Khamis, 14 November 2013

Islam sokmo2

Jika hari ini, kita islam bukanlah milik kita...
Bagaimanakah keadaan kita saat ini...?
Alhamdulillah islam didada kita ini ditanam,
dalam hati kita sejak kita di alam rahim lagi...
Kita solat sejak di situ lagi...
Berkatilah kedua ibubapa kami...
Yang menjaga kami...
Mendidik kami...
Membela kami...
Sentiasa mengingatkan kami...
Berkorban hidup mereka demi kesejahteraan kami...
Allahuakbar Alhamdulillah Lailahaillallah
Subhanalallah...
Mereka hanya pengantara kasih sayangMu...
Keatas diri kami...
Syukur kami tidak pernah cukup padaMu
Ampunkanlah khilafan dan ketelanjuran kami...
Ya Rahman Ya Rahim...
Ikat hati kami padaMu
Supaya...
Keyakinan kami hanya padaMu...
Kami hanya mengadu padaMu...
Kami hanya merayu kasih sayangMu...
Allahualam
Lailahaillallah
Mudah menaip...
Tergelincir sokmo
Aduh..

Jumaat, 8 November 2013

Yeah! Old but always renewed love

Kalau cinta itu buta
Memang da rasa penangannya
All is well
Allah aku takut akan dosa2ku yang lalu
Pahatkan ketakutan ini di setiap saat degup jantungku...

P/s:
kita ada sejuta sebab kesedihan
Tapi aku cuma mahu satu alasan untuk menghias hati dengan kebahagian selepas segala kesedihan ini...
Kerana aku tahu aku adaMu kasih sayangMu belas kasihanMu
Hapuslah segala cinta dunia...
tumbuhlah cinta dari hamba buat sang Pencipta

Selasa, 5 November 2013

Ringkasan Tazkirah : Ustaz Sharhan "Menggilap Hati Ep1"

Tanyalah ustaz 2013


Hati itu sentiasa berubah
berbolak balik...
Taqwa datang dari hati kita
Raja dalam tubuh manusia
orang yang tidak menggunakan hati dan akal adalah seperti binatang yang berkaki empat

Penyakit Hati/Roh

-Hasad dengki
--datang rasa tidak syukur
--hayati kisah qabil dan habil yang membawa kepada pembunuhan
--merawat hasad dengki
---> ayat al israq 82
--dengki itu perlu
--->dengki dalam menuntut ilmu

-Tersilap cakap
--bercakap tanpa berfikir
--merungut/keluhan
--

-amalan yang tidak mulakan dengan hati
--setiap amalan bermula dengan hati
--niat yang baik
--mulakan dengan ikhlas
-->ikhlas sahaja yang diterima Allah SWT
-->sukar didapatkan..
-->ketidakiklasan akan mencalar hati

-Syirik
--Keraguan dalam Agama/Allah
-->ragu janji Allah, hari kiamat,
--tidak ampunkan oleh Allah

-Sombong dan bongkak
--cth IBLIS terperangkap dengan penyakit sombong dan bongkak yang menyesatkannya
--cth Firaun mengaku sebagai tuhan
--->iblis pengsan, ketika firaun mengaku tuhan, iblis takbur tetapi tidak pernah mengaku sebagai tuhan

-Bakhil
--tidak yakin pada sedekah
--iblis menakutkan manusia untuk bersedekah dengan kefakiran
--hidupkan/sembuhkan hati dengan sedekah
-->penerima sedekah berdoa
-->mendekatkan kita dengan Allah

-Makan tidak Halal

-Was-was

usia rezeki dan takwa

Bertambahnya nilai tahun masihi atau hijrah
Bertambahlah nilai usia kita
Yang berkurang hayat kita yang tersisa

Adakah rezeki yang bertambah atau berkurang?
Itu soalan persoalan yang subjektif...
Memang tepat rezeki itu sudah ditetapkan...
Ia tidak akan diambil atau dikurangkan oleh sesiapa...
Kecuali dengan kebenaran (autoriti) yang diberikan Allah...
Tapi sunnatullah tetap sunnatullah...
Kena usaha... nak yang banyak? Yang cukup? Yang berkat? Yang halal?
Semua perlu usaha... adakalanya ade sanggup meninggalkan yang berkat demi yang banyak...
Meninggalkan yang banyak demi yang halal...

Di sinilah letaknya pengaruh iman...
Iman bertambah dengan bertambah ilmu...
Bertambahnya bererti bertambah keyakinan...
Disaat kamu tiada apa-apa...
Yang kamu minta hanya pada Allah...
Dia cukupkan kamu dalam kecukupan...
Walaupun zahirnya kamu tidak punya apa-apa...

Disaat kamu dilihat punya segala-galanya...
Bukan yang kamu punya itu membantumu...
Hakikat semua itu datang daripada Allah...
Dengan izinNya...
Adakalanya semua itu tiada nilai dan ertinya...
Maka tidak boleh tidak...
Berjuta atau berbillion kepunyaanmu...
Itu cuma pinjaman dari Tuhan yang Esa...
Jika ini kamu sedar...
Yang banyak itu... tidak akan membuatmu megah...
Yang sikit itu.... tidak akan membuatmu kerdil...

Kerana kamu adaNya...
Usaha tetap usaha.
Yakin tetap yakin.
Iman tetap iman.

