Selasa, 31 Januari 2012

Tak Mati Tak Minum Coke


Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi . Katakanlah: "pada kedua-duanya  ada dosa besar dan ada pula beberapa manfa'at bagi manusia ,tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfa'atnya ". Dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan )? Katakanlah : "(Dermakanlah apa-apa ) yang berlebih dari keperluan (kamu)". Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya (keterangan-keterangan hukumNya supaya kamu berfikir.

Al Baqarah -19

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Al Maidah -90

Ahad, 29 Januari 2012

Nota Hati >> Kenduri Perkahwinan

Banyak hal kekurangan yang boleh dibicarakan tentang kekurangan yang dapat dilihat dalam perjalanan sebuah majlis kenduri perkahwinan~ Memang ia suatu yang besar dan berat, dan hanya mereka yang berjiwa besar dan bersedia boleh menjalankannya dengan baik.

Di satu sudut, sebenarnya aku benci untuk mendengar umpatan-umpatan tentang kekurangan yang dilihat. Walaupun ia hadir daripada mereka yang aku sayang. Tak elok sebenarnya.

Di satu sudut pula, aku lihat umpatan-umpatan ini harus dilihat sebagai kritikan-kritikan yang membina. Sesungguhnya setiap kritikan itu tersirat seribu pengajaran yang kita boleh manfaatkan. Yang buruk itu harus dijadikan sempadan, tetapi perlu dielakkan daripada dielakkan sumber kebencian dan keluhan. 

Bagi aku, keburukan orang perlu kita elakkan daripada ingati, sebagaimana kita mahu orang lain melupakan keburukan diri kita. 

Entahlah, bila asyik mendengar umpatan tentang isu yang sama. Aku akui kesabaran hati aku sangat teruji. Sakit bangat sihhh. Namun begitu, aku faham sangat yang mereka ni sudah cukup trauma dengan apa yang terjadi.

Trauma tak harus dijadikan alasan
Bila kita selalu berbicara tentang keburukan orang, maka bertambah sukarlah kita melihat keburukan sendiri. Inillah sifir yang aku pegang selama ni~


Sabtu, 28 Januari 2012

Aspirasi Takwa

Kenapa Aspirasi Takwa?
Berat sebenarnya hati saya untuk menulis post ini. Maklumlah apa yang diertikan oleh tajuknya pun sudah berat sebenarnya. Apa-apapun dalam catatan post kali ini saya cuba bercerita kenapa saya merubah identiti blog saya dari sudut capaian url dan tajuknya sekali.

Aspirasi menurut pandangan saya adalah bermaksud keinginan dan jika dirujuk dalam kamus ia disebut sebagai keinginan yang kuat (untuk mencapai, mengadakan, dan lain-lain sesuatu) atau dalam bahasa lebih ringkas sebagai cita-cita.

Taqwa yang saya maksudkan pula adalah rasa takut dan sayang saya pada Allah, tuhan mencipta seluruh alam. Menurut Syara', Taqwa bererti : "Menjaga dan memelihara diri dari siksa dan murka Allah Ta'ala dengan jalan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat"

Tuntasnya, Aspirasi Taqwa membawa maksud keinginan untuk merasa takut dan sayang pada Allah, dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangannya ikhlas hanya kerananya. Sesungguhnya dalam penulisan blog, harapan saya dapat  mencapai aspirasi taqwa.

Saya percaya. Saya percaya dengan menulis saya dapat memuhasabah diri saya, melihat kekurangan dan kelebihan saya. Mengkritik kesilapan yang saya lakukan dan memberi teguran kepada mereka yang saya fikir perlukan nya. Semestinya dengan blog, kita boleh berkongsi dan menyebarkan kebaikan dan kebenaran.

Ayuh berAspirasi Taqwa
Saya menyeru sahabat-sahabat saya untuk bersama-sama saya beraspirasi takwa. Sesungguhnya taqwa adalah satu tahap keimanan yang harus di capai semua manusia. Takwa adalah fitrah yang ditetapkan buat untuk manusia oleh Allah. 

Dengan mencapai takwa, insyaAllah kita akan mencapai kebahagiaan hakiki. Walau diduga seribu ombak dugaan, kita akan sentiasa mengikat hati kita kepada Allah. Sepedih manapun dugaan yang kita hadapi, hati yang diselubungi dengan roh takwa akan merembes kemanisan iman. Kepedihan dalam perjuangan akan dengan kemanisan yang hakiki.

Ayuh sahabat-sahabatku! Kita pastikan hati-hati kita bercita-cita untuk bertaqwa pada Allah. Mengimpikan syurga Allah dalam setiap perbuatan kita lakukan. Menolak tipu daya dunia yang melekakan.Ayuh kita semarakkan iman didada!

Tegurlah saya~
Saya memohon supaya sahabat-sahabat yang melihat kelemahan yang terdapat didalam diri saya tidak berlengah-lengah untuk memberi teguran kepada saya. Sesungguhnya adalah sukar untuk memperbaiki diri bila kelemahan dalam diri sendiri tidak diketahui. Saya percaya dengan teguran yang diberi secara berterusan, saya dapat memperbaiki diri kepada lebih baik secara konsisten.


Selasa, 10 Januari 2012

illusi cinta, aku kecewa - bila aku tak bisa memaafkan diri


pernahkah  berillusi cinta?
papepun cecuba tengok video kat atas ni?


terukkan aku layan video camni kan?
bukanlah baik manepun aku ni rupanya...
adakah ini hasil hijrah aku sebelum ni?
biarlah persoalan ni aku jawab sendiri dalam hati aku...


adakah itu indahnya cinta?
adakah itu memjanjikan cinta abadi? bahagia buat selamanya?
hidup ni panjangkan?
panjangnya panjanglah kan tapi cuma paling panjang 80 tahun lebih jer...

tapi boleh ke hari-hari kita dipenuhi dengan impian dating kat dalam video kat atas ni?
mungkin akan ada jawab ye?

papepun manusia ni bukanlah stabil mana pun...
untuk terus mengukir senyuman di bibirnya....
untuk merenung manja pada mata kita...

inilah hakikat...

apalah yang kita boleh harapkan manusia
ade kala bad mood tak bertempat...
berubah hati sesuka hati...
benci bagai harapan sudah terhapus di hati...
boleh menghina bagai diri terlampau suci...

siapalah aku untuk mendamba cinta manusia
hinalah aku mengejar cinta dunia
namun dalam leka aku lemas dalam kehinaan kerana lekanya aku dalam dunia

banyak dosa aku buat
banyak kali aku dihempas kerananya
hina kecewa dengan diri sendiri

sahabat tegurlah diriku
bencilah keburukan ku
namun janganlah kalian membenci diriku kerana nya

sahabat sungguh aku akan terus hanyut dalam arus dunia
bimbinglah aku, bunuhlah kejahilan dalam diriku
sindirlah aku, kerana kebodohan aku

ya Allah hadirkanlah sahabat yang hebat
yang mampu membunuh kejahilanku
mengheret aku ke jalan Mu

ya Allah sanggupkan hatiku untuk mengubah atur hidupku sepenuhnya
meninggal segala kesukaanku demi kesukaanMu
menyintai benciku andai ia kesukaanMu

ya Allah
jauhkan aku dari mereka membenciku
jauhkan aku dari mereka yang merasa aku menyusahkan
dekatkan aku pada yang menyintaiMu
tumbuhkan cintaku kepadaNya
sungguhku lemah tanpa cintaMu
hanyut dalam kegelapan.....

kawan yang setia