Jumaat, 18 Mei 2012

Kebahagian adalah bersamaNya

Kebahagian
   Setiap daripada kita semestinya mengimpikan kebahagian. Walaubagaimanapun, setiap daripada kita pasti memiliki definasi kebahagiaan yang berbeza.

   Andai saat ini saya meminta kalian mengambil sehelai kertas dan menulis pengertian kebahagian. saya yakin, setiap daripada kalangan kalian akan menulis dalam pengertian yang berbeza... Adapun ada yang menulisnya dalam perkataan yang sama, tapi andainya saya minta mereka membaca apa yang ditulis itu kembali, pasti intonasinya pasti berbeza.

 

 

Ahad, 13 Mei 2012

couple tempoh berkenalan?

Hassan Al Banna berpesan

" Walaupun seorang lelaki atau wanita mendampingi pasangannya dua puluh tahun sekalipun tetap tidak akan mengenalinya. Ini kerana ia akan cuba menyembunyikan keaibannya (zahir dan batin), Selepas berkahwin barulah keaiban yang disembunyi itu terserlah. terlihatlah riak dan kefasikannya seperti pepatah arab,setiap bekas yang penuh melelehkan airnya."

 .:.
cintaku kerana agamanya
dr farhan hadi 2012

Rabu, 9 Mei 2012

teori cinta faris Mei 2012

Ya Allah
Andai dia untukku
Maka dekatkanlah
Andai dia bukanlah takdir buat diriku
Jauhkanlah...
Bahagiakanlah dia dengan siapapun
dia bersama

beberapa minggu kemudian


Rasa sayang yang membuak-buak itu hilang
ia bagaikan Allah telah memberi jawapan
nada suara dia pun makin suram

bagai dijauhkan
aku pasrah....

zzzZZZZZ....

Isnin, 7 Mei 2012

‎#cinta kerana Allah#

 
cinta kerana Allah...
hakiki + abadi = selamanya dan diberkati
saya cintakan "dia" kerana Allah
saya cintakan "dia" selamanya dan semoga diberkati Allah

kalau kerana...
cantik = lupus tua
kaya = hari ini mungkin kita kaya, esok lusa mungkin papa
keturunan = anak ustaz/imam/datuk/raja pun bleh jadi perogol

bagaimanapun caranya harus betul...
seperti yang dibicarakan oleh sahabat saya, Mohd Nrfaizull Mohd Nor semalam...
restu ibubapa itu wajib...
ibubapa kita sangat kenal diri kita...

.:. niat tidak boleh menghalalkan cara...

Jumaat, 4 Mei 2012

luahati~ please keep me awake

saya sekarang


sekarang dalam mode bersenang-senang,
sedang perjuangan saya masih di permulaan...
amal ibadah masih lagi longlai...
malah makin longlai...
makin berlubang di sana sini...

walau aku sedar longlai nya aku
aku rasa berada dititik bersenang-senang...
bagai dicabut rasa resah yang penting tu...


tolong bantu saya untuk terus dalam mode sedar

boleh tak...
bisikkan herdikan dan kritikan pada diri ini...
saya rasa kritikal sangat penyakit yang menghinggap diri ini...

penyakit ni bukan sekadar menghinggap...
tapi ia sudah mula...
bagaikan mengawal jasad yang lemah ini...

solusinya
wakeup...
know ur problems...
berdamping dengan orang sentiasa mendekati Allah...
solat taubat...
bangun qiam...
jaga hubungan dengan kawan sekeliling...
jaga bicara, jaga akhlak, jaga hati, jaga mata...
konsisten dengan Al-Quran..
&.........

banyak lagi...

FARIS! U COULD IMPROVE URSELF!!

SINERGI HIJRAH HARUS DIPUPUK!!!

al-fatihah buat Bob Kuman


alfatihah atas kembalinya bob kuman ke rahmatullah

siapa menyangka pemergiannya menarik perhatian ramai pihak, sangat-sangat dimuliakan...
dia bukanlah seorang kaya di Malaysia...
wangnya di bank, ketika terlantar di hospital satu ketika dahulu cuma tinggal RM12 (klu x silap) dan akaunnya itu juga disekat...
mungkin ade penghibur yang lebih popular darinya, dan tidak dapat liputan sehebat ini...
pasti ade rahsia keberkatan hidupnya...
sama-samalah kita renungi dan dipohon agar dibukakan ibrah di sebalik peristiwa ini...
sentiasalah kita bersangka baik...
#semoga allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh.





kawan yang setia