Andai Dia dihatiMu...
Damai tenanglah hatimu...
Yang kamu bimbangkan cuma dosa...
Lantas kamu meninggalkan segala perbuatan yang membawa kamu kepadanya...
Yang kamu cinta hanyalah keranaNya...
Ibu Ayah suami isteri sahabat kerana cintamu kepadaNya...

Salam Maal Hijrah sahabat2ku...
Semoga kita bertambah iman dan amal...
Meninggalkan segala yang mungkar...
Hidup kita sentiasa diberkati....

P/s:
andai mengganggu maafkan saya...
Andai tidak difahami pasti ia hadir atas kekurangan saya
Oops rajin menaip malam ni...
 

Sabtu, 2 November 2013

Bersangka Baik: Siapakah kita untuk menilai?

Photo: A 24 year old boy seeing out from the train's window shouted...

"Dad, look the trees are going behind!" dad smiled and a young couple sitting nearby, looked at the 24 year old's childish behaviour with
pity, suddenly he again exclaimed ... "dad, look the clouds are running with us !" the couple couldn't resist and said to the old man... "why don't
you take your son to a good doctor?" the old man
smiled and said ... "i did and we are just coming from the hospital, my son was blind from birth, he
just got his eyes today..."

Every single person on the planet has story.
"don't judge people before you truly know them. the truth might surprise you...
think before you say something...!!
seorang lelaki berusia 24 tahun memandang ke luar dari sebuah keretapi...
sambil menjerit..."ayah, tengok pokok itu berjalan ke belakang!"

Ayahnya tersenyum dan pasangan muda yang duduk berdekatan melihat perbuatan kebudak-budakkan(childish) lelaki berusia 24 tahun dengan penuh rasa kesian.

lelaki 24 tahun itu menambah lagi
"ayah, tengok awan itu berlari bersama kita"

Nyata pasangan muda itu, merasa kesian dan tidak tahan dengan sikap anak lelaki tua itu...
Lalu salah seorang daripada mereka berkata "kenapa kamu tidak membawa anak kamu untuk mendapatkan rawatan doktor pakar?"

lelaki tua itu tersenyum, lalu berkata... " saya telah membawanya untuk mendapat rawatan dan kami baru pulang dari hospital, anak saya buta sejak lahir, dan hari ini dia baru dapat melihat..."

setiap daripada kita di dunia ini memiliki kisah tersendiri.
"jangan menilai seseorangpun sebelum kamu mengenali mereka dengan sebaiknya. kebenaran akan mengejutkan kamu"

sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=544798112272867&set=a.312850485467632.75421.312842482135099&type=1

Nasihat ALI BIN ABI TALIB


demi Ainul Mardhiah

Andai di dunia umur kita...
Kita sang lelaki...
Umur tidak panjang...
@ tidak bisa menemukan insan solehah sebagai peneman hidup...
Jangan lah membinasakan diri di neraka kelak...

Jadilah...
Berusahalah...
Untuk jadi yang soleh...
Kerana,
jasad kita...
Roh kita...
Segala yang ada pada kita...
Bukanlah milik kita...

InsyaAllah setiap amal kita diterima...
Sebagai amal yang ikhlas...
Kerana istiqamah dan mujahadah...
InsyaAllah insan bergelar AINUL MARDIAH akan menanti kita di pintu syurga...

P/s: betul kan saya andai saya tersilap

bersabarlah dengan dunia

Di dunia ni kegembiraan dan kesedihan akan silih berganti
Di akhirat klu amal kita diterima dan kesalahan kita diampunkan Allah...
InsyaAllah hanya akan senyuman di bibir kita...
Klu sebaliknya... 
Hanya ada duka tangis dan sesalan pada diri kita..

Post by Mohd Faris.

Jumaat, 4 Oktober 2013

Tahniah buat Sahabat

Setiap Saat Aku Kembali

Mengadu

jumaat

Sabtu, 28 September 2013

tq TEACHER

Tribute to My Teacher

during i was in standard 6
i never past any english test
except in UPSR examination

But everything had changed after i entered middle school
i never fail any english examination in middle school
and i think a big credit should be given to my teacher
Teacher Rozita Othman

she inspired me
she makes me respect and honoured her, with her honesty and honoured life principle.
she taught everything to me about life.
i saw her as my mother during school period.

she always challenged me and all her student go futher in my life,
to have  successness not only in english subject but in entire life.
i have made consistent progress in english subject. d > c > b...

unfortunately i never got A...
it was because i unable to understand grammar rule.


