Memaparkan catatan dengan label ske2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ske2. Papar semua catatan

Rabu, 28 September 2011

Ade Ape Dengan " Ping Pong" w1

pertama-tama nk cakap yang post ini post ngarut jerk....

sem ni dengan hati aku yang separuh ikhlas,
aku memilih Ping Pong sebagai subjek koko aku yang kedua...
~,~ V

pertama skali aku cam sengal je jalan dari gazebo ke Kompleks Mahasiswa atau lebih sesuai dipanggil "kompleks BHEP"...

lawa x lomografi camera murah aku...
ni fakulti aku... bangga kejap...


ni KM aka KBHEP... :P
simbol kegagalan MPP

ini instraktor... aka mantan intraktor ladang ikan tahun lepas


nasi lemak yang x cantik hasil kesengalan aku melukis..

org lidi ni hasil lukisan T.C. (Thailand - China)

sebelum mendapat sentuhan khas dari libya

bunga2 - bendera libya itu di lukis oleh sara dari libya


akak hort yang selalu sekelas pun ader dalam kelas ni...
laki tgh ckp ni budak ikan
yang lain x igt

tahpela mengarut

nampak cam x ckp banyak dalam gambar ni... tp kat luar mashaAllah

TC tgh bising 





setiap kali bertemu kawan baru pasti kita mengharap yang terbaik...
tp igt 1 perkara erti hidup pada memberi... :)

Rabu, 21 September 2011

Selamat datang semester baru, kuharapkan semua lebih baik

da makin bulattt.. :D


kamera baru... yang penting paling murah dalam pasaran
huhu aku bangga

masih setia sebagai kekasih aku
teman susah senang
ha3

hadiah dari seorang sahabat
peneman ketika mati kecil

masih setia dengan hempom yang paling baru aku ade
ia juga paling murah...
pernah benci die ni..
tapi sudah memahami dan menghargai kekurangannya...
aku mula menyintai nya :)

di bilik baru, blok baru, rumate baru...
harap langit selalu cerah
selepas meninggal musytari dengan berat hati
maklumla 4 tahun aku bermustautin di sana



dok aras paling bawah...
terkejut setiap kali dalam situasi begini...
pluto... aku berharap nasib ku lebih baik
fathi ayub antara rumate baru
handsome?
maaf dia kepunyaan ke'ah
:D haha


Jepun lwn Malaysia
ni satu2nya Ultras Malaysia dalam kalangan
Asperian Batch aku
aka Ayie


Isnin, 29 Ogos 2011

Hijrah : Inneke Koesherawati

kr :kapanlagi.com

edit from http://agamaberitaharian.blogspot.com by Hasliza Hassan

hebatnya petunjuk Tuhan yang Esa, beruntungnya insan yang mendapatkanya,
celakalah mereka yang mensia-siakan petunjuk Yang Esa.

Sebelum berhijrah
.
namanya cukup sinonim dengan watak-watak dalam filem berunsur seksual
tapi kasih sayang Allah lebih besar, benar kita tidak mampu merubah apa yang telah berlaku.

Benarlah apa yang dimaksudkan dalam surah Al-Ashr...
Demi Masa, sesungguhnya kita dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. 

Hakikat kehidupan...
kita adalah hari ini...
baik kita semalam tidak bererti jika kita hari ini melupakan Allah...
Melupakan Allah sebagai tuhan yang Esa...
Tempat pengharapan yang menjanjikan yang pasti...

Janganlah mengharap untuk menangguh esok untuk berubah...
esok tidak pasti...
hari ini adalah hakiki...
perjuangan masa untuk berjuang sekarang...
bukanlah sekadar semalam atau menanti esok yang x pasti!!!




Pelakon sinetron ini berpegang prinsip setiap manusia diseru saling mengingati 


 PESANAN Rasulullah SAW kepada umatnya, "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat." 


