Rabu, 10 September 2008

DAIE......

Daie adalah perkataan arab yang bermaksud pendakwah.untuk menjadi yang berbaya seorang individu perlu ada nilai-nilai murni, agar setiap pesanan yang diberikan akan diterima dengan oleh masyarakat.
Menurut firman ALLAH S.W.T, sifat-sifat murni itu tidak dianugerahkan kepada individu melainkan kepada orang sabar. Tidak dinafikan sifat sabar adalah penting kepada individu kerana ikhlas dan sabar adalah tunjang iman. Dalam kehidupan seharian kita, kita haruslah bersabar dan bersyukur dengan ujiannya. Kita haruslah bersyukur apabila ujian kesenangan mendatangi kita.manakala kita haruslah bersabar apabila ujian kesusahan mendatangi kita terutama apabila perasaan sedih dan marah mulai menguasai kita.
Seorang daie juga haruslah mempunyai sikap ingin mengejar rahmat dan petunjuk ALLAH S.W.T. rahmat dan pentunjuk ALLAH adalah kunci kepada kejaan seorang daie.
“Kehebatan hari ini adalah hasil usaha yang hebat pada hari semalam.” Untuk menjadi seorang daie yang hebat dengan sifat-sifat murni yang terbaik adalah mengambil masa yang panjang dan dengan usaha yang hebat. Sesungguhnya tiada batu loncatan dalam usaha seorang daie. Dalam kata lain juga sifat istiqamah dan keazaman yang tinggi perlu ditanam dalam diri seorang daie.
Dari Al-Quran, kita dapat melihat contoh- contoh para pendakwah yang berkualiti. Rasul-rasul adalah du’an itu. Mereka sangat tabah dan sabar dalam usaha dakwah mereka. Antara rasul yang sangat tabah itu ialah Nabi Nuh a.s yang membuat usaha dakwah kira-kira selama kurang 50tahun untuk mencapai tempoh 1000 tahun.
Pendakwah harus memahami apabila mereka mencapai kejayaan yang pertama cabaran akan bertambah sukar, halangan akan mula bertambah seperti apa yang rasullulah s.a.w lalui setelah berjaya menubuhkan negara islam pertama di Madinah Munarwarah.
Pendakwah perlulah mengabunkan diri mereka Dallam jemaah agar kegiatan dakwah mereka akan berkesan dan mereka akan ada rakan-rakan yang akan menyokong mereka dari belakang.pendakwah perlulah menjaga tertib mereka dalam dakwah mereka. Iaitu menetapkan matlamat dakwah mereka sama seperti jemaah yang mereka sertai.merekas juga perlu taat dan ikhlas dengan kepimpinan jemaah..Mereka juga perlu menyediakan diri mereka dengan medium dakwah mereka.

kawan yang setia