Selasa, 20 Mac 2012

Belajar? Benda lain lagi best??? (1)

 Saya selalu mengeluh belajar sesuatu yang membosankan. Tapi saya tak keseorangan dalam hal ini, kawan-kawan saya juga selalu mengeluh hal yang sama.

Sebagai mahasiswa, kehidupan kampus adakalanya terlampau stress dan penuh komitmen. Almaklumlah kita dilambakkan dengan timbunan laporan yang perlu disiapkan. Masa kita dipenuhi dengan jam kuliah yang panjang. Kerja amali adakalanya dilihat terlampau berat dan meletihkan.


Ramai cakap KAHWIN lagi best daripada belajar.


Dengan itu, kita cuba lari dari realiti kerja yang berat ini. Kita cuba melihat cara kehidupan lain yang lebih menyeronokkan. Seringkali pandangan kita terhenti pada kehidupan  berdua, iaitu perkahwinan.

Sapa nak tinggal keseorangan?

Siapa tidak inginkan perhatian?

 Siapa tak nak hidup dengan orang tersayang?

Semestinya sahabat-sahabat mampu menjawab persoalan-persoalan yang saya utarakan diatas dengan ikhlas dengan penuh yakin sekali kan?

Inilah apa yang saya lihat sebagai realiti kehidupan yang kita harus akui sebagai sebuah kebenaran kan? Walaubagaimanapun terfikirkah kita bahawa perkahwinan menuntut komitmen yang lebih besar berbanding dengan belajar.

Dalam perkahwinan kita, belajar banyak perkara lagi. Malahan hal ini turut dibebani bersama-sama dengan tanggungjawab kepada pasangan, ibu bapa mertua, ipar duai, saudara mara pasangan... Dan lebih berat lagi dengan kehadiran orang baru. Dari sudut kewangan, hal ini lebih kritikal. Tanggungan rumah, elektrik, air dan sebagainya pasti akan lebih membebankan.

Banyak lagi, cabaran yang bakal dihadapi  dalam perkahwinan. Yang membuat anda lebih nekad berminat untuk kamu lebih merasakan belajar lagi best dari kahwin.




kawan yang setia