Justeru, tidak perlu menanti hingga bergelar ustazah barulah hendak mengajar atau membimbing masyarakat ke jalan yang diredai Allah SWT. Itulah prinsip dipegang pelakon sinetron Indonesia, Inneke Koesherawati, 32, yang menjadikan bakat kurniaan Allah SWT dalam bidang lakonan sebagai landasan menyebarkan syiar Islam melalui drama berunsur keagamaan dan kemasyarakatan. 


 Katanya, soal sudah bersedia atau belum untuk memulakan misi sebagai pendakwah tidak timbul kerana setiap manusia diseru supaya saling ingat mengingatkan dan nasihat menasihati kerana fitrah insan itu mereka mudah lupa.


 "Pesanan itu bukan ditujukan untuk golongan tertentu atau ulama saja tetapi semua umat Islam. Oleh itu, selagi boleh kita perlu sampaikan mengikut cara yang kita mampu," 


 Beliau yang lebih dikenali melalui watak Ibu Arini dalam drama bersiri Mutiara Hati tidak menafikan populariti sebagai pelakon akan memudahkan lagi usahanya untuk berdakwah dan meluaskan kelompok golongan yang ingin didekati. Inneke berkata, walaupun berhadapan dugaan tatkala mengambil keputusan untuk mematuhi syariat Islam yang mewajibkan wanita menutup aurat, hatinya pasrah dan menyerahkan masa depan kerjaya sebagai pelakon kepada ketentuan Allah SWT. 


 Hidayah illahi Mengimbas sejarah permulaan perubahan perjalanan hidupnya, wanita kelahiran kota Jakarta itu berkata, semuanya terjadi apabila hatinya tiba-tiba tertarik untuk mendengar ceramah agama yang disiarkan di televisyen.


 Sedangkan sebelum itu, ceramah agama pasti membuatkan matanya mengantuk tidak seperti menonton program gosip atau hiburan yang tidak pernah membosankan.


 "Tidak tahu kenapa tiba-tiba saya senang menonton dan mendengar ceramah. Apabila kerap mendengar ceramah hati mula lembut untuk membuka al-Quran dan membacanya. Tapi baca saja dan tidak faham. Kemudian saya baca terjemahan al-Quran.


 "Daripada itu saya sedar betapa banyaknya perintah Allah SWT dalam al-Quran yang tidak dituruti. Saya mula dengan solat. Dulu pun solat juga tetapi sehari solat, tiga bulan tidak. Sebulan solat, lima tahun tidak solat," katanya mengenang kembali kehidupan silam yang pernah dilalui. 


 Begitu juga dengan keputusan menutup aurat yang diperintahkan Allah SWT, juga kesan daripada pembacaan surah an-Nur dan al-Ahzab yang banyak menceritakan mengenai kewajipan wanita menutup auratnya. 


 Inneke berkata, jika itu adalah perintah Allah SWT, pastinya ada kebaikan di sebalik diwajibkan suruhan itu dan sebagai hamba-Nya, beliau cuba berbuat yang sebaiknya serta beristiqamah dengan ketentuan bakal dilalui selepas itu. 


 Tekad berubah 


 Bagaimanapun katanya, nikmat hidayah yang diberikan itu datang bersama dugaan kerana untuk mengekalkan perubahan dibuat lebih sukar berbanding membuat keputusan mengenakan tudung demi memenuhi tuntutan agama. 


 Ketika bertekad untuk tampil bertudung, beliau berhadapan dilema kerana gagal memujuk pihak produksi membenarkannya meneruskan penggambaran 52 episod drama dengan imej baru memandangkan watak yang dibawa, bukan watak wanita bertudung. 


 Tambahan, 10 episod sudah disiapkan dan untuk merombak skrip adalah sesuatu yang mustahil. Justeru, yakin dengan hikmah di sebalik apa yang berlaku, beliau tetap menyelesaikan penggambaran drama Jangan Ada Dusta, lakonan terakhir tanpa bertudung. Tetapi hanya di lokasi beliau tidak memakai tudung, pada waktu lainnya batas aurat cuba dijaga rapi. 


 Sebaik selesai penggambaran pada 2000, Inneke tampil dengan imej baru dan bermulalah perjuangan beliau menentang cubaan serta pujukan yang datang daripada tawaran berlakon yang mengenakan syarat supaya beliau membuka kain menutup mahkota wanita itu. 


