Selasa, 16 Februari 2010

pengalaman naik train tanpa tiket kali kedua...

 seperti biasa badan ini pasti letih selapas mendaki gunung angsi. selepas pulang dari  mines aku balik kolej dan mengemas baju. sesudah mandi aku meluruskan badan ku dan tanpa kusedari aku tertidur... sedar-sedar rehat yang tidak kurancang jam sudah pukul 7.55mlm...

sakit!!! jerit batinku. terasa sudah terlalu besar dosa ku pada yang esa... dengan jiwa penuh rasa menysal aku berwuduk dan  bersembahyang berdoa pada tuhan Allah maha Esa... dengan nekad aku cuba berbuat keputusan.

sudahlah tidak bertiket, jiwa ku ikat untuk bertekad mahu pulang ke kampung halaman mengenangkan ibu ku yang sudah hampiir sebulan belum ku temui... Lompat Train iulah azam nekadku macam ape yang abang izhar cadangkan... dengan penuh rasa bersalah aku meminta tolong syahfiz hantar aku ke stesen komuter Alhamdulillah dia sudi menolong ku... -  pertolongan dari Allah

setiba distesen komuter kira-kira pukul 8.06mlm - seorang abang memberitahu ku express wau tiba pukul 8.50mlm - masih banyak masa- Alhamdulillah - tidak lama kemudian seorang abang menyapa ku - " train da lepas " - lepas tu berboraklah ak dengan nya - dia pown same macam aku - takde tiket - bertemu rakan senasib - kira-kira pukul 8.40 train sampai- benda pertama aku buat adalah makan nasi- "Alhamdulilah jumpa jugak nasi aku ari ni.." detik dalam hati aku - lepas solat isyak qasar - selepas itu bermulalah pencarian tempat tidur ku... - tiada lainku fikirkan melainkan lantai train  yang berhabuk itu... - memandang masih banyak penumpang belum menaiki train - berehatlah aku dikerusi yang ada... - seorang adik tingkatan 1 duduk sebelah aku - dia datang dengan rombongan 9 orang ahli keluarga -

kawan yang setia