Selasa, 29 November 2011

.... 2g II 2OII

hari ini aku menangis
tanpaku rancang
di tempat aku merangkak mengenal tuhan
tempat aku bermujahadah menokok iman

aku bersyukur atas peliharaan illahi...
aku memilih untuk bermujahadah...
beribu ujian, beribu pergolakan melanda diri...
namun aku merasa Dia tempat aku memayung diri...
dari hina dusta dunia yang sentiasa menyesatkan diri ini...

sungguh sebelum ini,
beberapa tika lepas...
aku hanyut dibuai rasa cinta wanita...
tapi begitu pantas aku kecewa...
aku sedar dia bukanlah yang semudahku sangka...

hanya cinta Allah membawa bahagia...

Isnin, 21 November 2011

robinho ajar' anak die main bola... apa kaitan dengan taqwa?



pepatah melayu cakap... melentur buluh biarlah dari rebungnya...

sedey nampak ibubapa zaman sekarang berat mulut nak menceritakan keesaan Allah pada anak-anak...
zaman aku kecik-kecik dulu,
setiap kali ak nangis,
mak aku selalu cerita tentang Allah...
qada' dan qadar ketentuan Allah...
tq ma... :)

janganlah memberi kemewahan saja pada anak-anak anda....
kerana kemewahan hanya menenggelamkan anak-anak kamu kekeliruan dunia...
ingatlah bahawa kemewahan dunia takkan bawa anak-anak kepada kebahagian sejati...

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan
at-tahrim 6

maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (dia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku! Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku!
alfajr 15-16

seperti apa yang telah diperkatan dalam ayat alfajr yakinlah bahawa kesenangan akan menyesatkan andai ia tidak disulam dengan ketaqwaan kepada Allah S.W.T

Wallahualam...

jatuh hati : sampai bila?

best ke jatuh hati, andai selalu ditolak  :P
jatuh hati? kompemlah selalu...
tak keruan hati aku melayan ombak hati yang tak menentu ni...
sapa sanggup menaruh hati pada seseorang yang diyakini pasti akan menolak cinta di hati...

cinta ke?
tak guna , sebab aku yang pasti ia bukan cinta sejati...
ia tidak lebih dari gelodak ombak hati...
gelodak nafsu yang mencengkam hati...

hati?
hatiku kotor dengan rase yang tak suci...
bertahun-tahun aku membesihkan hati...
namun ia kotor kembali kerana azam yang sekelumit...

azam?
azam harus dijalinkan dengan keimanan...
dijalinkan dengan ketaqwaan...

bangkitlah walau beribu kali kamu jatuh...
beribu kali kamu jatuh tersungkur...
jatuh tersungkur dek ujian besar dalam kehidupan...

istighfarlah atas dosa-dosamu...
usah memandang enteng setiap dosa-dosamu...
menangislah.... pohon keampunan dari Pencipta yang Esa...
kerana dengan itu kamu akan ditemukan dengan cinta yang pasti...

Sabtu, 19 November 2011

cik kucing bleh urut saya x?

final year proyek? aku malas!!!

malas itu sikap penuh kenafsuan
ia berada dalam landasan ke puncak kerugian...
apalah erti hidup dengan penuh kemalasan...
ia tidak membawa kita kepada kemanisan iman dan pengorbanan...

mengorbankan malas ertinya membuat kerja dengan penuh keiklasan...
dan bekerja dengan penuh keikhlasan...

dalam pekerjaan kita harus memahami mengapa kita melakukan pekerjaan itu...
memahami keuntungan pekejaan yang kita lakukan itu...
memahami keuntungan yang tersurat dan tersirat..

to be continued.. kot..

Rabu, 16 November 2011

final year? layakkah??

final year?
Ya! saya pelajar tahun akhir!!
untuk mendapat gelaran ni... bukan sehari dua.. tapi 4 tahun menjadi anak dagang di tempat orang...

tapi adakah gelaran layak untuk gelaran itu?
ikhlas nak cakap... ak memang tak capai standard yang aku tetapkan sebagai pelajar tahun akhir...

nak tau apa standard yang aku tetapkan itu?
erm... xde sapa nak tau?

takpe aku ini muka tebal... nak cite jugak apa standard pelajar final year dalam otak aku ni...
huhuhu

1. matang dalam setiap tindakan...
2. fokus cekap memikul tanggung jawab...
3. serius dengan kehidupan
4. bijak mengurus masa
5. menjadi contoh buat teman dan lawan
6. meletak setiap sesuatu pada tempatnya


nampak cam x matang kan? hu3

Selasa, 15 November 2011

Motivasi Hati

mahar syurga itu ujian ranjau penuh liku... 
  1.  motivasinya iman dan taqwa~ 
  2.  hati yang ikhlas dan zuhud~
  3.  syukur sepanjang masa~ 
  4. meladani sirah para anbiya', para sahabat dan mereka yang berada di jalan-Nya~ 
  5. sahabat yang mengingatkan setiap kali lupa~

Ahad, 13 November 2011

belajar menyintai dia sesuci hamparan sutera

bila hati mencari cinta
belajar menyintai dia
belajar mengasihi dia
kerana aku melihat dia sesuci hamparan sutera
aku tak mengharap untuk mengharap untuk merindui dia setiap detik
kerana bukan itu yang dia perlukan
aku mengharap dia sentiasa dalam redha-Nya
aku mengharap dia sentiasa di dalam landasan menuju keredhaan-Nya
aku mengharap dia sentiasa merindui Dia sehebat mariam, ummu isa
andai dia bukan ditakdirkan bersamaku
aku mengharap dia ditemukan dengan sebaik lelaki
yang bisa membimbing dia ke jalan-Nya~

