Isnin, 2 April 2012

Bila PSU Menjemput

majlis makan amal persatuan pelajar islam kelantan


Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK), dengan tulus ikhlas menganjurkan Majlis Makan Amal PPIK (MMAPPIK), pada 14 April 2012 ini, bertempat di Hotel Raudah, Kota Bharu.

Dengan tema tahun ini, Jalinan Mesra, Segunung Harapan, MMAPPIK dijalankan adalah untuk mengumpulkan ahli-ahli PPIK yang lama dan baru serta badan-badan ataupun organisasi yang telah banyak menyumbang kepada PPIK. MMAPPIK juga diadakan ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada penyumbang-penyumbang disamping salah satu langkah untuk mengumpulkan dana PPIK.

Hal ini adalah penting bagi PPIK sebagai sebuah persatuan pelajar yang matang dan berkaliber di negeri Kelantan. Ia juga mampu memperkenalkan PPIK sebagai sebuah persatuan yang dinamik dan relevan dalam masyarakat di era globalisasi di negeri serambi mekah ini.

Barisan qiyadah PPIK menjemput semua pelajar yang belajar di Kelantan dan pelajar berasal dari negeri  Kelantan yang belajar di luar negeri Kelantan, untuk turut hadir bersama ke MMAPPIK yang di anjurkan ini.

Sesungguhnya sahabat-sahabat pelajar yang menyertai MMAPPIK kali ini, akan dapat mengenali PPIK dengan lebih dekat lagi, serta lebih terdedah dengan peluang berkolaborasi dengan PPIK dalam menjayakan gerak kerja islami di negeri Kelantan.

Sesungguhnya PPIK adalah antara salah satu daripada persatuan-persatuan yang wujud di Kelantan yang harus dimanfaatkan sebagai gerbang menabur bakti menyemai budi kepada rakyat negeri Kelantan tercinta. PPIK adalah persatuan yang aktif menjalankan program motivasi dan kepimpinan untuk pelajar-pelajar sekolah di negeri Kelantan. PPIK juga aktif dalam kerja khidmat masyarakat orang asli dari masa ke semasa terutamanya di waktu cuti semester di IPTA.

Kepada sesiapa yang berminat menyertai MMAPPIK kali ini, bolehlah menghubungi saya segera sebelum 10 April 2012, bagi memudahkan kerja-kerja pendaftaran dan tempahan makanan.

Dibawah adalah senarai harga yang ditetapkan mengikut status tetamu:
pelajar rm30, mahasiswa (rm35) dan bekerja (RM40)

kawan yang setia