Sabtu, 6 Februari 2010

APA YANG INGIN AKU KATAKAN


Lari daripada masalah bukan cara terbaik...
Tetapi dalamilah masalah hingga ke akarnya kerana ia lebih penting...
Kehidupan jarang menjadi sebuah penyelesaian matematik, ia terlalu abstrak untuk diukur dengan jiwa yang lemah iman. Buatlah apa yang termampu, mungkin kita harus menggunakan akal fikiran dan daya usaha kita untuk mewujudkan keadaan yang selesa untuk semua.Berfikir untuk semua, berfikir sangat penting, menurut Rasulullah s.a.w berfikir sesaat lebih baik dari usaha setahun...
Hapuskan anologi, cipta sangkaan baik pada illahi kerana buruk yang kita sangkakan maka buruklah apa yang kita pinta pada tuhan. Sangkaan itu bagaikan harapan dan harapan akan selalu menjadi doa.  Sangkaan yang buruk bolehkah menjadi doa? Pasti tidak. Ia akan menjadi beban di jiwa. Ada benda yang perlu kita serah bulat-bulat untuk sementara pada Allah yang lebih mengetahui.
Menghormati ruang yang diingini oleh sahabat lebih baik dari kita berkejaran mencari penyelesaian yang tak tahu baik buruknya. Kita perlu ingat kerana jalan buntu perlukan masa dan ruang. Mohonlah kepada tuhan moga dibukakan jalan yang buntu.
Bertawakkal pada Allah adalah kunci penyelesaiannya kerana setiap apa yang datang daripadaNya akan kembali Nya...
Untuk saat ini...
Sungguh aku celaru menghadapi dugaan ini, meletakkan di tepian lebih baik bagi diriku kini. Tapi janganlah meletakkan diriku ini pusat pada semua pemasalah ini, kerana ia bukanlah niatku.
Jauh dari dalam hatiku, aku mahu diriku dibuang jauh-jauh. Aku insan miskin ilmu, jarang mencari nas-nas yang benar yang hak dalam membicarakan sesuatu.
 Ampunkn diriku sahabat... 
               Aku rasakan diriku bongkak sebagai seorang yang duduknya di atas.
               Aku tak selesa kataku dibudak-budakkan, biarlah aku menjadi insan yang kerdil di manapun  aku berada...kerana itulah tempatku yang harus aku berada.
Terima kasih atas semua kerjasama semua sahabat, moga ia diteruskan walaupun aku sekadar MED.

kawan yang setia