 "Sememangnya penghijrahan ini tidak semudah disangka kerana godaan syaitan itu sangat luar biasa. Tawaran berlakon datang dengan imbuhan lumayan. Tidak kurang menetapkan syarat lima babak tidak pakai tudung dan selebihnya boleh kerana watak saya sebagai pesakit kanser. "


Saya beritahu, saya pakai tudung kerana kehendak hati, bukan kerana saya menghidap penyakit kanser. Saya berdoa kepada Allah SWT, jika benar dunia lakonan ini bukan untuk saya, saya rela berundur. Siapa sangka, selepas itu banyak tawaran datang," katanya.


 Katanya, reaksi peminat juga berbeza kerana ada yang senang dengan imej barunya dan tidak kurang berterus terang mengakui lebih menyukai beliau di zaman jahiliahnya. Apa pun, yang penting ialah memilih keputusan terbaik bagi diri seterusnya menyesuaikan hidup dengan aturan agama kerana matlamatnya kini adalah untuk berdakwah. 


 Tidak menyangkal ramai mengharapkan seorang ikon memiliki sifat yang sempurna dari semua segi terutama tingkah laku kerana menjadi perhatian umum, namun ia bukan tekanan baginya yang menetapkan untuk melakukan sesuatu selangkah demi selangkah. 


 Malah, beliau masih melalui proses memperbaiki dan mempertingkatkan diri mendalami serta mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan harian. 




Pada masa sama, meneruskan kerjaya bidang lakonan yang menjadi minatnya. Cuma, nawaitu itu mungkin berbeza kerana lakonan kini bukan untuk mencari populariti tetapi mempopularkan syiar Islam melalui penerbitan drama dan lagu yang mempunyai unsur mengajak penonton serta pendengar ke jalan mencari keredaan Allah. 


 "Saya tidak menafikan populariti memudahkan usaha untuk berdakwah. Rasanya tidak salah saya menggunakan populariti yang ada untuk tujuan memberi ingatan kepada penonton melalui watak yang dilakonkan. "


Jika watak Ibu Arini mampu membawa perubahan yang positif kepada wanita, isteri serta kanak-kanak yang menonton, saya bersyukur. Apa yang kita lakukan membawa kesan baik, ia adalah tabungan amal buat kita," katanya. 
Add caption


 Katanya, kegembiraan baginya ialah jika sumbangan kecil diberikan walau sekadar melakonkan watak dalam kisah drama berjaya menimbulkan kesedaran yang akhirnya mendorong seseorang itu menjadi umat Islam lebih baik. 


 Menurut Inneke, hidayah Allah SWT datang dalam pelbagai bentuk dan cara, yang penting ialah bagaimana seseorang itu merebut peluang yang diberi dan memanfaatkannya untuk kebaikan dirinya serta orang lain.


 "Saya terharu menerima sepucuk surat daripada peminat memberitahu bahawa dia mengambil keputusan untuk memakai tudung selepas terbaca kisah hidup saya. Kita tidak tahu apa yang mampu kita hasilkan tetapi kita perlu mula melakukan kerja menyebarkan syiar," katanya.

Selasa, 17 Mei 2011

love to share - peringatan diri yang leka

menjadi seorang islam itu satu nikmat yang besar...
tak percaya? hmm....
ragu-ragu??? hmm....
tak pasti??? hmmm....

itulah perasaan yang timbul bila iman kita goyang...
ketika hati kita bergelora dengan seribu perasaan gusar...
ketika hati menginginkan sesuatu yang tidak perlu...

masuklah ke dalam islam sepenuh-penuhnya...
itulah jalan yang kita harus tempuhi...
sukar... goyang imannya... besar dugaannya... hati dicerobohi oleh seribu kegelisahan...
itulah halangan yang sentiasa membuatkan kita tidak mampu memaafkan diri...
sekiranya kita gagal mengatasinya....

