Sabtu, 10 Ogos 2013

Jadi baik

Nak jadi baik tu 2 bukan boleh amik masa sehari dua,
Bukan 3 4 minggu,
Bukan 5 6 bulan,
Bukan 7 8 tahun,
Bukan sedekat ataupun seabad
Tetapi ia proses yang tiada hujungnya....

Nonsense kalau nak mengaku diri ni lebih baik,
Hatta dengan pendosa mana pun,
Sebab setiap orang ade kebaikan yang tersendiri..
Keburukan dan kekurangan yang tersendiri...

Sangat penting untuk kita niat kebaikan dilaksanakan kerana Allah...
Bukanlah niat untuk menunjuk-nunjuk dan merasa diri lebih baik...
Umur kita panjang kawan,
Semoga usia kita ini diberkati dan redhai Allah...
Aminn~
♡ #luv2share ♡

Isnin, 5 Ogos 2013

Refleksi Ramadhan 1434

Apa yang mampu saya katakan, inilah ramadhan yang terbaik saya untuk 5 tahun kebelakangan ini...
Tapi apa yang saya lihat adalah begitu banyak kelompangan yang boleh diisi... Al Quran memang tak sempat khatam kot,
Tarawikh? Memang x sempurnalah kot... tapi alhamdulillah rasa seronok sangat dapat tarawikh daripada sebelumnya...
Puasa? Alhamdulillah tahun dapat hayati betapa puasa itu bukan sekadar menahan lapar dan dahaga... bukan hanya antara subuh dan maghrib....
Tetapi meliputi tempoh sepanjang siang dan malam...
Hakikatnya ramadhan masih belum berakhir, ada kira2 2 hari lagi...
Semoga sisa yang ada itu kita tidak mampu kita sia-siakan....
Semoga roh ramadhan akan hidup subur dalam jiwa kita di 11 bulan yang lain..

Saya memohon maaf atas kesilapan yang saya telah lakukan ke atas sesiapa yang membaca nota kecil saya ini...

Semoga kita sentiasa berada dalam keredhaanNya dan mampu menikmati kemanisan iman di dalam hati kita

Sejauh manapun kita tersasar, kembali kepada Allah kerana hanya bersamaNya kita akan beroleh kebahagiaan yang solid...

Ps: semestinya orang biasa2 seperti saya ini bukanlah orang terbaik untuk berkongsi rasa sebegini... jus #luv2share

kawan yang setia