Khamis, 23 Mei 2013

Selamat..

Masa saya tingkatan 4, saya sedih sangat sebab tak dapat sambung belajar kat mana-mana. Dalam hati saya, saya nak sangat sambung belajar kat MRSM dan SBP...

Walaupun keputusan PMR saya sangat cikai.. 6A je... Langsung tidak bersemangat nak belajar, mengadap subjek-subjek sains tulen yang aku fikir susah dan gelisah. Kawan-kawan aku memang sama je... negatif memanjang... hidup ini main-main sahaja.. peperiksaan dan ujian meniru, ada siap bagi kertas soalan lagi untuk ditiru... bertuah betul.. aku pulak masih dengan stigma negatif...

Antara detik yang paling kritikal, adalah diboikot oleh kawan-kawan sekelas n gaduh dengan segelintir pelajar perempuan di sekolah... perit sangat...kalau nak berkawan, waktu rehat aku cari kawan dari kelas lain, kawan-kawan dari sekolah rendah. Kawan yang ambil jurusan sastera n akaun. Apa yang aku buat... memberi semangat mereka belajar yang secara tak langsung memotivasi diri sendiri... ( inilah aku buat sampai sekarang) selain mecuri sedikit keceriaan hidup mereka...

Walaupun mereka bukanlah pelajar cemerlang, tapi hidup mereka bebas dri keEgoaan, Dendam... lantas hidup mereka sentiasa Ceria, Bangga dengan setiap Anugerah dari illahi.. walau result mereka ade ABCDE... tak seperti sebilangan pelajar cemerlang yang Angkuh, Bongkak dan Celaka kerana result mereka ade cuma ABC...

Itulah kehidupan yang dilalui, perit pedih... tapi semua itu penuh hikmah walaupun pernah dicaci sebagai seorang pelajar Bodoh oleh guru sendiri... Tetapi apa yang disebut sebagai cita-cita bila diri ini insaf bukan nilai kebanggaan tetapi hanya nilai kehambaan dan syukur... mencari keseronokan belajar sebagai ibadah...

Mencari Ilmu sebagai jihad menjadi permata keluarga...Alhamdulillah semua berubah, bila DIA membuka hati untuk tekun belajar... seronok belajar kerana Ilmu... result disepanjang tingkatan 4 dipenuhi kombinasi CDE berubah bila tingkatan 5 yang tidak pernah mencium C... 

kesimpulannya
belajarlah kerana Ilmu
selamat menjawab peperiksaan akhir semester

Khamis, 9 Mei 2013

Hidup untuk belajar

belajar melalui mendengar, tidak kisah tentang siapa dia, walaupun dia cuma driver... percakapan penuh nilai... asasnya ketaqwaan pada Allah SWT...

orang hidup dalam kesusahan, menyara keluarga, mengorbankan diri demi adik-adik... hingga ada yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara...

asas kejayaan rezeki yang didapatkan haruslah halal... walaupun persekitarannya penuh dugaan, dadah, arak, seks bebas... berbekalkan asas iman dalam yang kukuh, hal yang demikian bukanlah alasan...

inilah hasil daripada ibubapa yang mendidiknya dengan sebaiknya... meletakkan agama sebagai asas kepada didikan...

walaupun hidup bukanlah dilimpahi dengan kemewahan wang ringgit, tetapi hati tenang kerana disirami dengan rasa takwa, asas kehambaan kepada Allah taala...

#love2share #alhamdulillah #tqAllah #abangTAGO

kawan yang setia