tidak terlihatkah kamu dengan nikmat tuhan mu,
tidak terlihatkah kamu dengan kamu lihat pada kejadian malam dan siang,
begitu sang bulan patuh mengelilingi bumi,
begitu tegar sang bumi menarik sang bulan untuk mengelilingi,
betapa kukuhnya pegangan sang bulan berputar dan beredar mengelilingi sang bumi pada jalan sama...
betapa bumi pun sama ketika mengelilingi sang matahari...

mampukah ini berlaku bila tuhannya bukan satu??

berterima kasihlah, sujudlah pada tuhanmu,
sedarkan dirimu dari lamunan mimpi,
bukalah hatimu untuk mendengar...
bukalah matamu untuk melihat...
bukalah telingamu untuk mendengar...
sedarlah apa yang dirimu ada itu takkan kekal selamanya...
andaipun kamu cuba  mempertaruhkan dirimu untuk memilikinya....

  [[[[[[]
( ^ _ ^ )")
(,,)       )
  (, , ), ,)

Selasa, 29 Mac 2011

ak fasi

aku bukanlah sebaik-baik fasi
bayangkan orang pesimis seperti ku boleh mengikfakkan diri untuk jadi seorang fasi.
kalu ade program motivasi ke? smart solat ke?
walau sesibuk mana pun...
walaupun assignment ku tinggi menggunungpun...
kalau da takde fasi yang sanggup infakkan diri untuk itu...
aku sanggup pergi...
sebab aku tahu, mereka memerlukan bimbingan...
aku juga tahu, aku juga memerlukan mereka...
aku perlukan mereka untuk menyedarkan aku tentang kepentingan dakwah...
untungnya mengenal Allah dengan sebenar-benar kenal...
untungnya bersyukur dengan ilmu kurnian tuhan....
untungnya hidup bersemangat...
untungnya hidup bermatlamat...
untungnya bersama mereka...
terutama bersama adik-adik lelaki sekolah rendah...
suci tanpa dosa...
melihat wajah mereka yang comel...
biarlah menghidu peluh badan yang berbau...
daripada menghidu bauan wangian badan yang melambangkan kesombongan manusia kepada Tuhannya...
ucapan terima kasih daripada adik-adik... walaupun diorang malas nak paham bila aku cakap... tetapi aku paham.... aku fasi yang banyak kelemahannya... T_T




seliparku yang dihias oleh adik-adik. time ni aku sangat bangga dengan dorang

adik di puchong... seronok ajar diorang buat sketsa... comel mcm abangnye kan?


yang paling penting aku nak cakap.... best giler dapat jadi fasi sabtu lepas.... adik-adik yang comel... sayang xde gambar... maklumla handpone kesygn ku dikebas oleh oleh pencuri yang sangat kejam pada orang miskin macam aku ni... moga Allah kekalkan kenangan aku bersama diorang di dalam hati ini...


adik-adik.... abang sayang kat adik2... terima kasih kerana panggil abg "abang" huhuhu...

Ahad, 13 Mac 2011

CITE AIR MATA KU

cerita korea dan aku...
Stained Glass
cerita ini mengisahkan tentang nilai persahabatan dan percintaan. ia juga menyentuh tentang takdir sebuah kehidupan yang tidak dapat ditentukan oleh manusia. Seperti biasa elemen kritianiti diterapkan secara terang terangan. dalam banyak cite korea, cite ni paling buat aku menangis... penataan bunyi, videografi,dan lagu dia memang hebat... tambahan pula pelakon pompuannya adalah yang faveret aku untuk cite sesedih begini...

Lagendary Doctor : Hur Jun
Cite ni banyak memotivasikan aku untuk hidup. menyedarkan aku tentang untungnya jadi seorang muslim. lahir sebagai seorang muslim. mana tidaknya, kehidupan feudalisma zaman Jeoseon (x sure betul x ejaannya ni..) memang naif dan daif. rendahnya martabat wanita, menyedarkan adalah mustahil untuk melihat wanita di kedudukan seperti hari ini jika tiada kewujudan islam cite ni gak banyak memotivasikan diri aku tentang pengorbanan yang kita perlukan untuk mendapatkan ilmu... apapun dr hur jun aku ni memang the best...

kat atas ni semua drama-drama korea yang dah ak tengok, dan banyak aku puji dan aku ingat je selalu...
dan paling pasti semua yang kat atas ini bukanlah drama-drama yang hits dekat sebilangan besar rakyat malaysia...

