Selasa, 30 Mac 2010

Pengharapan Aku Pada Ar-Rahman

tanpa kesyukuran dalam hati
hidup ini akan terasa sunyi
kosong...
pahit bak hempedu...
jiwa longlai menempuh dugaan...
iman goyang dek hasutan syaitan...

aku...
insan biasa...
masih mabuk dengan kefasikan...
sering kali rebah dek besarnya ombak dugaan...
jiwa ku kosong dik tandusnya kesyukuran...

Alhamdulillah atas nikmat islam...
aku bangkit kembali selepas badai...
hatiku masih sujud pada besarnya kasih tuhan...
rahmat cintaNya mencukupkan aku...
walaupum ada kalanya aku terlupa lalai dihimpit besarnya ombok godaan syaitan...

Malu...
malu aku...
besarnya kasih Ar-Rahman...
syukran-syukran...
Ar-Rahman, Ar-Rahman...

Ar-Rahman darimu datangnya kekayaan,
kayakan aku dengan cintaku padaMu,
hilangkan kebesaran dunia,
penuhkan aku dengan rasa kesyukuran,
ingatkan aku tentang dengan dekatnya tarikh pertemuan kita,
teguhkan imanku...

Engkaulah tempatku harapkan kasih sayang,
walau sering kali aku terlupa hakikat ini...

Jangan biarkan aku dengan mabuk dunia,
teguhkan aku dengan keimanan,
matikanlah aku dengan lafaz... LAILAHAILLALLAH
cukuplah hidupku sebagai hamba yang membesarkanMu.

Rabu, 24 Mac 2010

aku insan pendosa

moga Allah kuatkan hati menempuh hari yang mendatang...
letakkan diriku dalam jasad insan yang dicemuh manusia...
kerana kekurangan diriku...
kerana kejahatan diriku padaMu....

ya Allah...
ya Allah...
ampunkanlah dosaku....
sungguh aku insan yang banyak melakukan maksiat padamu...

kasih sayangmu pada hamba-hambaMu...
buat anak mataku membuahkan titis..
titis-titis tangis kecewa...
besarnya dosaku padamu....

titis-titisan ni tidak mampu membayar selautan nikmatMu yang Engkau berikan padaku setiap hari...
tangisku tersimpan terus di dalam hati pendosa ini...
tangisku sendiri...

bukankanlah pintu taubat Mu kepada ku...
kuatkan daku melawan jiwa terluka dik kesilapan ku sendiri...
ampunkan aku....

Rabu, 17 Mac 2010

Yahudi Orthodoks

dipetik dari http://ibnuyaacob.com/
Mengapa perlu mengetahui tentang Yahudi?
Jawapannya ringkas, di dalam ilmu konspirasi, bagi memahami bagaimana Yahudi mempengaruhi sejak ratusan tahun dahulu, adalah wajar bagi kita mengetahui dengan baik selok-belok agama Yahudi yang dicipta mereka. Mengetahui ciri-ciri agama dan budaya mereka akan menyelamatkan kita dari terikut-ikut akan ciri-ciri mereka.

(Mengetahui bukanlah bermaksud “mengamalkannnya”)

Misalnya, amalan meratapi kematian, jika tidak diketahui tentang amalan pengkebumian mereka (yahudi) maka kita berkemungkinan akan terikut-ikut tanpa disedari. Jikapun kita tahu ianya haram, kita hanya mengetahui ia dari segi hukum dan tidak mengetahui mengapa Rasulullah SAW mengharamkannya.

Selain itu, maklumat-maklumat yang dibentang tentang Yahudi Orthodoks di bahagian ini juga adalah untuk membawa kita mengimani apa yang disebut Allah SWT dalam surah an-Nahl, ayat 123;

“”Kemudian kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh atas jalan yang benar.”

Mengimani firman Allah di atas tidak boleh hanya sekadar sebutan mulut, haruslah bagi kita membuktikan keimanan itu dengan memahami intipati-intipati terselindung disebaliknya.

Tidaklah Allah firmankan ayat di atas hanya sekadar untuk dibaca dan dihafal ketika sembahyang melainkan ianya merupakan satu tugas besar yang Allah campakkan ke dalam dada umat Islam untuk memahaminya.

Takrifan Ringkas

Yahudi Orthodoks atau disebut juga Orthodoxs Judaism merupakan satu kelompok Yahudi yang mengamalkan ajaran Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa sejak sekian lama. Walaupun berlaku pelbagai perubahan dan olahan, namun mereka tetap percaya Taurat yang diamalkan sekarang adalah benar.

Kelompok Orthodoxs berselerak di seluruh dunia walaupun berada dalam komuniti yang cukup minoriti. Di dalam blog ini, kami cuba menumpukan khusus kepada kehidupan seharian Yahudi Orthodoks yang berada negara haram Israel sahaja.

Selasa, 16 Mac 2010

saat ini...

saat ini,
assignmentku menggunung tinggi,
deadline kini mendekati,

Khamis, 11 Mac 2010

selepas...

lama menyepi,
dalam sepi ada gundah dan kecewa,
yang indah itu harapan sahajakah???
atau impian cuma harapan kosong...

kalau ikut hati pasti aku mati...
pasti akan aku lupakan harapan yang ku tanam sekian lama...
tangis dan jerit pasti terlalu perlahan untuk didengar oleh insan-insan yang bergelar manusia...

benar...dan  benar...
kamu lebih baik dariku...

cita-citaku tak sebesar kamu...
aku insan berjiwa kerdil...
cuma insan cuba mencukupkan jiwa dengan dengan apa yang ade,

teruskan usahamu dengan besarnya jiwa mu dengan ape yang kamu impikan,
sungguh aku bukanlah insan yang harus ade dalam dairi hidup kamu semua...
assalamualikum

kawan yang setia