But it never stop me make progress
I improved my english language through vocabulary and basic structure of the language. she always motivate me to do a lot of reading.
she always speak to me in english. im happy because it give me confident to speak english.


he3 #inisemuapoyo
p/s : grammar terabur... nasib muet dapat band 4. lol
lama da tak menulis dalam bahasa inggeris.... gua memang rindu ng cikgu aku sorang,
harap suatu hari nanti bleh jumpa face 2 face dan dapat cakap terima kasih kat dia.
Nabila Balqish ade no dia tak? kontak lagi tak dia? mau jumpa dia la~ teacher rozita~

trivia:

  • teacher rozita sebaya ngan ma saya
  • ayah teacher rozita adalah pengetua pertama sekolah menengah saya
  • ditugaskan sebagai founder sekolah
  • she is so sweet
  • dia tak boleh pegang kapur, sebab tangan dia sensitif sangat, nanti berdarah, so memang dia pakai alat pemegang kapur (zaman 2 xde white board maker)
  • dia bawak kancil merah, kekadang bawak kereta ayah dia, toyota corolla lama putih
  • pastu dia pakai avanza warna hijau
  • dia sedang mengajar di sekolah menengah ibrahim satu, (setahu saya tahun lepas)
  • dia bantu saya dapatkan langganan NST percuma 2 kali seminggu~
  • dia antara best student tempat dia belajar
  • antara penggubal silibus english, expert bidang literiture~


Sabtu, 10 Ogos 2013

Jadi baik

Nak jadi baik tu 2 bukan boleh amik masa sehari dua,
Bukan 3 4 minggu,
Bukan 5 6 bulan,
Bukan 7 8 tahun,
Bukan sedekat ataupun seabad
Tetapi ia proses yang tiada hujungnya....

Nonsense kalau nak mengaku diri ni lebih baik,
Hatta dengan pendosa mana pun,
Sebab setiap orang ade kebaikan yang tersendiri..
Keburukan dan kekurangan yang tersendiri...

Sangat penting untuk kita niat kebaikan dilaksanakan kerana Allah...
Bukanlah niat untuk menunjuk-nunjuk dan merasa diri lebih baik...
Umur kita panjang kawan,
Semoga usia kita ini diberkati dan redhai Allah...
Aminn~
♡ #luv2share ♡

Isnin, 5 Ogos 2013

Refleksi Ramadhan 1434

Apa yang mampu saya katakan, inilah ramadhan yang terbaik saya untuk 5 tahun kebelakangan ini...
Tapi apa yang saya lihat adalah begitu banyak kelompangan yang boleh diisi... Al Quran memang tak sempat khatam kot,
Tarawikh? Memang x sempurnalah kot... tapi alhamdulillah rasa seronok sangat dapat tarawikh daripada sebelumnya...
Puasa? Alhamdulillah tahun dapat hayati betapa puasa itu bukan sekadar menahan lapar dan dahaga... bukan hanya antara subuh dan maghrib....
Tetapi meliputi tempoh sepanjang siang dan malam...
Hakikatnya ramadhan masih belum berakhir, ada kira2 2 hari lagi...
Semoga sisa yang ada itu kita tidak mampu kita sia-siakan....
Semoga roh ramadhan akan hidup subur dalam jiwa kita di 11 bulan yang lain..

Saya memohon maaf atas kesilapan yang saya telah lakukan ke atas sesiapa yang membaca nota kecil saya ini...

Semoga kita sentiasa berada dalam keredhaanNya dan mampu menikmati kemanisan iman di dalam hati kita

Sejauh manapun kita tersasar, kembali kepada Allah kerana hanya bersamaNya kita akan beroleh kebahagiaan yang solid...

Ps: semestinya orang biasa2 seperti saya ini bukanlah orang terbaik untuk berkongsi rasa sebegini... jus #luv2share

Khamis, 25 Julai 2013

Ramadhan Perjuanganku

Setiap kali, bulan Ramadhan berakhir hatiku pasti terasa menyesal...
Seperti ramadhan dipersia-siakan begitu sahaja.
Lailatulqadar seperti dibazirkan dengan kelekaan hidup...
Ibadah puasa seperti boleh dipersoalkan kesempurnaannya

Terawih dibuat ala kadar sehaja
Hati masih teringat ingat perkara maksiat
Akhlak seperti tiada bezanya antara sebelum dan selepas Ramadhan
Kualiti solat seperti tiada peningkatan

Kita kini berada di titik tengah ramadhan
Insafi pembaziran sebelum ini

Berazam gandakan kualiti
Berazam gandakan kuantiti
Beribadah secara bijak
Zikir dan istighfar harus tak lekang dari bibir dan hati...

Yang akan datang ibarat ilusi
Yang berhadapan tidak harus dipersiakan
Gambate!

Isnin, 15 Julai 2013

Bahaya Maggi Aka Mee Segera

Mee segerq telah menjadi makanan kegemaran yang diambil secara kerap. Ini kerana rasa nya yang enak dan senang disediakan. Hqkikatnya pengambilan mee segera secara adalah membahayakan kesihatan.

Disini saya senaraikan antara sebab kita perlu mengelak dari mengambil mee segera.

1. Penyerap nutrien
Mee menyerap nutrien daripada tubuh badan kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

2.penyebab kanser
Salah 1 ramuan di dalam mee segera dipanggil 'Styrofoam' yang boelh menyebabkan kanser

3. Keguguran
Ibu yang mengambil mee segera ketika mengandung boleh mengalami keguguran kerana ia menganggu perkembangan anak dalam kandungan.

4. Makanan tidak berkhasiat
Mee segera kaya dengan karbohidrat,  tetapi tidak mengandungi vitamin, fiber dan mineral.

5. Sodium
Mee segera mengandungi sodium yang tinggi.  kandungan yang tinggi boleh mengakibatkan sakit jantung,  strok, tekanan darah tinggi dan sakit buah pinggang

6. MSG
Monosodium glutamat digunakan untuk menaikkan perasa. Bagi mereka yang allergic dengannya, ia akan mengalami sakit kepala, dan rasa tidak sedap badan

7. Berat badan berlebihan
Memakan mee segara boleh mengakibatkan obesiti.  Mee mengandungi lemak dan kandungan sodium yang tinggi,  yang boleh menyebab penyerapan (retention) air dalam badan. Ini akan menyebabkan obesiti.