*lebih baik menangis kerana Allah


Sabtu, 6 Jun 2009

luka...

da lama tak merapu kat blog ni.. ari nak cakap pasal luka...
bagi insan jiwang seperti ini memang mudah terluka..
manja la katakan..
pleased la jangan menyampah dengan statement sya ni.. huhu..
tapi tak slah klu korg menyamph aslkan sy tak tau..
klu x teluka la saya nanti..
huhu..
kenaplah sy post ym sy ng naqib sy kat bawah ni??
tak psal kene marah..
igtkan dua orang je baca blog saya..
kak tycoon n kak ana..
la nqib saya pown baca..
memang la x pro saya ni.. huhu..

ni bkn joke sbnrnya..
tapi sebenarnya kelukaan..
tapi nasihat saya bagi sesiapa yang tidak pernah bejemaah @ berusrah please jgn baca post saya sebelum..
sungguh kamu tak akan faham..

apa rasa terluka sebenarnya??
  1. rasa give up
  2. rasa sedih
  3. menangis
  4. kecewa
  5. hilang arah
hakikatnya paling utama ketika kita terluka ialah kita rasa sedih...
sori sya da xde modal.. wassalam..

Rabu, 8 April 2009

BAYANGAN CUBAAN.

Ke mana aku harus pergi?
Ya ALLAH, kenapa Kau bawa pergi dia!!??
Apa dosaku? Engkau menghukumku.
Apa salahku, kau duga aku begini???
Kau bawa pergi dia..
Bisakah aku mambenci Kau??
Kau tuhanku.. sapa lah aku menafikan ketentuanMu?
Kau Maha Esa.. mungkin aku perlu sendiri..
Aku tak layak terima kesenangan ni..
Biar aku seksa diri ni..
Mungkin bahu jalan ni tempat aku tidur malam ni..
Aku tau aku tak sendiri..
Aku ada diriMu.. Ya ALLAH..!!
Munkinkah aku dah sewel , Ya ALLAH!!
Kau dah kurniakan aku segala rahmat hidup..
Mengapa tempat ini aku pilih..
Ahhhhhhhhh..
Ayah , mad rindu ayah..
Mengapa ayah tinggalkan mad?
Apa salah mad?
Ke mana tempat mad hendak mengadu?
Mad rindu ayah..
Adakah mad terus sendiri..
Ayah suruh mengadu kat ibu?
Dia bukan ibu mad..
Bisakah dia mengganti tempat ayah..?
Dia sayang tak , kat mad..?
Mad tahu ni semua ketentuanNYA, tapi relakah mad tahan semua ni?
Ya ALLAH tolong la daku!!!

Khamis, 2 April 2009

kenapa saya ade blogggggggggg????

  1. gatal tangan
  2. rasa ingin tau..
  3. mmg ske mengarut
  4. saya gile tech
  5. nk cube benda bru
  6. nk cri org yng skepala
  7. ske bwt bnda trial n error
  8. tarbiah diri
  9. nk jd lbh stailo.. huhu..
  10. nk knl diri saya lbh lagi..
  11. nk menaip lbh laju
  12. nk elak bwt benda yang lebih tak berfaedah..


Selasa, 31 Mac 2009

akan tiba masa nya kita akan pergi

keikhlasan itu permata dalam satu perjuangan..
kalau sukar melahirkan keikhlasan mungkin skali sudah tiba masa untuk berundur diri,
hanya mencari masa paling sesuai,
dengan penganti yang sesuai,
dengan akhlak lebih baik,
masa itu aku akan pergi..

Jumaat, 23 Januari 2009

kampungku


View Larger Map
klik pada view larger map cuba klik pada "rumahku"...
sungguh hijau kampung ku...... huhuhu

kawan yang setia