Khamis, 10 November 2011

aku suke cakap : ABDULLAH FROM ALGERIA


sambungan post yang sebelum ni...
lepas perginya budak pompuan tadi...
dengan lidah yang berbelit-belit... bersimpul-simpul...
aku mengubah lidah aku, otak aku kedalam mood bahasa omputih...
maklumla nak menegur foreigner...

seperti biase...
dengan tidak beradab mane aku pun mengeluarkan bunyi...
"where u want to go?"
berkali-kali jugak la baru dia faham
dia pun jawab " K12 " dalam bahase omputih

hah3
lepas tu aku tersipu-sipu malu mengucap salam dan menghulurkan tangan bersalam...

dari hentian bas pendidikan hingga ke K13 aku berborak dengan foreigner ni...
walau aku asyik terkeluar cakap BM je selalu...
It's ok, because i had gain somethings...

hasil borak ngan dia, aku dapat info ni

dia-
Abdullah from Algeria
an african Algeria

Algeria
agama terbesar di Algeria adalah Islam diikuti Kristian...
ade jugak aties dan animisme

yang paling best bile mula bertanya aku
mane lebih aku sukai antra belajar dalam bahasa Inggeris dan bahasa melayu
kemudian perbualan kami banyak berkisar tentang bahasa dan ilmu

hasil perbualan kami, kami setuju....
bahasa ibunda itu lebih sesuai digunakan dalam pembelajaran
kerana ia akan memudahkan penyampaian ilmu...
selain itu juga ia akan memperkasakan jati diri sesuatu bangsa dengan ilmu
kita harus sedar bahawa bahasa inggeris bukanlah bahasa ilmu..
ia tidak lebih sekadar bahasa komunikasi
transkrip ilmu-ilmu yang terdapat dalam bahasa arab, latin, greek, china masih banyak belum dialih bahasa lagi...
andai kita ingin maju kita harus mencontohi kehebatan tamadun-tamadun agung yang memajukan ketamadunan mereka dengan ilmu
mereka menterjemah transkip2 dari tamadun sebelum mereka kedalam bahasa mereka
hasilnya keilmuan dapat dirakyatkan
ia memudahkan pembelajaran dan kefahaman rakyat terhadap ilmu

antara keywords yang kami sebut adalah...
Knowledge is for All
Education is non-stop process..
we should not see education is stop as we past the school..

kawan yang setia