8.pencernaan
Mee segera tidak baik bagi sistem pencernaan. Pengambilan secara kerap boleh mengakibat gangguan pada usus.

9. Propylene Glycol
Ia adalah bahan yang digunakan supaya mee tidak kering dengan mengekalkan kelembapan di dalamnya. Ia melemahkan sistem imunisasi badan.ia mudah diserap badan dan menganggu buah pinggang , hati dan jantung.

10. Metabolisma
Pengambilan secara kerap boleh menggangu kadar metabolisme badan. Ia disebabkan oleh kandungan kimia yang ada 9ada perasa, pewarna dan pengawet di dalam mee.

.p/s : belajar mengalih bahasa.. rujukan pada way2medicare.blogspot.com/2013/06/10-reasons-to-avoid-instant-noodles.html?m=1

Jumaat, 5 Julai 2013

:)

Saya tidak dapat nafikan
Pelajar2 saya ramai yang hebat di Facebook...
Like puluh2, ratus2 pun ade...
Tapi bila dalam kelas... di sekolah...
Tak mampu ikut sistem sekolah...
Ponteng pun ade...
Yang elok pun ramai sebenarnya...

Saya nak tengok pelajar saya hebat dalam semua aspek...
Semestinya lebih hebat daripada saya...
Ada daya usaha majukan diri dalam kelas dan luar kelas...

Ada kualiti untuk dihormati dan disayangi guru...
Akhlak yang boleh dipuji dan disenangi guru dan rakan...
Menjadi penenang hati... pengukir senyuman di wajah ibubapa...

Tundukkan nafsu dan suburkan iman...
Indah hidup ini andai hati tenang...
Gembira kerana menyenangkan hati orang yang...
Kita sayang... kita benci...

Ia cukup indah...
Believe me...

Rabu, 3 Julai 2013

Nauzubillah Andai Ini Kematianku

Bayangkan disaat ku memejamkan mata
Tiba2 terasa perit di seluruh tubuh

Bergetar seluruh tubuh
Merasa sakit yang tidak pernah menghinggapi tubuh
Perit pedih yang tak pernah dialami

Tekak merasa dahaga yang amat
Kepala merasa sakit menggigit-gigit
Pandang mata berpusing-pusing

Datang seorang tua yang membawa segelas air
Hati dan tangan ingin menerkam air itu
Namun seluruh tubuh langsung tidak berdaya
Bagaikan berjuta kali mencuba
Tetapi tidak berdaya

Si tua memberi tawaran padamu
Mengakulah aku tuhan
Pasti aku berikan padamu segelas air ini?

Hati dan fikiran bagaikan tidak mampu
Kecuali merelakan apa yang dipintanya...

Saat itu
TibaA-tiba...
Bagaikan seluruh tubuh dipanah
Oleh panahan berapi
Rasa sakit yang tak mampu

Errrhhhh
Maka tercabutlah...
Nyawa oleh malaikat Maut

Jasad dan roh
Bagaikan terbakar

Matiku tidak hiraukan
Inikah semua kerana dosa-dosa semalam?

Ibu ku yang tidak ku hiraukan
Bapaku yang ku rendahkan maruahnya
Saudara-saudara yang ku hinakan
Kawan yang ku pergunakan, perdayakan

Tuhan yang ku lupakan
Dunia yang ku besarkan

Isteri yang ku hancurkan
Anak-anak yang ku tinggalkan
Reput seluruh tubuh
Tidak siapa pedulikan
Hancur diratah sang ulat
Terpengsan dalam jasad yang hina

Tiba2 dibangunkan
Dari mimpi yang kelam
........
# APoint2Think #SiapalahSaya

Ahad, 30 Jun 2013

Betapa hidup ini dimudahkan...

Selepas kembali dari cuti semester kedua 2011/2012, aku ditakdirkan untuk diuji dengan satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan aku cedera, tidak mampu solat secara normal selama kira-kira tidak kurang daripada tempoh 4 minggu

Sedang saat itu begitu banyak hal yang perlu diselesaikan, almaklumlah mahu berpraktikal. Lesen motor pun tiada, motor jauh sekali...

Saat itu, majoriti sahabat sekuliah telah memulakan praktikal, aku masih ada satu subjek tersisa, memaksa aku menangguh praktikal sehingga selesai peperiksaan akhir. 

Dengan beban cuma 3 kredit perlu dihabiskan,  beban akademik memang ringan... saat ini sepatutnya dimanfaatkan untuk mendapatkan kerja sambilan sebagai inisiatif memperolehi wang saku bekalan berpraktikal selama 12 minggu.

Semua yang dirancang terganggu, nak solat berjemaah pun sukar. Harapan untuk memperbaiki rohani yang bermasalah selama ini adalah tidak kesampaian. 

Itulah ketentuan Allah,  aku tidak bisa mengubahnya... mungkin inilah ujian penghapus dosaku yang banyak itu.

