Khamis, 25 Julai 2013

Ramadhan Perjuanganku

Setiap kali, bulan Ramadhan berakhir hatiku pasti terasa menyesal...
Seperti ramadhan dipersia-siakan begitu sahaja.
Lailatulqadar seperti dibazirkan dengan kelekaan hidup...
Ibadah puasa seperti boleh dipersoalkan kesempurnaannya

Terawih dibuat ala kadar sehaja
Hati masih teringat ingat perkara maksiat
Akhlak seperti tiada bezanya antara sebelum dan selepas Ramadhan
Kualiti solat seperti tiada peningkatan

Kita kini berada di titik tengah ramadhan
Insafi pembaziran sebelum ini

Berazam gandakan kualiti
Berazam gandakan kuantiti
Beribadah secara bijak
Zikir dan istighfar harus tak lekang dari bibir dan hati...

Yang akan datang ibarat ilusi
Yang berhadapan tidak harus dipersiakan
Gambate!

Isnin, 15 Julai 2013

Bahaya Maggi Aka Mee Segera

Mee segerq telah menjadi makanan kegemaran yang diambil secara kerap. Ini kerana rasa nya yang enak dan senang disediakan. Hqkikatnya pengambilan mee segera secara adalah membahayakan kesihatan.

Disini saya senaraikan antara sebab kita perlu mengelak dari mengambil mee segera.

1. Penyerap nutrien
Mee menyerap nutrien daripada tubuh badan kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

2.penyebab kanser
Salah 1 ramuan di dalam mee segera dipanggil 'Styrofoam' yang boelh menyebabkan kanser

3. Keguguran
Ibu yang mengambil mee segera ketika mengandung boleh mengalami keguguran kerana ia menganggu perkembangan anak dalam kandungan.

4. Makanan tidak berkhasiat
Mee segera kaya dengan karbohidrat,  tetapi tidak mengandungi vitamin, fiber dan mineral.

5. Sodium
Mee segera mengandungi sodium yang tinggi.  kandungan yang tinggi boleh mengakibatkan sakit jantung,  strok, tekanan darah tinggi dan sakit buah pinggang

6. MSG
Monosodium glutamat digunakan untuk menaikkan perasa. Bagi mereka yang allergic dengannya, ia akan mengalami sakit kepala, dan rasa tidak sedap badan

7. Berat badan berlebihan
Memakan mee segara boleh mengakibatkan obesiti.  Mee mengandungi lemak dan kandungan sodium yang tinggi,  yang boleh menyebab penyerapan (retention) air dalam badan. Ini akan menyebabkan obesiti.

8.pencernaan
Mee segera tidak baik bagi sistem pencernaan. Pengambilan secara kerap boleh mengakibat gangguan pada usus.

9. Propylene Glycol
Ia adalah bahan yang digunakan supaya mee tidak kering dengan mengekalkan kelembapan di dalamnya. Ia melemahkan sistem imunisasi badan.ia mudah diserap badan dan menganggu buah pinggang , hati dan jantung.

10. Metabolisma
Pengambilan secara kerap boleh menggangu kadar metabolisme badan. Ia disebabkan oleh kandungan kimia yang ada 9ada perasa, pewarna dan pengawet di dalam mee.

.p/s : belajar mengalih bahasa.. rujukan pada way2medicare.blogspot.com/2013/06/10-reasons-to-avoid-instant-noodles.html?m=1

Jumaat, 5 Julai 2013

:)

Saya tidak dapat nafikan
Pelajar2 saya ramai yang hebat di Facebook...
Like puluh2, ratus2 pun ade...
Tapi bila dalam kelas... di sekolah...
Tak mampu ikut sistem sekolah...
Ponteng pun ade...
Yang elok pun ramai sebenarnya...

Saya nak tengok pelajar saya hebat dalam semua aspek...
Semestinya lebih hebat daripada saya...
Ada daya usaha majukan diri dalam kelas dan luar kelas...

Ada kualiti untuk dihormati dan disayangi guru...
Akhlak yang boleh dipuji dan disenangi guru dan rakan...
Menjadi penenang hati... pengukir senyuman di wajah ibubapa...

Tundukkan nafsu dan suburkan iman...
Indah hidup ini andai hati tenang...
Gembira kerana menyenangkan hati orang yang...
Kita sayang... kita benci...

Ia cukup indah...
Believe me...

Rabu, 3 Julai 2013

Nauzubillah Andai Ini Kematianku

Bayangkan disaat ku memejamkan mata
Tiba2 terasa perit di seluruh tubuh

Bergetar seluruh tubuh
Merasa sakit yang tidak pernah menghinggapi tubuh
Perit pedih yang tak pernah dialami

Tekak merasa dahaga yang amat
Kepala merasa sakit menggigit-gigit
Pandang mata berpusing-pusing

Datang seorang tua yang membawa segelas air
Hati dan tangan ingin menerkam air itu
Namun seluruh tubuh langsung tidak berdaya
Bagaikan berjuta kali mencuba
Tetapi tidak berdaya

Si tua memberi tawaran padamu
Mengakulah aku tuhan
Pasti aku berikan padamu segelas air ini?

Hati dan fikiran bagaikan tidak mampu
Kecuali merelakan apa yang dipintanya...

Saat itu
TibaA-tiba...
Bagaikan seluruh tubuh dipanah
Oleh panahan berapi
Rasa sakit yang tak mampu

Errrhhhh
Maka tercabutlah...
Nyawa oleh malaikat Maut

Jasad dan roh
Bagaikan terbakar

Matiku tidak hiraukan
Inikah semua kerana dosa-dosa semalam?

Ibu ku yang tidak ku hiraukan
Bapaku yang ku rendahkan maruahnya
Saudara-saudara yang ku hinakan
Kawan yang ku pergunakan, perdayakan

Tuhan yang ku lupakan
Dunia yang ku besarkan

Isteri yang ku hancurkan
Anak-anak yang ku tinggalkan
Reput seluruh tubuh
Tidak siapa pedulikan
Hancur diratah sang ulat
Terpengsan dalam jasad yang hina

Tiba2 dibangunkan
Dari mimpi yang kelam
........
# APoint2Think #SiapalahSaya

kawan yang setia