Isnin, 23 April 2012

Kemaafan ku harapkan

kawan
mungkinkah kalian sekadar persinggahan,
kita ditakdirkan bertemu,
dan perpisahan pasti berlaku...

aku
mengaku
aku bukanlah sahabat yang baik,
selalu mencalar hatimu...

MAAF
semudah permohonan,
sesukar pemberian.

ungkapan itu bukanlah ubat kepada kepedihan,
andai tingkah ku,
membuat hati luka,
dan kini masih berbisa...

andai di hatimu
ade virus benci padaku
aku akui
takkanku bisaku
ubati hatimu...

andai di hatimu
ade barah benci,
kerana jasad yang lemah ni,
aku harap,

Ya Illahi,
lupuskan memorinya tentangku,
dalam ingatannya,
kerna ia akan buat dia tersiksa kerana bekas kelakuanku.

Ya Illahi,
jangan golongkan diriku,
dalam kalangan mereka yang celaka,
kerana memelihara nikmat persahabatan yang kau beri...

Ampunkan dosaku ya Allah,
Ampunkan dosaku ya Allah...

kawan yang setia