Dengan susah payah aku menyelesaikan kuliah hingga minggu akhir kuliah. Pada minggu akhir itu juga, aku mula mendapatkan lesen L motosikal. Tarikh berpraktikal semakin hampir tinggal kira-kira 3 minggu...

Saat itu, aku masih belum mempunyai lesen, motorsikal... bukan itu sahaja, aku juga berdepan masalah fobia menunggang motosikal... sungguh kemalangan yang terjadi menyebabkan aku fobia pada kelajuan. Hanya mampu menunggang selaju 40km/j sahaja. Hati bagai dibadai taufan untuk memecut lebih laju.

Dua minggu sebelum praktikal,  aku pulang ke kampung... Niatnya satu sahaja, mendapatkan kelengkapan pakaian untuk praktikal dan mencari solusi kepada masalah kenderaan untuk berpraktikal...

Alhamdulillah,  aku semuanya dimudahkan... dua orang kakakku sudi meminjamkan wang untuk membeli motosikal...

Tamat peperiksaan akhir, aku berjaya menyelesaikan proses mendapat lesen L dan proses membeli motosikal. Untuk orang kecil seperti aku, ini adalah pencapaian besar dalam hidup. Disebalik berdepan masalah kurang keyakinan diri, aku berjaya mengatasi nya.

Walaupun semua itu selesai, proses mendapatkan lesen dan motosikal tidak dapat diselesaikan sebelum memulakan praktikal.  Bernasib baik sebab ada kawan sekuliah yang telah memulakan praktikal lebih awal sudi memberikan aku tumpangan ke sekolah praktikal.

Hari keempat praktikal proses membeli motosikal selesai, tetapi lesen masih belum diperolehi. Namun aku berkeputusan untuk bermotosikal ke sekolah walaupun tidak berlesen atas pelbagai sebab.

Sungguhpun hati fobia, tetap aku cekalkan hati. Meredah lebuh raya silk kajang untuk ke semenyih, sekali gus menumpang di rumah keluarga sahabat ku yang belajar di UIA GOMBAK.

Sememangnya hati berat untuk menyusahkan orang yang belum pernah dikenal. Hanya Allah sahaja yang tahu. Namun itulah pilihan yang terbaik yang ada...

Daripada kesukaran ini, aku terus mengorak langkah dalam kehidupan yang singkat ini. Aku tak ingin menoleh ke belakang lagi...

Dari Rincing, aku berpindah ke Bangi untuk menikmati kehidupan rohani yang
lebih baik. Surau dan majlis ilmu di sana sentiasa dirindui hati ini.

Dari seorang guru praktikal,  aku menjadi seorang guru ganti di Semuksin. Alhamdulillah jasa baik guru-guru disana banyak membantu aku. Hanya Allah sahajalah bisa membalas...

Sahabat Abim bangi akan sentiasa dikenang sebagai sahabat ilmu dan kehidupan.  Sentiasa menjadi role model yang terbaik bagaimana memberi komitmen pada kerjaya yang sibuk dan perjuangan Agama yang tidak pernah selesai.

Ahli keluarga yang sentiasa bersama walaupun dipisahkan dengan jarak dan masa... siapalah aku tanpa sokong mereka. Wang ringgit, kritikan dan semangat yang diberikan sentiasa menjadikan aku insan yang bersyukur.

Walaupun fobia dengan kelajuan dan motosikal... dengan motosikal itulah aku meneruskan kehidupan.... dari upm ke semenyih ke bangi ke kelantan. Kemudian kembali ke klang. Kemudian dari klang aku meredah banjaran titiwangsa ke tempat aku sekarang chenor pahang...

Buat semua yang hadir ke dalam hidupku, aku cuma mampu melafazkan terima kasih yang tiada taranya. Hanya Allah yang memberi sebaik-baik balasan. Moga aku mampu membalas dengan sekelumit jasa sebelum rohku dicabut dari tubuh yang lemah ini...
#Apoint2Thanks #luv2share #mogaBERMANFAAT
Maaf

Khamis, 23 Mei 2013

Selamat..

Masa saya tingkatan 4, saya sedih sangat sebab tak dapat sambung belajar kat mana-mana. Dalam hati saya, saya nak sangat sambung belajar kat MRSM dan SBP...

Walaupun keputusan PMR saya sangat cikai.. 6A je... Langsung tidak bersemangat nak belajar, mengadap subjek-subjek sains tulen yang aku fikir susah dan gelisah. Kawan-kawan aku memang sama je... negatif memanjang... hidup ini main-main sahaja.. peperiksaan dan ujian meniru, ada siap bagi kertas soalan lagi untuk ditiru... bertuah betul.. aku pulak masih dengan stigma negatif...

Antara detik yang paling kritikal, adalah diboikot oleh kawan-kawan sekelas n gaduh dengan segelintir pelajar perempuan di sekolah... perit sangat...kalau nak berkawan, waktu rehat aku cari kawan dari kelas lain, kawan-kawan dari sekolah rendah. Kawan yang ambil jurusan sastera n akaun. Apa yang aku buat... memberi semangat mereka belajar yang secara tak langsung memotivasi diri sendiri... ( inilah aku buat sampai sekarang) selain mecuri sedikit keceriaan hidup mereka...