Khamis, 10 November 2011

aku suke cakap : ABDULLAH FROM ALGERIA


sambungan post yang sebelum ni...
lepas perginya budak pompuan tadi...
dengan lidah yang berbelit-belit... bersimpul-simpul...
aku mengubah lidah aku, otak aku kedalam mood bahasa omputih...
maklumla nak menegur foreigner...

seperti biase...
dengan tidak beradab mane aku pun mengeluarkan bunyi...
"where u want to go?"
berkali-kali jugak la baru dia faham
dia pun jawab " K12 " dalam bahase omputih

hah3
lepas tu aku tersipu-sipu malu mengucap salam dan menghulurkan tangan bersalam...

dari hentian bas pendidikan hingga ke K13 aku berborak dengan foreigner ni...
walau aku asyik terkeluar cakap BM je selalu...
It's ok, because i had gain somethings...

hasil borak ngan dia, aku dapat info ni

dia-
Abdullah from Algeria
an african Algeria

Algeria
agama terbesar di Algeria adalah Islam diikuti Kristian...
ade jugak aties dan animisme

yang paling best bile mula bertanya aku
mane lebih aku sukai antra belajar dalam bahasa Inggeris dan bahasa melayu
kemudian perbualan kami banyak berkisar tentang bahasa dan ilmu

hasil perbualan kami, kami setuju....
bahasa ibunda itu lebih sesuai digunakan dalam pembelajaran
kerana ia akan memudahkan penyampaian ilmu...
selain itu juga ia akan memperkasakan jati diri sesuatu bangsa dengan ilmu
kita harus sedar bahawa bahasa inggeris bukanlah bahasa ilmu..
ia tidak lebih sekadar bahasa komunikasi
transkrip ilmu-ilmu yang terdapat dalam bahasa arab, latin, greek, china masih banyak belum dialih bahasa lagi...
andai kita ingin maju kita harus mencontohi kehebatan tamadun-tamadun agung yang memajukan ketamadunan mereka dengan ilmu
mereka menterjemah transkip2 dari tamadun sebelum mereka kedalam bahasa mereka
hasilnya keilmuan dapat dirakyatkan
ia memudahkan pembelajaran dan kefahaman rakyat terhadap ilmu

antara keywords yang kami sebut adalah...
Knowledge is for All
Education is non-stop process..
we should not see education is stop as we past the school..

Rabu, 9 November 2011

aku suke cakap : Mood sapa menyapa

lepas balik dari kelas yang pelajarnya dibenarkan untuk "tidur"
aku pun berlalulah ke hentian bas fakulti pendidikan...
ramai sungguh dak tunggu bas kat sana...
dengan kepala suku mamai aku pun duduk di bahagian bangku hujung...
sebelah kiri aku ade foreigner sibuk beborak~
cam takbleh sapa jer aku tengok~
bosan~ bosan~ bosan~

sebelah kanan aku ade awek cun berjarak  lebih kurang 1 meter dari tempat aku duduk~
satu demi satu bas berlalu~
semua suasana edaran punya~
sobar je la faris~

bosan x bosan~
memikirkan skill komunikasi aku yang tak berapa bagus~
dan mengenangkan kejayaan demi kejayaan aku menyapa budak-budak yang aku tak kenali,
yang membuahkan kepuasan yang taktercapai akalku~ (^_^)
dengan menebalkan muka demi niat menghancuskan kebosanan yang menyelubungi hati~

memandangkan mr foreigners ni sibuk berborak,
aku pun mulakan sapa tak beradap aku dengan lafaz "nak kemana?" pada awek cun sebelah kanan aku...
waah memang aku fikir tak perlu berprotokol mana dalam menyapa  budak-budak upm ni...
nanti disangka nak ngorat pulak~
hu3

hasil sapaan yang tak beradap tu~
dapat gak aku menyoal siasat awek tu~ kah3 :D
dia budak civil engine rupenya~
nak ke PKU teman kawan...
balak kot hu3...
sian dia lama menunggu, sama cam aku~
tapi yang penting aku lagi lama menunggu~
kesian sungguh budak final year yang tak penah ade transport sendirik nihh..
:(

lepas beberapa ketika~
bas pun datang la~
membawa awek tu jauh meninggalkan insan sepi ni~
aku pulak malas nak naik bas KTP malas nak jalan balik ke K13..
maklumla petang ni xde kelas.. hu3

tunggu sambungannye malam ni pulak.. huhu

Selasa, 8 November 2011

jangan tinggalkanku

siapalah aku tanpa Dia...
Dia yang bila aku pejamkan mataku, hatiku melagukan seribu rasa kehambaan...
Namun bila aku melihat mata, aku kuburkan kehambaan itu...
aku mencari kebahagiaan tanpa kehambaan...
aku rasa kosong, rasa kosong itu membakar keimanan dalam diri...
ya Allah, sehebat ini ujianMu padaku...
apakah daya hatiku, tanpa hembusan redhaMu...

ya Allah, bawa diriku ke lautan redhaMu
ya Allah, bawa diriku ke langit kasihMu

ku akui...
setitis ibadahku padaMu selama ini...
takkan pernah membenarkan aku menghirup bauan syurga abadi...

kasih sayang dan cintaMulah...
ubat seribu duka dihatiku yang tenat ini...


Wahai Tuhanku
janganlah Engkau mengirakan salahku jika aku lupa atau tersalah.
janganlah Engkau bebankan kepada diriku bebanan Yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu sebelumku
janganlah Engkau pikulkan diriku apa yang tidak aku terdaya memikulnya.
maafkanlah kesalahanku, serta ampunkanlah dosaku, dan berilah rahmat kepadaku.
Engkaulah Penolongku

kawan yang setia