Rabu, 28 Mac 2012

Jom praktikal di Sekolah... (^^,)

Alhamdulillah saya sedang berada di semester akhir saya di UPM. Banyak sungguh dugaan sebagai pelajar ni. Namun semester ni masih ada sesuatu yang saya masih risaukan iaitu praktikal di sekolah. Sapa tak bimbang beb....

Namun rasa risau dan resah saya dalam hati saya ini nampak bersuluh sedikit, atas inisiatif Fakulti Pengajian Pendidikan aka fakulti saya. Yang telah bersusah payah berusaha menjayakan majlis taklimat dan forum...

Dari majlis itu, ade beberapa perkara yang saya dapat facebookkan dan saya fikir menarik untuk dikongsikan di blog havoc tak jadi ni...

  • 5 m sebelum kelas, pastikan kelas bersih.
  • Persediaan ilmu penting bagi guru. Guru kena lebih tahu dari pelajar
  • Kena rapat dengan penyelia praktikal
  • Kena duit cukup utk praktikal.
  • Kena rapat ng guru pembimbing,
  •  survey sekolah awal. 
persediaan ilmu?
Haruslah cukupkan? anak-anak murid sekarang memang pandai dan memandai-mandai jugak semua. Jadi ilmu guru bukan sahaja tentang apa yang akan diajar tapi juga bagaimana mengawal pelajar dalam konteks tindakan dan emosi mereka.

Guru harus mengawal proses pembelajaran dengan bijak, sebaiknya secara demokratik... tidak memaksa dan tidak juga terlampau memberi kebebasan. Kerana sekolah adalah tempat paling penting dalam pembentukan disiplin, emosi, intelektual dan kretiviti setiap pelajar. suasana pembelajaran yang kondusif bergantung kepada kredibiliti seorang guru yang mengawal kelas.

Guru yang baik mampu mengajar pelajar2 sehingga mereka memahami apa yang diajar. Tunjang kefahaman ini berakar kepada pengetahuan dan kaedah guru menyampaikan ilmu kan? Jadi kena la ingat balik setiap apa yang bakal diajari.



Survey sekolah dulu?


Macam mane sekolah yang menjadi tempat praktikal? Siapa pengetua? Ratio pelajar berdasarkan agama, bangsa ? Semua hal ini perlu diambil tahu bagaimana keadaan sekolah...


Apapun berlaku, saya fikir ia tidak harus menyebabkan kita meletakkan sangkaan buruk kepada para pelajar... just be positive and prepared kan? 


Macam falsafah pendidikan kebangsaan cakap....


“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”



Setiap pelajar itu berpontensi... dan tugas guru adalah mengembangkannya...


Duit kena cukup!


Ye lah~ praktikal di universiti ni tempohnya 12 minggu, banyak duit kena pakai. Selain kena cari duit dengan bekerja ataupun memeras duit adik beradik dan fama~ satu inisiatif  saya  dan kebanyakan rakan sekuliah ku dan kebanyakkan pelajar yang nak praktikal ini adalah memohon zakat dari pusat zakat upm.


boleh atau tidak? bukanlah persoalannya. Yang paling utama adalah berikhtiar. 


Tapi pendapat saya, yang lebih penting sekarang  saya  harus mencari duit dengan titik peluh ku sendiri~ I hope everything is gonna be ok!








kawan yang setia