Selasa, 12 Februari 2013

Hijrah 2013 : pencetus

Assalamualaikum, kepada yang sudi singgah ke sini..

Tanggal 10 mei, kira2 sebulan aku mula berkhidmat di Rohingya Education Centre (REC) Klang...

hari ini, masuk hari ketiga aku pulang kampung. Terima kasih pada cuti CNY.. Hee...

Sebelum tiba ke Klang aku lihat diriku sebagai liabiliti pada keluarga dan lebih besar pada agama juga.

Masa ku hanya diguna untuk mengadap kerja-kerja lagho...

Terpikir2 "apalah nak jawab di padang mashyar nanti, tentang ape manfaat aku pada ummat.. "

Klu terlintas bayangan neraka... terus kecut perut...

Sebagai orang muda, kudrat aku berlebih-lebih.. Tapi manfaatnya tiada... Malu kat Allah..

Hidup aku pun, tak ade apepun yang boleh aku banggakan...

Mahu berfikir masa depan tak ubah seperti berangan-angan seperti mat jenin...

Aku bagaikan dipanggil untuk ke klang. Walaupun dalam hati aku berat, rasa tanggung jawab sebagai hamba dan khalifah di bumi milik Allah 100% benar2 menggerakkan aku.

Tempoh membuat keputusan sangat singkat... Rase juga aku tergesa-gesa...

Yang meyakinkan aku cuma 1...

Harakah.. Gerakan yang menghidupkan roh islam dalam tubuh ini.. Harakah PKPIM ABIM WADAH...

dalam hati aku, aku semat satu prinsip.. "aku tidak mengharap layanan no1.. Setiap layanan itu semua kemudahan dari Allah.. Andai ada dugaan semua adalah tarbiyyah dan balasan dosa-dosa aku yang lalu"

Moga aku istiqamah..

P/s: sambungan di post akan datang, moga Allah izinkan.. Ambo x cekak nk type pepanjang..

kawan yang setia