Khamis, 26 Februari 2009

hanya lirik: Anuar Zain - I'm The Lucky One lyrics



Ku persembahkan satu citaku
Setulus hati hanyalah untukmu
Dan ku lakukan semampu aku
'Tuk menyayangimu
Hingga kau merasa jadi pujaanku

Chorus:
Meski bercinta kadang tak indah
Tapi 'tuk buktikan kau yang terindah
Dan ku pastikan
I'm the lucky one
Nikmati cinta
Lebih dari segalanya
Jiwaku dulu yang tak tersentuh
Kini terasa sejak bersamamu
Berikan hangat hingga ku tak mampu
'Tuk jauh darimuKerna kau yang bisa buatku bahagia

Bridge:
Caramu membuatku tak berdaya
Mata hatiku pun ikut terjaga
Kau ubah hidupku ini
Jadi sempurna


sejujurnya aku meminati lagu nyanyian anuar zain ini.. memang teruk kalau hendak aku fikirkan nape la lagu orang macam ni aku minat..

perangai mamat ni makin lama makin jauh dari agama.. makin perasan pulak tu..di sini bukanlah niat aku mengutuk dia yang aku lihat makin jauh dengan agama..

mungkin ini tak benar.. tapi inilah yang aku rasakan..

sebenarnya aku lebih ingin mempersoalkan lirik lagu ini..

dan sudah jadi kebiasaan bagi aku mengkritik lirik lagu yang aku dengar..memang sudah tidak dapat aku nafikan setiap lirik ada UNSUR MABUK DUNIA..

Manusia lebih teruja dengan cinta dunia berbanding cinta akhirat..


verse pertama

Ku persembahkan satu citaku

Setulus hati hanyalah untukmu

Dan ku lakukan semampu aku'

Tuk menyayangimu

Hingga kau merasa jadi pujaanku



sunguh indah, bile aku mendengar verse ini aku mempersoalkan aku menyoal diri ku.. menghentam diriku.. tentang cinta ku pada yang hak.. kekhusyukan aku dalam solat..

adakah aku beribadat dengan sempurna sehingga ALLAH merasakn aku ini seorang hamba yang sejati?? inilah yang selalu aku fikirkan...



Chorus:

Meski bercinta kadang tak indah

Tapi 'tuk buktikan kau yang terindah

Dan ku pastikan

I'm the lucky one

Nikmati cinta

Lebih dari segalanya

Jiwaku dulu yang tak tersentuh

Kini terasa sejak bersamamu

Berikan hangat hingga ku tak mampu

'Tuk jauh darimu

Kerna kau yang bisa buatku bahagia


sungguh dalam beragama ada yang tak indah pada nafsu kita..
tapi untuk aku buktikan cintaku pada tuhan yang tiada tuhan selain dia, ALLAH S.W.T ..
akan pastikan usahakan akan adanya manisnya iman di jiwa ini,
sungguh aku merasa syukur dengan nikmat iman dan islam,
sungguh aku tinggalkan tuhan yang telah mengurniakan segala apa yang aku ada ketika ini,
hanya dia yang memberi bahagia, kebahagiam abadi adalah disyurga..


Caramu membuatku tak berdaya

Mata hatiku pun ikut terjaga

Kau ubah hidupku ini

Jadi sempurna


cara ALLAH ialah cara hidup islam,
cara hidup terbaik,
hingga tak dapat tolaknya,
aku ini amalkannya seumur hidup aku..
itulah kata hatiku..
ISLAM THE WAY OF LIFE

Isnin, 23 Februari 2009

ma dan abah


cerita di sebalik gambar ini.. gambar ini diambil ketika tahun pertama perkahwinan abah dan ma...
pada hari gambar ni diambil.. pada awal ma saya sememangnya tidak mengetahui yang abah saya akan mengajaknya ke KB untuk mengambil gambar...
for me this is historic pictures,,

