Selasa, 8 Februari 2011

Ingin jadi seperti Al-Fateh...

Hakikat.. Penyuluh Kegelapan Hati

Al-Anaam (095-101)
 Sesungguhnya Allah jualah yang membelah/menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. 
Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. 
inilah kekuasaan Allah.
maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya ?

Allah jualah yang menyingsingkan fajar 
yang menjadikan malam untuk tinggal berehat 
yang menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu . 
itulah Kuasa penentuan Allah 
Yang Maha Kuasa. 
Yang Maha Mengetahui.

Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu 
supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan malam 
di darat dan di laut.

Sesungguhnya Allah telah jelaskan tanda-tanda kebesaranNya satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui. 
Dia lah Yang mencipta kamu dari diri yang satu ,Adam, 
maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi), 
dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau Dalam kubur). 
Sesungguhnya Allah telah jelaskan tanda-tanda kebesaranNya satu persatu bagi orang-orang yang mengerti secara mendalam.
Dialah yang menurunkan hujan dari langit 
lalu Allah tumbuhkan Dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, 
dikeluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, 
dikeluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) Yang bergugus-gugus; 
dan dari pohon-pohon tamar, dari mayang-mayangnya 
tandan-tandan buah tamar yang mudah dicapai dan dipetik; 
Allah jadikan kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, 
Yang bersamaan bentuk, rupa dan rasanya 
Yang tidak bersamaan. perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. 
Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan kami) bagi orang-orang Yang beriman.
Orang kafir menjadikan jin sekutu bagi Allah, 
padahal Allah jualah Yang mencipta jin-jin itu; 
dan mereka berdusta terhadap Allah Dengan mengada-adakan baginya anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan, Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan. Maha suci Allah dan Maha Tinggilah ia dari apa Yang mereka sifatkan! 
Dialah yang menciptakan langit dan bumi. 
Bagaimanakah ia mempunyai anak sedang ia tidak mempunyai isteri? 
Allah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha mengetahui akan segala-galanya.

Sabtu, 5 Februari 2011

Teori Cinta Januari 2011


masa untuk berpuitis ^_~


Kerana engkau pernah ku cintai 
dan kita berada di orbit berbeza
ibarat dua planet yang berbeza
besar mana aku menyintaimu
tanpa kuasa tuhan yang maha esa 
kita mustahil akan bersama
seharusnya aku sedar dan redha dengan hikmah ketentuanNya


sudah terlalu lama
aku menyimpan rasa
menaruh cinta
kerana ia insipirasiku di zaman muda


kiniku cukup tua
untuk aku terus kebudak-budakkan
terus mengilaimu
terus memaku harapan di dinding illusiku


bukanlah salah dirimu sayang
ia dosaku
kerana terus rela menjadi hamba 
hamba pada nafsu rasa cintaku
cintaku padamu


cintaku itu menyesatkan
menyesat dalam illusi jiwa yang mengecewakan


itulah dugaan
dugaan bagi hamba tuhan yang maha Esa
Allah yang mengajar erti cinta hakiki


ke manapun engkau mencari cinta
selagi kamu belum menyintai tuhan yang menyelumuti dirimu
menyelimuti dirimu dengan rahmat dan kasih sayang
selagi itu kamu tidak akan pernah 
tidak akan pernah menemui cinta sejati

Selasa, 1 Februari 2011

Hijrah : Marshanda



Seronok rasanya menulis, tambahan lagi dapat mengingat kenangan perjalanan hijrah yang baru bermula dan destinasinya masih jauh untukku sampai.
Marshanda? Anda kenal?

kawan yang setia