Khamis, 5 Mei 2011

cinta yang dicari

insan-insan cumil
Mereka ni memang pasangan yang hebat. Sorang tinggi dan seorang comel… tak kedua-duanya memang comel, tiada kata yang lebih comel untuk aku gambarkan betapa aku mengagumi komunikasi kedua-dua orang yang paling aku sayangi ini. Tahun ini sudah 27 tahun pasangan hebat ini membina kelurga . menempuh suka dan duka…

Aku sebagai satu-satunya lelaki cumil dalam kalangan anak-anak mereka , tidak dinafikan memang mengambil kesempatan untuk bermanja dengan mereka. Huhuhu… (~O~)….

Tapi mereka ini cukup adil pada semua anak-anak mereka. Melayan setiap anak-anak mengikut keperluan psikologi setiap anak… huhuhuhu…. Cukup cumil… (^O^)…. Sayang anak-anak ni memang emosi, adakalanya sangka buruk… bersalah sangat… (T o T)….

Bila bergaduh… seorang itu cukup sabar…. Seorang tu lambat panas… tapi kedua-duanya itu is love to listen to each other…. (^^)… always had time n space untuk berbicara… tidak gawat mencari solusi… erm… tidak kalut mencari jawapan… suka merenung kesilapan disamping saling menghargai… so lovely kan?

Abah itu cumil… Ma itu sweet… seorang penuh jenaka, seorang senyum semanis gula… kedua-dua ini memang penyeri hidup anak-anak… kedua-dua ini saling tidak keruan bila tidak bersama… sehari tidak bersama, tampak sungguh gelisahnya… tampak sungguh runsingnya…

Every day is honeymoon… every day is dating day… tiap-tiap petang @ pagi, jika ada masa mereka keliling rumah… menziarah tumbuh-tumbuhan… adakalanya pisang…. Adakalanya lada… adakalanya jering… didalam semak pun berpimpinan tangan… so sweet…

Inilah cinta selepas kahwin… cinta beginilah yang aku cari untuk memenuhi hidupku…
Ya Allah…. Rahmatilah kedua-dua ibubapaku… letakkan mereka ke jalan ke keredhaan Mu… Ampunilah dosa ibubapaku… Periharalah mereka dari azab api neraka mu… Tempatkanlah mereka dalam kalangan mereka yang soleh… jadikanlah aku pelindung duka bagi mereka… jadikanlah aku embunan kebahagiaan hidup mereka… ampunilah dosaku… jauhkan aku dari semua yang mungkar… jadikan aku asbab mereka ke syurga dan bukan sebaliknya…

Ya Allah… rahmatilah daku dengan cinta Mu… rahmati daku dengan cinta sejati… bukalah pandangan kebenaran di hati… moga dapat aku bezakan yang batil dengan yang hak… yang palsu dengan yang sejati… ampunilah dosaku… tunjukkan aku jalan yang benar … jalan yang hak…

kawan yang setia