Ahad, 29 Ogos 2010

tarbiyah ramadhan

assalamulaikum w.b.t
sungguh besar tarbiyyah ramadhan
besar lagi ketentuan tuhan
aku terima qada' dan qadarNya...

hanset ku dicuri semalam...
kira-kira pada jam 9 pagi...
ia mimpi buruk yang biasa datang dan pergi...
yang biasa luput dalam memori
tapi kali ini sungguh sukar aku menerima ketentuan Illahi seiklas hati...
satu sudut aku cuba redha...
namun tidak sepenuh hati...

namun pagi ini aku mengerti...
sahur terlepas...
sedang aku sudah berhabis untuk makan sahur...
subuh berjemaah pun terlepas...
hanya masbuk sahaja...

analoginya
aku tak sanggup menerima kehilangan hanset aku sebab aku beli
dan ak tak mampu membelinya sekali lagi buat masa ini

ak juga kehilangan nasi yang tak termakan kerana gagal bangun sahur...
aku tak mampu makan lagi kerana waktu sudah ssubuh...

semua berlaku itu atas kehendak Allah...
suka ataupun tidak ia adalah ketentuanNya...

bandingkan kisah ammar putera sumayyah
dia kehilangan ibu bapa nya kerana Islam...
dia menerima ketentuan Allah sebagai takdir dan tarbiyyah...
dia syahid di medan perang pada usia 93-94 tahun...
usia sangat tua untuk syahid di medan pperang
ini hasil tarbiyyah yang hebat walaupun tua
jiwa seorang penegak agama islam tidak tewas dik usia...
inilah hasil dari kefahaman yang mendalam terhadap islam
inilah signifikan pentarbiyyahan

Sabtu, 21 Ogos 2010

Bangkitlah daei

Bangkitlah daei
Bangkit… bangkitlah jiwa daripada illusi duniawi…
Illusi kesempurnaan diri…
Hingga kamu menutup kelemahan diri kamu dalam pandangan matamu yang kosong…
Kamu lari daripada sunnatullah…
Kamu leka hingga lupa jejak-jejak yang kamu mulakan dahulu…
Matamu kelabu dik illusi kesempurnaan diri…
Aku melihat jiwa kering kerendahan diri…
Kamu berlagak dengan kesempurnaan diri hingga hebat mencela kelemahan orang lain…
Kerana kamu ingin lari daripada sunnatullah seorang daei…
Seorang daie turun ke medannya…
Dia menjadi pencipta suasana bukan pengguna suasana…
Dia tidak pernah menyalahkan suasana…
Orang menyalahkan suasana, seorang pengecut yang tidak mampu berdepan dengan kelemahan diriya…
Mana cita-cita yang engkau agungkan dulu…
Mana harapan kamu yang kamu harapkan dulu…
Kamu insan lemah…

Perjalanan kita sudah terlalu panjang...
Sungguh jiwaku kecewa dengan dengan hasrat mu yang songsang...
Engkau ingin melepaskan perjuangan yang engkau mulakan dulu...
Inikah kesempurnaan dirimu yang engkau muliakan??

Ya Allah...
Teguhkan kami dalam perjalanan kami mendapatkan keredhaanmu...
Sungguh kami lemah...
Engkau maha berkuasa...

Ya Allah...
Satukan kami dalam perjalanan kami menuju kepada rahmatmu...
Sungguh jiwa kami kotor dengan nafsu amarah..
Maha suci Engkau...
Tuhan penguasa alam...

Aminn... Aminn...

Jumaat, 20 Ogos 2010

gumbira =)

lama dah tak gumbira
segala serabut da kurang da
harap yang tak ok lagi akan jadi ok

syukur moga Allah mudahkan kehidupan.. aminnnn

Rabu, 18 Ogos 2010


kenangan di uiam

bila la aku dapat peluang utk edit gambar family kbm cam ni... 

Sabtu, 14 Ogos 2010

nyatakan dalam satu ayat apa yang ingin capai dalam kehidupan ?
  1. inna solati wamahyaya wamamati lillahirabbil alamin
  2. nak bahagiakan orang disekeliling saya yang banyak berbakti pada saya
  3. walau susah senang hidup ini syurga harus dipastikan
apakah yang kamu lakukan untuk mencapainya?
pastikan terus berhijrah mentabiyyah berlandaskan alquran menaladani sirah

kawan yang setia