Rabu, 28 September 2011

Ade Ape Dengan " Ping Pong" w1

pertama-tama nk cakap yang post ini post ngarut jerk....

sem ni dengan hati aku yang separuh ikhlas,
aku memilih Ping Pong sebagai subjek koko aku yang kedua...
~,~ V

pertama skali aku cam sengal je jalan dari gazebo ke Kompleks Mahasiswa atau lebih sesuai dipanggil "kompleks BHEP"...

lawa x lomografi camera murah aku...
ni fakulti aku... bangga kejap...


ni KM aka KBHEP... :P
simbol kegagalan MPP

ini instraktor... aka mantan intraktor ladang ikan tahun lepas


nasi lemak yang x cantik hasil kesengalan aku melukis..

org lidi ni hasil lukisan T.C. (Thailand - China)

sebelum mendapat sentuhan khas dari libya

bunga2 - bendera libya itu di lukis oleh sara dari libya


akak hort yang selalu sekelas pun ader dalam kelas ni...
laki tgh ckp ni budak ikan
yang lain x igt

tahpela mengarut

nampak cam x ckp banyak dalam gambar ni... tp kat luar mashaAllah

TC tgh bising 





setiap kali bertemu kawan baru pasti kita mengharap yang terbaik...
tp igt 1 perkara erti hidup pada memberi... :)

Isnin, 26 September 2011

Pastikan Iman terus terisi... bahagian 1

kita harus memastikan diri kita sentiasa mendapat pengisian berbentuk rohani

tau x kenapa?

sebab iman tu ibarat kuasa bagi roh kita


dengan iman
jiwa kita akan tenang

ibaratnya kita ambil wuduk
kita menyapu air ke anggota wuduk mengikut tertib
dengan  niat membersihkan diri kita dari hadas kecil kerana Allah

melalui wuduk kita tenang dan aman
dan bertenaga
sedang kebasahan sapuan air wuduk itu kering
kedinginan nya juga hilang
tapi kita akan terus merasa damai

ini jelas yang disebalik wuduk itu ada keredhaan...
ade keberkatan...


seperti juga
ketika kita rasa takut... seram... 
ketika diancam...

lalu kita menyebut kalimah LailahaIllallah...
berulang kali....
kita mengingati kebesaran Allah...
kita mengingati kemurahan Allah yang tidak pernah putus kepada diri kita...


Secara beransur-ansur keberanian itu hadir...
kekuatan itu menghiasi diri...

hal ini membenarkan pesanan Rasulullah yang meminta kita meperbaharui iman kita dengan kalimah LailahaIllallah...




Jumaat, 23 September 2011

Jumaatku

aku melihat kefasikan dalam diriku,
Allah engkau tuhan maha esa
tempat aku mengadu,
tempat aku merintih buat hatiku yang sedih.

Ampuni dosaku...
dengarkan rintihan hati...
ampun segala dosa-dosaku...
dekatkan aku dengan Mu...

jadikanlah aku insan yang senantiasa mensyukuri nikmatMu
jadikan aku insan yang membasahi lidah dengan kalimahMu

damaikan setiap kali hatiku resah...
dengan keyakinanku pada janji-janjiMu...

pandulah daku di jalanMu
teguhkan aku dijalanMu...
bukalah pandangku untuk melihat kemenangan yang pasti dijalanMu

redhakan hatiku setiap kali dalam dugaan...
sucikan hati ini dari segala jenis kebencian...
teguhkan hati ini dalam berdepan panahan-panahan fitnah...

YA ALLAH... YA RAHIM... YA RAHMAN...
ampunkan dosa-dosaku..
ampunkan dosa-dosaku..
ampunkan dosa-dosaku.
ampunkan dosa-dosaku.
ampunkan dosa-dosaku.

Khamis, 22 September 2011

Saidina Uthman bin Affan r.a. :Lima Ciri Orang Bijaksana

kr :http://abubasyer.blogspot.com/2011/09/hayatilah-lima-ciri-ciri-orang.html

Saidina Uthman bin Affan r.a berkata : "Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
 Pertama : Hatinya selalu berniat suci.
 Kedua : Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
 Ketiga : Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).
 Keempat : Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah.
 Kelima : Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia."



ibadat se-mata2 kerana Allah SWT 

Rasulullah SAW bersabda: "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Lidah dibasahi dengan zikir
zikir mengingati Allah

Dari Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Ibn Majah, diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT berfirman : "Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, niscaya Aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari anak."


Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).

Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya : "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah." (Hadis Riwayat Abu Naim)



Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah.



Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefarduan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. " (Hadis riwayat Bukhari dan Muslirn) Dalam sebuah hadis lain Rasulullah SAW. juga pernah bersabda yang bermaksud: "Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah SWT dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat."


Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." (Surah Muhammad ayat 36)

 Apabila kalian merasai kesukaran dan menghadapi banyak masaalah hidup di dunia ini, janganlah berputus asa dan rasa kecewa kerana sesungguhnya Allah SWT adalah tempat bergantung dan tempat di letakkan sepenuh pengharapan. Berdoalah bersungguh-sungguh kepada-Nya. Allah SWT menjadikan kehidupan ini dan semua yang ada padanya sebagai ujian kepada menusia, dan dapat menilai siapakah manusia yang paling baik amalannya. Di akhirat nanti kedudukan manusia ditentukan beradasarkan apa yang mereka lakukan ketika di dunia dan akhir kesudahan kehidupan mereka. Kehidupan didunia hanyalah sementara sahaja.