Walaupun mereka bukanlah pelajar cemerlang, tapi hidup mereka bebas dri keEgoaan, Dendam... lantas hidup mereka sentiasa Ceria, Bangga dengan setiap Anugerah dari illahi.. walau result mereka ade ABCDE... tak seperti sebilangan pelajar cemerlang yang Angkuh, Bongkak dan Celaka kerana result mereka ade cuma ABC...

Itulah kehidupan yang dilalui, perit pedih... tapi semua itu penuh hikmah walaupun pernah dicaci sebagai seorang pelajar Bodoh oleh guru sendiri... Tetapi apa yang disebut sebagai cita-cita bila diri ini insaf bukan nilai kebanggaan tetapi hanya nilai kehambaan dan syukur... mencari keseronokan belajar sebagai ibadah...

Mencari Ilmu sebagai jihad menjadi permata keluarga...Alhamdulillah semua berubah, bila DIA membuka hati untuk tekun belajar... seronok belajar kerana Ilmu... result disepanjang tingkatan 4 dipenuhi kombinasi CDE berubah bila tingkatan 5 yang tidak pernah mencium C... 

kesimpulannya
belajarlah kerana Ilmu
selamat menjawab peperiksaan akhir semester

Khamis, 9 Mei 2013

Hidup untuk belajar

belajar melalui mendengar, tidak kisah tentang siapa dia, walaupun dia cuma driver... percakapan penuh nilai... asasnya ketaqwaan pada Allah SWT...

orang hidup dalam kesusahan, menyara keluarga, mengorbankan diri demi adik-adik... hingga ada yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara...

asas kejayaan rezeki yang didapatkan haruslah halal... walaupun persekitarannya penuh dugaan, dadah, arak, seks bebas... berbekalkan asas iman dalam yang kukuh, hal yang demikian bukanlah alasan...

inilah hasil daripada ibubapa yang mendidiknya dengan sebaiknya... meletakkan agama sebagai asas kepada didikan...

walaupun hidup bukanlah dilimpahi dengan kemewahan wang ringgit, tetapi hati tenang kerana disirami dengan rasa takwa, asas kehambaan kepada Allah taala...

#love2share #alhamdulillah #tqAllah #abangTAGO

Selasa, 30 April 2013

Mahatma Gandhi - 7 deadly sins

1. Wealth without work
2. Pleasure without conscience
3. Knowledge without character
4. Business without ethics/morality
5. Science without humanity
6. Religion without sacrifice
7. Politics without principle

Khamis, 11 April 2013

seronoknya DI SINI

assalamualaikum alhamdulillah,seronoknya hidup menumpang DI SI... Walaupun status ku hanya seperti seorang penumpang, tapi perjalanan hidupku sangat bahagia...

Kehidupan di sini, memiliki paten kehidupan yang aku impikan. Hidup berlandas hijrah ber"roh" takwa didalam hati...

Disinilah aku mampu bangkit seawal subuh, membesarkan keesaan Illahi... Bersolat zohor dan asar walaupun dihimpit kesibukan. BerSolat magrib dan isyak berjemaah disamping diberikan ruang berkongsi peringatan.

Disinilah tempat aku bisa membaca Al-quran keseorangan tanpa jemu, kerana dihiasi pemandangan anak-anak muda yang mentah...

Aku banyak mengambil teladan dari sikap mereka,aku melihat kekurangan diriku dalam diri mereka... Taddabbur sambil menilai diri nyata cukup meresap di hati kefahaman yang sedikit ini...

Moga aku bisa jadi lebih baik... Assalamualaikum, astagfirullah, alhamdulillah...

Khamis, 4 April 2013

Dunia baharu saya vs keciwa... ;)

Hari ini hari ke 35 saya berkhidmat di Kolej Vokasional Pertanian Chenor...

Hari ini juga hari pertama saya berpuasa... Setelah beberapa kali mencuba, tetapi gagal...

Walaupun tidak bersahur seperti isnin lalu, bahkan tubuh saya longlai lemah tidak seperti biasa...

Saya baikan diberi kekuatan untuk melaksanakan Ibadah rumit ini... Sukar mengurus perasaan untuk berpuasa...

Kemampuan ini, menandakan kesediaan saya mengadaptasikan diri di tempat baharu ini...

Syukur saya hari ini, adalah kerana mampu melaksanakan ibadah ini di saat sukar dalam kehidupan saya.

saya baharu sahaja, memutuskan hubungan dan harapan saya dengan seseorang yang saya cintai...

Tidur saya malam tadi tidak lena mengenang apa yang baharu sahaja terjadi. Kemampuan untuk berpuasa hari ini, adalah hadiah daripada Allah SWT...

Mungkin inilah jalan yang terbaik bagi diri saya... saya harap dapat kembali pulih segera daripada.kesedihan ini....

Tempoh kekecewaan saya sudah bermula sejak sebulan yang lalu. Hati ini puas dipujuk agar dapat menerima suratan ilahi yang sukar ini...

Saya yakin semua ini akan berakhir segera... Saya juga akan mengakhiri semua ini tanpa dendam benci atau dendam kepada sesiapa pun...

Malah apa yang telah berlaku ini, membawa saya lebih dekat dengan ALLAH... saya lebih tekun meningkat ibadah saya... Saya yakin inilah cara terbaik dalam menghadapi usaha ini...

