bagaimana boleh mati?- Bunuh diri.+ Semudah itu!?- Kecewa Cinta.+ Ha ha ha!- Eksperimenku berjaya!Kalian terpinga? Ah sebenarnya pengembaraanku ke segenap pelosok bumi bukanlah hanya sekadar pengembaraan historikal, sebaliknya aku dan empat ejen lain ditugaskan untuk menjalankan
Eksperimen 5-S
Smoke, School, Sport, Screen & Song, Sex.
Hei.. hei... aku gadis ejen CIA Mossad Israel. Lima ejen ditugaskan untuk melaksanakan Eksperimen 5-S ini. Kalian tahu kan, aku ditugaskan untuk eksperimen apa? Anak Melayu itu hanya bahan eksperimenku. Hei kawan.... bukankah aku selalu berkata kepada kalian, bangsaku bangsa yang belajar daripada sejarah. Kalian tentu tahu kan, lelai mudah tersungkur dalam pelukan perempuan. Lihat saja kejatuhan Clinton,kerana skandal seksnya dengan Monica Lewinsky.-
Setelah meneliti laporan kelima- lima ejen, kami meluluskan
Eksperimen 5-S.
+ Bila mahu melancarkan misi, tuan?-
Secepat mungkin.
+ Ranapkan umat Islam dengan Eksperimen 5-S; Smoke, School, Sport, Screen & Song, Sex.-
Ha ha ha! Jadikan mereka hamba kepada hawa nafsu!
Ghafirrah Idris, Mingguan Malaysia, 30 Nov 03

Selasa, 3 Mac 2009

hanya lirik: Ustaz Haji Akhil Hayy Rawa - Ikhlas dariku

Aku bukan seperti engkau sangkakan
Pura-pura didalam berjuang..
Aku tidak pandai menyulam rahsia
Juga tak pandai ku bermadah pujangga
Jika ada benci dihati
Oh katakanlah padaku..
Relaku terima walau kutukan
Asalkan aqidah terjaga..
Kerana tidak sanggup lagi
Mempermainkan dustur ilahi
hakikat hati tak terluka
walau zahirnya ada yang terluka..
Tuhan ku mohon keampunan
Ketelanjuran yang berulang kali
Teman kita paterikan di sini
Berakhir sebuah lamunan duniawi
Terima syukur taufik ilahi..
Tuhan ku mohon keampunan
Ketelanjuran yang berulang kali..

kawan yang setia