kr :http://abubasyer.blogspot.com/2011/09/hayatilah-lima-ciri-ciri-orang.html



Rabu, 21 September 2011

Selamat datang semester baru, kuharapkan semua lebih baik

da makin bulattt.. :D


kamera baru... yang penting paling murah dalam pasaran
huhu aku bangga

masih setia sebagai kekasih aku
teman susah senang
ha3

hadiah dari seorang sahabat
peneman ketika mati kecil

masih setia dengan hempom yang paling baru aku ade
ia juga paling murah...
pernah benci die ni..
tapi sudah memahami dan menghargai kekurangannya...
aku mula menyintai nya :)

di bilik baru, blok baru, rumate baru...
harap langit selalu cerah
selepas meninggal musytari dengan berat hati
maklumla 4 tahun aku bermustautin di sana



dok aras paling bawah...
terkejut setiap kali dalam situasi begini...
pluto... aku berharap nasib ku lebih baik
fathi ayub antara rumate baru
handsome?
maaf dia kepunyaan ke'ah
:D haha


Jepun lwn Malaysia
ni satu2nya Ultras Malaysia dalam kalangan
Asperian Batch aku
aka Ayie


Isnin, 19 September 2011

dekat pada-mu


Dekat pada-mu,
Itulah tujuanku...
walaupun jauh akan ku tempuhhhh...
aku tak pernah kecewa dengan-mu

kerana setiap langkah jalanku mencari-mu akan disahut oleh larian-mu

hebatnya cinta-mu membuat dada ku sebak...
air mataku membasahi...
tenang hatiku kerana munirnya cinta-mu...

sentap diriku setiap kali aku lupa akan besarnya cinta-mu...
jangan hentikan langkahku mendekati-mu

sentuh jiwaku yang longlai dengan cinta-mu

Selasa, 6 September 2011

munafikkah autokrator?



takutnya pemimpin pada orang yang dipimpin,

 hingga menjadikan dia seorang autokratik, 

sang munafik unggul... 

ingatlah apa yang kuntumkan oleh lidah mu belum pasti mekar...

 usah lupa bahawa kuntuman bunga yang kembang indah...

si  mekar itu lahir dari dahan yang asal kecil dan lemah...

namun daya yang tersimpan dalamnya hakikatnya gagah...

kerana mudanya dia...

benarkan ia mekar...

bajai dia...

kerana ia akan menjadi penerus kehebatanmu...

 ingatlah rebah pemimpin yang hebat adalah kerana cintanya kuasa 

yang digenggam di tangannya..




Khamis, 1 September 2011

Refleksi ramadhan 1432 Hijrah.


Apalah aku buat sepanjang bulan puasa ni yea?

Tidooo..
Makannnn...
PES 2011...
Online...
Usrah....
Kem Permata Ihya' Ramadhan...
IHRAM IOA 2011...
Meeting...

tu la aku rasa agak frust dan rasakan telampau bayak perkara yang harus diambil iktibar dan muhasabahkan dalam kehidupan yang pasti sengkat ini...

pape pun, aku perlu banyak bersyukur sebab banyak diberi kesempatan untuk membuka minda dan mematangkan jiwa.



antara yang paling bermakna adalah ketika mengerakkan Kem Permata Ihya' Ramadan (kpir) sebagai PENGARAH....

banyak aku belajar.... antaranya...
SAY NO TO ONE MAN SHOW
program wajib ade backup plan, sebab banyak perkara yang luar dugaan boleh berlaku.
harus terus relevan, tenang, marah tidak membawa kita ke mana
rancangan strategik, penyelasan program yang jelas, skop tugas perlu jelas, dan setiap ajk perlu tugas yang specifik dan jelas
setiap program perlu memiliki roh islami yang menyerap dalam jiwa setiap ajk dan peserta
adakalanya kita keluar dari tempat kita rasa selasa, untuk bangkit roh yang layu adakalanya mati...
perbincangan semasa ke semasa antara pengarah, t.p. , master fasi, protokol, ajk ibadah... perlu diadakan...

Peluang berusrah dengan generasi wadah pula, cukup menyedarkan punca kelemahan gerakan dakwah masa kini....

selain itu juga, IHRAM bersama IOA Kelantan juga tidak kurang hebatnya...
cukup membuka paradigma minda aku yang sempit ini... peluang berinterasi bersama masyarakat Temiar di Post Pasik @ Seri Permai cukup menyedarkan saya betapa penting kita membimbing golongan yang terpinggir daripada tersebarnya roh Islam dan pembangunan fizikal.

Masyarakat Temiar di sana terdedah dengan penerapan budaya hedolisma yang sesat oleh pendakyah hipokrit cukup membimbangkan diriku.

Tetapi apa yang cukup menyentuh hati aku, kemesraan anak-anak kecil di sana dan keinginan mereka mendalami islam sebagai cara hidup mereka amat mengujakan aku. Aku melihat masa depan mereka akan terus bersinar dengan roh islam jika didedahkan islam secara konsisten dan berhikmah.

Pengalaman menyediakan Cak Raya' setiap hari pada waktu berbuka merupakan latihan tarbiyyah yang melatih diri. Memuliakan tetamu, iklas hati itulah antara yang paling penting memastikan gerak kerja penyediaan Cak Raya' berjalan lancar...

Mengenali masyarakat temiar tidak bermakna jika kita tidak mengenali bahasa mereka. di sini. aku listkan beberapa perkataan yang aku masih ingat...

aku-yik
kamu- hak
bapa- bapak
ibu - babok
anjing- cuok
babi - te'on
satu- ni
dua - nar
tiga - nek
*4.5,6... itu ikut bahasa melayu je

da xde mood da nak menaip... wassalam






kawan yang setia