Jumaat, 6 April 2012

Hassan Al Banna 1

Nama  : Sheikh Hasan Ahmed Abdel Rahman Muhammed al-Banna
Lahir   :  14 Oktober 1904

Kenal tak Imam Hassan Al Banna ? Malu tau kalau kalian tidak mengenal tokoh hebat ini. Mengenal tokoh ini, bukanlah mengenal namanya sahaja... Atau mengenang jasanya sahaja.... Kita harus copy paste sebenarnya kehebatan dan aspirasi hebat yang tersemat di dalam hatinya.

Ikhwanul Muslimin~
Beliau adalah insan yang bertanggungjawab mengasaskan Ikhwanul Muslimin (IM). IM sekarang adalah parti yang memenangi pilihan raya Mesir selepas kejatuhan kerajaan kuku besi Hosni Mubarak pada tahun 2011 yang lalu.

Bagi saya sebagai insan yang aktif dalam organisasi islam, IM menjadi model contoh pertubuhan dan inspirasi dalam gerak kerja. .

Wasiat Hassan Al-Banna


  1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.  
  2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah. 
  3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.  
  4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.  
  5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.  
  6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.  
  7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.  
  8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.  
  9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang.  
  10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya. 


kawan yang setia