Selasa, 16 Februari 2010

pengalaman naik train tanpa tiket kali kedua...

 seperti biasa badan ini pasti letih selapas mendaki gunung angsi. selepas pulang dari  mines aku balik kolej dan mengemas baju. sesudah mandi aku meluruskan badan ku dan tanpa kusedari aku tertidur... sedar-sedar rehat yang tidak kurancang jam sudah pukul 7.55mlm...

sakit!!! jerit batinku. terasa sudah terlalu besar dosa ku pada yang esa... dengan jiwa penuh rasa menysal aku berwuduk dan  bersembahyang berdoa pada tuhan Allah maha Esa... dengan nekad aku cuba berbuat keputusan.

sudahlah tidak bertiket, jiwa ku ikat untuk bertekad mahu pulang ke kampung halaman mengenangkan ibu ku yang sudah hampiir sebulan belum ku temui... Lompat Train iulah azam nekadku macam ape yang abang izhar cadangkan... dengan penuh rasa bersalah aku meminta tolong syahfiz hantar aku ke stesen komuter Alhamdulillah dia sudi menolong ku... -  pertolongan dari Allah

setiba distesen komuter kira-kira pukul 8.06mlm - seorang abang memberitahu ku express wau tiba pukul 8.50mlm - masih banyak masa- Alhamdulillah - tidak lama kemudian seorang abang menyapa ku - " train da lepas " - lepas tu berboraklah ak dengan nya - dia pown same macam aku - takde tiket - bertemu rakan senasib - kira-kira pukul 8.40 train sampai- benda pertama aku buat adalah makan nasi- "Alhamdulilah jumpa jugak nasi aku ari ni.." detik dalam hati aku - lepas solat isyak qasar - selepas itu bermulalah pencarian tempat tidur ku... - tiada lainku fikirkan melainkan lantai train  yang berhabuk itu... - memandang masih banyak penumpang belum menaiki train - berehatlah aku dikerusi yang ada... - seorang adik tingkatan 1 duduk sebelah aku - dia datang dengan rombongan 9 orang ahli keluarga -

Isnin, 15 Februari 2010

Aku cintakan ciptaan Illahi: Gunung angsi bez...

alhamdulilah ari ini aku naik gunung angsi lagi..
tak sampai puncak...

tapi yang beznya...
aku dapat pengalaman berjalan dengan adik-adik yan comel dan luar dugaan...
kelincahan yang sukar kawal...
buat jiwa letih tambah sakit stressssssssssss...
huhu....

hooo.. subhanallah  Allah memang hebat...
adik-adikku ini... baruku sedar dorang lebih hebat daripada ak...
segan aku jadinya...

perutku yang tak slim...
badanku yang tak fit...
malu-malu...

tapi yang paling bez...
bleh mandi...
tangkap ikan...
tangkap udang...
guna tangan...

pengalaman yang tak tercapai akalku...
tak sangka naik gunung dapat tangkap udang...

dengan tangan pulak 2...
subhanallah...
alhamdulillah..

tapi sayang keindahan alam ini tiak dihargai dengan sebaiknya...
keseronokkan bergembira  sesama manusia
buat kita lupa kita tidak mencintai yang Esa...

kita tidak menghargai apa yang diberi kepada kita...
sampah dibuang merata-rata...
sakit mata
terluka jiwa, terseksa hatiku...

Rabu, 10 Februari 2010

kawan, kamu terlalu banyak berfikir kawan...

kamu sedih...
sema hal tidak kena...
sana benci kamu...
sini benci kamu...

tapi betulkah apa yang kamu rasa itu...
kamu pun tak pasti jawapan nya...

ia datang fikiran kau yang celaru...
tidak benar...

syaitan cuba menyesatkan kamu..
mengajak diri kamu untuk rasa jadi sampah...
dihina, dikeji....

hakikatnya... ia hadir dari hati kamu yang celaru...

fikir-fikikanlah....

bersangka baiklah...

positifkan jiwa selalu...

pohon ketenangan dari ALLAH...

sibukkan dirimu dengan zikullah dan selawat...

berfikir sesaat, bekerja setahun...

ingatlah bila kamu tidak berfikir...
tidak mustahil kamu boleh melakukan sesuatu yang kamu tidak suka selama setahun...

Selasa, 9 Februari 2010

first test sudah abis

alhamdulilah lepaslah bebanan jiwa ragaku. tadi aku dengan machonya keluar test sebagai orang pertama.. huhuhu..
harapanku... moga dapat betul banyak sikit dariada biasa... atless 70%... study malas, markah nak cantik je...
bebanan presentation masih menghantui jiwa ku... pedih.. sakit...
ya Allah, bantulah aku hambamu...
aku inginkan petunjuk daripada mu...
motivasikan hati ini supaya jadi orang yang rajin dan tidak pernah berputus asa...
betulkan niat dan usahaku..
jangan jadikan sifat dan sikap ku menjadi itnah kepada agamaMU..
amin....

Sabtu, 6 Februari 2010

APA YANG INGIN AKU KATAKAN


Lari daripada masalah bukan cara terbaik...
Tetapi dalamilah masalah hingga ke akarnya kerana ia lebih penting...
Kehidupan jarang menjadi sebuah penyelesaian matematik, ia terlalu abstrak untuk diukur dengan jiwa yang lemah iman. Buatlah apa yang termampu, mungkin kita harus menggunakan akal fikiran dan daya usaha kita untuk mewujudkan keadaan yang selesa untuk semua.Berfikir untuk semua, berfikir sangat penting, menurut Rasulullah s.a.w berfikir sesaat lebih baik dari usaha setahun...
Hapuskan anologi, cipta sangkaan baik pada illahi kerana buruk yang kita sangkakan maka buruklah apa yang kita pinta pada tuhan. Sangkaan itu bagaikan harapan dan harapan akan selalu menjadi doa.  Sangkaan yang buruk bolehkah menjadi doa? Pasti tidak. Ia akan menjadi beban di jiwa. Ada benda yang perlu kita serah bulat-bulat untuk sementara pada Allah yang lebih mengetahui.
Menghormati ruang yang diingini oleh sahabat lebih baik dari kita berkejaran mencari penyelesaian yang tak tahu baik buruknya. Kita perlu ingat kerana jalan buntu perlukan masa dan ruang. Mohonlah kepada tuhan moga dibukakan jalan yang buntu.
Bertawakkal pada Allah adalah kunci penyelesaiannya kerana setiap apa yang datang daripadaNya akan kembali Nya...
Untuk saat ini...
Sungguh aku celaru menghadapi dugaan ini, meletakkan di tepian lebih baik bagi diriku kini. Tapi janganlah meletakkan diriku ini pusat pada semua pemasalah ini, kerana ia bukanlah niatku.
Jauh dari dalam hatiku, aku mahu diriku dibuang jauh-jauh. Aku insan miskin ilmu, jarang mencari nas-nas yang benar yang hak dalam membicarakan sesuatu.
 Ampunkn diriku sahabat... 
               Aku rasakan diriku bongkak sebagai seorang yang duduknya di atas.
               Aku tak selesa kataku dibudak-budakkan, biarlah aku menjadi insan yang kerdil di manapun  aku berada...kerana itulah tempatku yang harus aku berada.
Terima kasih atas semua kerjasama semua sahabat, moga ia diteruskan walaupun aku sekadar MED.

kawan yang setia