Rabu, 28 Mac 2012

Hafalan Solat Delisa



Buku sangat istimewa, walaupun mengalami sedikit masalah untuk membaca buku ini, kerana ia ditulis dalan bahasa indonesia. Jadi saya harus membaca dialog ini dalam bahasa indonesia dengan tone dan nadanya sekali.

 saya fikir gaya penulisan dan penekanan nilai yang dijadikan modal utama penulis dalam penulisannya sangat-sengat mengagumkan.

dalam banyak-banyak bacaan saya, saya fikir novel ini mempunyai nilainya yang tersendiri dan membezakannya dengan novel-novel tempelan dalam pasaran

andai ada lagi, peluang untuk membeli dan membaca buku hasil buah tangan darwish tere-lye ini, pasti saya takkan lepaskan... ^_^

jom jenguk fb penulis~ https://www.facebook.com/darwistereliye

Jom praktikal di Sekolah... (^^,)

Alhamdulillah saya sedang berada di semester akhir saya di UPM. Banyak sungguh dugaan sebagai pelajar ni. Namun semester ni masih ada sesuatu yang saya masih risaukan iaitu praktikal di sekolah. Sapa tak bimbang beb....

Namun rasa risau dan resah saya dalam hati saya ini nampak bersuluh sedikit, atas inisiatif Fakulti Pengajian Pendidikan aka fakulti saya. Yang telah bersusah payah berusaha menjayakan majlis taklimat dan forum...

Dari majlis itu, ade beberapa perkara yang saya dapat facebookkan dan saya fikir menarik untuk dikongsikan di blog havoc tak jadi ni...

  • 5 m sebelum kelas, pastikan kelas bersih.
  • Persediaan ilmu penting bagi guru. Guru kena lebih tahu dari pelajar
  • Kena rapat dengan penyelia praktikal
  • Kena duit cukup utk praktikal.
  • Kena rapat ng guru pembimbing,
  •  survey sekolah awal. 
persediaan ilmu?
Haruslah cukupkan? anak-anak murid sekarang memang pandai dan memandai-mandai jugak semua. Jadi ilmu guru bukan sahaja tentang apa yang akan diajar tapi juga bagaimana mengawal pelajar dalam konteks tindakan dan emosi mereka.

Guru harus mengawal proses pembelajaran dengan bijak, sebaiknya secara demokratik... tidak memaksa dan tidak juga terlampau memberi kebebasan. Kerana sekolah adalah tempat paling penting dalam pembentukan disiplin, emosi, intelektual dan kretiviti setiap pelajar. suasana pembelajaran yang kondusif bergantung kepada kredibiliti seorang guru yang mengawal kelas.

Guru yang baik mampu mengajar pelajar2 sehingga mereka memahami apa yang diajar. Tunjang kefahaman ini berakar kepada pengetahuan dan kaedah guru menyampaikan ilmu kan? Jadi kena la ingat balik setiap apa yang bakal diajari.



Survey sekolah dulu?


Macam mane sekolah yang menjadi tempat praktikal? Siapa pengetua? Ratio pelajar berdasarkan agama, bangsa ? Semua hal ini perlu diambil tahu bagaimana keadaan sekolah...


Apapun berlaku, saya fikir ia tidak harus menyebabkan kita meletakkan sangkaan buruk kepada para pelajar... just be positive and prepared kan? 


Macam falsafah pendidikan kebangsaan cakap....


“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”



Setiap pelajar itu berpontensi... dan tugas guru adalah mengembangkannya...


Duit kena cukup!


Ye lah~ praktikal di universiti ni tempohnya 12 minggu, banyak duit kena pakai. Selain kena cari duit dengan bekerja ataupun memeras duit adik beradik dan fama~ satu inisiatif  saya  dan kebanyakan rakan sekuliah ku dan kebanyakkan pelajar yang nak praktikal ini adalah memohon zakat dari pusat zakat upm.


boleh atau tidak? bukanlah persoalannya. Yang paling utama adalah berikhtiar. 


Tapi pendapat saya, yang lebih penting sekarang  saya  harus mencari duit dengan titik peluh ku sendiri~ I hope everything is gonna be ok!








Moh Kita!! Belajar tulisan Khat~

tapi sayang hanya untuk pelajar kolej 13 UPM

Selasa, 20 Mac 2012

Belajar? Benda lain lagi best??? (1)

 Saya selalu mengeluh belajar sesuatu yang membosankan. Tapi saya tak keseorangan dalam hal ini, kawan-kawan saya juga selalu mengeluh hal yang sama.

Sebagai mahasiswa, kehidupan kampus adakalanya terlampau stress dan penuh komitmen. Almaklumlah kita dilambakkan dengan timbunan laporan yang perlu disiapkan. Masa kita dipenuhi dengan jam kuliah yang panjang. Kerja amali adakalanya dilihat terlampau berat dan meletihkan.


Ramai cakap KAHWIN lagi best daripada belajar.


Dengan itu, kita cuba lari dari realiti kerja yang berat ini. Kita cuba melihat cara kehidupan lain yang lebih menyeronokkan. Seringkali pandangan kita terhenti pada kehidupan  berdua, iaitu perkahwinan.

Sapa nak tinggal keseorangan?

Siapa tidak inginkan perhatian?

 Siapa tak nak hidup dengan orang tersayang?

Semestinya sahabat-sahabat mampu menjawab persoalan-persoalan yang saya utarakan diatas dengan ikhlas dengan penuh yakin sekali kan?

Inilah apa yang saya lihat sebagai realiti kehidupan yang kita harus akui sebagai sebuah kebenaran kan? Walaubagaimanapun terfikirkah kita bahawa perkahwinan menuntut komitmen yang lebih besar berbanding dengan belajar.

Dalam perkahwinan kita, belajar banyak perkara lagi. Malahan hal ini turut dibebani bersama-sama dengan tanggungjawab kepada pasangan, ibu bapa mertua, ipar duai, saudara mara pasangan... Dan lebih berat lagi dengan kehadiran orang baru. Dari sudut kewangan, hal ini lebih kritikal. Tanggungan rumah, elektrik, air dan sebagainya pasti akan lebih membebankan.

Banyak lagi, cabaran yang bakal dihadapi  dalam perkahwinan. Yang membuat anda lebih nekad berminat untuk kamu lebih merasakan belajar lagi best dari kahwin.




Ahad, 11 Mac 2012

Koleksi video sempena Oki Setiana Dewi Maghi Kelate~





Puisi Untuk Rakyat Kelantan





"bahagia sekali bisa hadir di negeri islamik, serambi mekah"





kawan yang setia