Rabu, 29 Jun 2011

Taatlah!!! Rugilah Sang Munafiq... Rugilah golongan Kafir...


Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-Quran Yang mewajibkan taatnya).

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafik) Yang berkata: "Kami dengar", padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya).

Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk , di sisi Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatupun (dengan akal fikirannya).

Dan kalaulah Allah mengetahui ada kebaikan pada mereka, tentulah ia menjadikan mereka dapat mendengar; dan kalau Allah menjadikan mereka dapat mendengar juga (dengan keadaan Yang demikian), nescaya mereka tidak menerimanya sambil memalingkan diri.

Khamis, 16 Jun 2011

Lafazkan seikhlas hati

SeSungguhnya.....
SeIkhlas HatikU...
akU menGakui dengan Penuh Rasa KeHambaan DirikU
bahawa....
Pelindungku Adalah dan Hanyalah Allah
Tuhanku yang Selalu Menjaga kU...
Tuhanku yang Selalu Menolong kU...

Dialah yang Menurunkan Al-Qur'an yang memBawa keBenaran...
Dialah yang Melindungi Orang-orang yang Soleh.

Isnin, 13 Jun 2011

baik kawin jahat???

knape, org yang nakal2=jahat time remaje.. last2 nk berumah tangge pandai pulak nak cari yg alim n baek.. is it fair?? xpasal2 psgn yg baek tu jadi mangse..


j- alim dan baik itu perlu diuji dugaan dunia untuk menentukan keoriginalannya


btol tu... tp mcm mne org yg baek tu bleh bertahan dgn org yg da slalu buat dosa zaman mude2... mngkn pade mula nye janji akn berubah tp lma kelamaan perangai yg sme dtg balek?


j- tu tidak harus jadi persoalan sebenarnya... ramai yang sudah menghadapinya, ade yang berpisah kerana xthn, ade yang kekal tapi hidup tidak bahagia, ade yang turut sama jadi yang tak baik... hakikatnya inilah ujian yang jadi penapis iman yang sejati...
yang penting biarlah kisah lalu itu jadi pengajaran atas buruk baiknya... doalah untuk mendapat jodoh yang baik, bertaubatlah atas setiap dosa yang lalu, berhijrahlah kearah kebaikan tanpa titik noktah, untuk masa depan tanam cita-cita untuk islam dan jangan pernah takutkan mati...


---ini cuma pandangan... hakikat jawapan ade pada tuhan---
http://genta-rasa.com/2011/02/09/bercerita-tentang-jodoh/
bacalah tulisan ustaz pahrul untuk kebenaran~

kawan yang setia