Khamis, 19 Februari 2009

PENGKONGSIAN HUJAH:Wang fiat punca kekayaan umat Islam tergadai

KOTA BHARU, 20 Sept (Hrkh) - Harta kekayaan umat Islam akan jatuh ke tangan orang bukan Islam memandangkan sistem kewangan fiat tidak dikuasai mereka, kata Prof Madya Dr Ahamed Kameel Mydin Meera.
Wang fiat dimaksudkan wang yang tiada nilai intrinsik tersendiri, sama seperti wang kertas dan wang elektronik yang digunakan sekarang.
"Dari perspektif ekonomi politik, berpindahnya kekayaan kepada institusi-institusi kewangan akan mengakibatkan berpindahnya juga kedaulatan serta kuasa politik kepada mereka.
"Mereka akhirnya akan menjadi pemerintah sebenar sesebuah negara," katanya ketika membentang kertas kerja pada Seminar Dinar Emas di sebuah hotel di sini, hari ini. Kertas kerjanya bertajuk 'Mengapa Dinar Emas Sejajar Dengan Maqasid al Syariah'.
Seminar itu diadakan sempena pelancaran Emas Dinar Kelantan yang pertama dilakukan dalam sejarah kewangan Islam di negara ini. Ia dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Permodalan Kelantan Bhd.
Dr Ahamed Kameel dari Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, mereka yang mengeluarkan wang fiat akan menikmati kuasa begitu mutlak kerana mempunyai kuasa beli di seluruh dunia.
Menurutnya, kuasa beli itu telah dinikmati Amerika Syarikat sejak sekian lama dan sekarang dicabar pula oleh Euro.
Katanya, dengan kuasa beli antarabangsa ini mereka dapat melaksanakan agenda-agenda termasuk membiayai Israel dan menindas umat Islam di serata dunia.
"Dengan memberi hutang menggunakan wang fiat yang mereka ciptakan, banyak negara membangun telah pun terperangkap dalam satu perangkap hutang. Tidak dapat bayar walaupun bahagian faedahnya, apa lagi pokoknya.
"Akhirnya kuasa politik dan pengurusan negara jatuh ke tangan institusi-institusi kewangan antarabangsa. Oleh yang demikian beransur-ansur harta kekayaan umat Islam jatuh ke tangan orang bukan Islam," ujarnya.
Beliau juga memetik ahli ekonomi Islam masa kini, Umer Chapra yang menyebut sistem ekonomi Islam tidak wujud di mana-mana dunia Islam.
Negara-negara Islam menyelesaikan masalah ekonomi mereka melalui polisi-polisi yang dibentuk dalam perspektif sekular.
Menurutnya juga, terdapat tiga ciri sistem kewangan masa kini yang mempunyai sifat-sifat riba iaitu wang fiat, perbankan fractional rezab dan riba.
Sehubungan itu beliau mengajak umat Islam memperjuangkan penggunaan wang emas kerana ia mempunyai nilai intrinsik tersendiri, yang sudah terbukti dalam sejarah ketamadunan manusia.
Bekas Pengurus Kanan Pengurusan Projek Bank Pembangunan Malaysia (M) Bhd, Hajah Nik Mahani Mohamad mendedahkan perjanjian Bretton Woods pada 1944, di mana 44 negara bersetuju bersandarkan mata wang kertas negara masing-masing kepada Dollar Amerika.
"Mengapa dunia memberikan persetujuan menggantikan gold standard dengan American Dollar.. dan betapa deception mereka. Dan sejak 1971 Dollar Amerika tidak lagi disandarkan kepada emas.
"Tindakan unilateral Presiden Nixon menandakan berakhirnya sistem piawai emas. Sehingga hari ini dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran pertukaran asing," katanya ketika membentang kertas kerja bertajuk 'Kembalinya Dinar, Sejarah dan Implikasinya'.
Bekas Pengarah Urusan Abrar Finance Bhd, Dr Rosli Yaakop pula berkata, wang kertas yang digunakan di Malaysia adalah dibuat daripada 'kain buruk' yang begitu murah nilainya.
Menurutnya juga, penggunaan dinar emas dan dirham bermula pada zaman Rasulullah s.a.w dan berakhir selepas Daulah Othamaniah tumbang pada 1924.
"Selepas dilupakan kira-kira tiga suku abab, kini sudah ada gerakan untuk menziarahi semula sistem ini dengan harapan ianya dapat dihidupkan kembali di negara-negara Islam," katanya.
Seminar itu mendapat sambutan menggalakkan termasuk dihadiri peserta dari luar Kelantan. Ia dirasmikan anggota Exco, Dato' Husam Musa. Manakala petang ini pelancaran Emas Dinar Kelantan dilakukan Menteri Besar. _





Khamis, 12 Februari 2009

dari darussyifa (http://www.darussyifa.org/)



ke koleksi doa2 darussyifa
(http://www.darussyifa.org/modules.php?name=Content&pa=list_pages_categories&cid=1)

Jumaat, 6 Februari 2009

tasbih.. (ditaip time cuti sem )

maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan dan bertasbihlah dengan memuji tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenam dan bertasbihlah pada wakyu tengah malam dan diujung siang hari, agar kamu merasa tenang

(surah thoha;130)

sebagai seorang daei pasti kita tidak boleh lari daripada menghadapi dugaan, antaranya kata-kata yang ingin melemahkan semangat kita dan tidak kurang juga kata-kata yang boleh meruntun iman kita.
ujian-ujian inilah asam garam yang mesti kita tempuhi sekiranya kita ingin merasai kemanisan iman seorang daei sejati.
namun begitu kita pasti akan terus terduga iman, apatah lagi kata-kata amat sensatif pada diri kita.bagi penulis kata-kata yang mempersoalkan kejujuran penulis amat menguris jiwa penulis...
pada suatu ketika penulis melanggar prinsip-prinsip daei yang penulis pelajari.. hingga suatu ketika hati ini ingin berundur dari medan ini..

realitinya pasti dan pasti mereka yang berada dalam medan ini akan terduga dengan perkara sebegini..
sebagai orang yang masih baru di dalam medan ini, terasa iman di dada masih begitu tipis sekali.. ujian yang kecil yang dihadapi bagaikan begitu berat membebani jiwa ini.

dalam menghadapi dugaan.. kita mudah melupai ALLAH, sedangkan ALLAH tidak pernah melupakan kita sebagai hambanya.....
mungkin inilah yang melayakkan kita menerima balasan daripadaNya..
pada ketika kita melupakannya pasti akan timbul rasa resah yang membebani jiwa yang lemah ini.. tambahan pula pada ketika kita menghadapi dugaan darinya..

dari ayat dari surah thoha di atas penulis mengakui bahawa...

-bertasbih(solat) mengingati ALLAH memberi KETENANGAN dalam diri...
kita selalu melupainya hingga timbul rasa celaru menguasai jiwa...sedangkan DIA adalah sumber ketenangan jiwa yang sejati...

-bersabarlah dalam hadapi dugaan...
dugaan yang yang dihadapi adalah satu perkara biasa dalam perjuangan... kesabaran adalah kunci kejayaan dalaam suatu perjuangan...

kawan yang setia