Doakan saya kawan-kawan... Semua Allah mudahkan perjalanan hidup kita...

SubhanAllah, AlhamduLillah, Allahuakbar, Lailahaillallah....

we are for Allah... We need Him...

Jumaat, 15 Februari 2013

Nota usrah : harta & Q diri & tawakkal vs ikhtiar

Qalam
Harta bertulis, yang melibatkan masa depan tiada yang ikhlas.

qualiti
Sejauh mana kualiti kepimpinan abim..
Dalam skala 1 hingga 10,kita di mana?

Hal ini harus dilihat dalam konteks yang diri kita dahulu..

Adakah kita rasa selesa dengan keadaan diri kita?

Perlunya kita baiki diri untuk membaiki diri orang lain. Dan dengan itu kita akan gembira.

Apa yang kita lakukan, kita meyakini dengan "bi iznillah". Tapi ia harus didahului dengan ikhtiar.. 

Janganlah kita tawakkal melampaui kadar ikhtiar.. Seharusnya ia seiring.

Selasa, 12 Februari 2013

Hijrah 2013 : pencetus

Assalamualaikum, kepada yang sudi singgah ke sini..

Tanggal 10 mei, kira2 sebulan aku mula berkhidmat di Rohingya Education Centre (REC) Klang...

hari ini, masuk hari ketiga aku pulang kampung. Terima kasih pada cuti CNY.. Hee...

Sebelum tiba ke Klang aku lihat diriku sebagai liabiliti pada keluarga dan lebih besar pada agama juga.

Masa ku hanya diguna untuk mengadap kerja-kerja lagho...

Terpikir2 "apalah nak jawab di padang mashyar nanti, tentang ape manfaat aku pada ummat.. "

Klu terlintas bayangan neraka... terus kecut perut...

Sebagai orang muda, kudrat aku berlebih-lebih.. Tapi manfaatnya tiada... Malu kat Allah..

Hidup aku pun, tak ade apepun yang boleh aku banggakan...

Mahu berfikir masa depan tak ubah seperti berangan-angan seperti mat jenin...

Aku bagaikan dipanggil untuk ke klang. Walaupun dalam hati aku berat, rasa tanggung jawab sebagai hamba dan khalifah di bumi milik Allah 100% benar2 menggerakkan aku.

Tempoh membuat keputusan sangat singkat... Rase juga aku tergesa-gesa...

Yang meyakinkan aku cuma 1...

Harakah.. Gerakan yang menghidupkan roh islam dalam tubuh ini.. Harakah PKPIM ABIM WADAH...

dalam hati aku, aku semat satu prinsip.. "aku tidak mengharap layanan no1.. Setiap layanan itu semua kemudahan dari Allah.. Andai ada dugaan semua adalah tarbiyyah dan balasan dosa-dosa aku yang lalu"

Moga aku istiqamah..

P/s: sambungan di post akan datang, moga Allah izinkan.. Ambo x cekak nk type pepanjang..

Khamis, 7 Februari 2013

Asyahid syeikh ahmad yassin

 “Sesiapa yang hendak hidup untuk umat ini maka tiada baginya waktu yang sesuai dan yang tidak sesuai. Semua waktu hendak diusahakan agar sentiasa sesuai”. 

Isnin, 4 Februari 2013

Alhamdulillah Pesta Buku 1M PWTC

Tanggal 3 Febuari 2013

Aku mengagahkan hati untuk melangkah ke PWTC dengan perjalanan jauh dan panjang.

Keseorangan di sana. Tampak asing dikelilingi oleh mereka yang hadir bersama teman rapat @ ahli keluarga.

Itu bukanlah suatu yang menarik untuk diperkatakan... I know i may seem forever alone guy right there.. :(

Walaupun keseorangan, nafsu kepada bukan tak pudar di hatiku...

Dapat juga membeli al-quran...

Buku beduk diketuk

colours manual for designer

Dan buah tangan untuk anak-anak aku di sekolah... Aulad... 3 naskah yang sangat menarik untuk dijadikan helaian edaran anak-anak rebinaku di Sekolah..

Moga pembelian ini bermakna buat kehidupan ku..

Isnin, 28 Januari 2013

Saya dikecewakan

Seorang sahabat itu, kita pinta untuk menenangkan hati.

Andai tidak membahagiakan tapi jangan pula sampai mengecewakan hati kecil ini..

Aku rasa dikecewakan... Rasa marah rasa nak pukul-pukul je...

Puas memujuk dan istighfar. 

Biarlah orang buat kita, janganlah orang buat kita..

Berkali-kali aku pujuk...

Aku yakin disebalik semua ini ade hikmah....

Aku anggap ini maghfirah..  Jalan pengampunan dosa2 aku yang lalu...

Dosa yang bertimbun-timbun...

Ya Allah, dekatkan aku dengan pengampunan Mu...
Hancur leburkan sikap mazmumah yang busuk dan kotor...
Tumbuhkan sikap mahmudah yang harum dan menenangkan hatiku....

Amin...
P/s : dalam train balik ke klang dri kem KAFI

Ahad, 27 Januari 2013

Alhamdulillah KAFI ....

Kem Asas Fasilitator 2013 akhirnya tamat.

Saya adalah ajk makanan untuk program ini. last minutes punya...

sarapan hari pertama datangnya dari tiga gerai berbeza. Dengan empat variasi rasa dan kandungan yang berbeza.

Alhamdulillah semua boleh katakan SEMPOI habis...

Semuanya Allah mudahkan... Bukanlah hasil kehebatan saya.. Hee..

Memang sibuk... Tapi mungkin pengalaman lepas dan hasil pengalaman menjadi seorang bekerja fulltime...

Dulu saya ni memang sloopy sangat... Semua nk diingatkan dan asyik blur memanjang...

Alhamdulillah... Saya sangat gembira... TerimakasihALLAH...

Sabtu, 26 Januari 2013

Menuju KAFI

Sekarang ni saya dalam perjalanan dari kapar ke teras jernang.

Rasa teruja sangat dapat naik komuter... diawal perjalanan saya ini, terasa perjalanan kali ini sangat lancar...

setelah masuk minggu ketiga berada kapar inilah kali pertama saya bergerak keluar dari daerah klang.

Perjalanan saya kali adalah untuk bersama-sama sahabat-sahabat seperjuangan kampus untuk menjayakan program KAFI.

Secara peribadinya saya memang tidak mengetahui dengan jelas objektif program di sana.. Yang menggerakkan jasad ini, hanyalah roh perjuangan yang diserap sejak zaman kampus.

Jasad ini seakan tak rela melepaskan peluang bersama mereka. Ini adalah peluang menyerap kefahaman dan semangat untuk terus bertahan di lapangan bakti.

Semoga Allah merahmati dan meredhai perjalanan kali. Harap aku sihat sepanjang program itu nanti... (hujan2 basah... )

Ya Allah tabahkan hatiku menempuh segala dugaan dan cabaran.

Prinsip Asas Fasilitor

dalam kontak hubungan dengan peserta..

Keterbukaan
Kerahsiaan
Keadilan
Kebersamaan

Kebersihan dan Kekemasan

Ahad, 20 Januari 2013

Kerajaan Adil

Allah menolong tegaknya negara adil meskipun kafir, dan tidak menolong tegaknya negara zalim meskipun Muslim..
-ibnu Taymiyyah-

Selasa, 8 Januari 2013

dia memarahi ku

Dialah  yang sentiasa memarahiku
Dia yang membebel
Dia yang selalu mengharap padaku

maafkan aku sentiasa melukakan hatimu

Disaat dirimu menasihati ku
Ku dengarinya sebagai bebelan
Disaat itu aku melepaskan kata-kata yang menyakitimu

Aku melihat linangan air matamu
Syurgaku ditelapak kakimu
Lantas hati ku tersentak
Tergamak hatiku

Saat ini
Aku terbahak menangisi kesilapanku padamu...

Entah mengapa...
Aku masih ade disisimu
Aku masih berpeluang berbakti padamu

Aku rasa perpisahan itu terlalu dekat...

Ya Allah....
beri aku kesempatan berbakti padanya
Beri aku kekuatan pada batang tubuhku untuk berbakti padanya dengan penuh ikhlas
Beri aku kesabaran dalam menjadi anak yang soleh padanya, ya Allah...

#Mayehmahujadianaksolehpadama.

Buat yang Mengasihi

Saya nak mengadu kat sini. Agak-agak ade kisah tak? Tapi bukanlah hajat saya yang utama disini untuk dikisahkan kan?

Yang paling penting aku mengenal diriku agar senang buat diriku berhijrah. Berhijrah menjadi yang lebih baik....  ;-)

Aku rase kosong sangat skank... semua bende tak cukup...

Rasa macam xde yang faham jiwa kosong aku ni... Ayat orang tak bersyukur je kan?

Mane tak macam ni... Sebab asyik tengok tv je skank...

Dalam tv penuh cite cinta je... Jiwang habis jiwa gua... Hee...

Memang betulla... Yang kosong tu perlu diisi... Tapi perlu diisi dengan ape ye?

Cinta?
Siapa?
Untuk ape?
Wajib ke?

Macam-macam jawapan boleh timbul dalam mindaku...

Cukup-cukup aku mencari cinta... 2012 cukup perit untuk aku kenang....

Yang penting wanita yang aku jumpa semua namanya 'A' kat depan...

Semuanya tak buat aku yakin...
Akhirnya aku ditinggalkan dan meninggalkan...

Semuanya sebab aku sayang kat diorang...

Walau pun kita cuba menyintai tapi kita memohon petunjuk dari Allah...

Yang dicari bukan janji2 indah yang kosong...

@ harapan kebahagiaan

Tetapi yang dicari adalah jalan ke syurga...

Adakalanya kita perlu berhenti dipersinggahan ....

Ruang untuk merindui...
Ruang untuk berfikir...
Ruang untuk berdoa...
Ruang untuk belajar dan berusaha...

Yang penting penting kita imani ketentuan Nya...

Walaupun hari ini, saya tidak memahami diri awak...

Walaupun hari ini, saya lukakan hati awak...

Tapi itu keinginan saya yang paling utama...

Saya mahu mengenali awak

Dari jauh

Tanpa menabur harapan

Tanpa mencabuli kehormatan awak...

Biar jauh dari melukakan...

Andai jodoh kita ada jarak dan waktu takkan memisahkan kita...

kawan yang setia