Khamis, 1 Disember 2011

KG BERKAT : bUKAN SEBUAH TRAVELOG

alhamdulillah 24-26 november aku berpeluang merasai program keluarga angkat buat pertama kali dalam hidup aku... ia sebuah pengalaman yang buka pradigma aku tentang program anak angkat dan bagaimana aku melihat  kehidupan masyarakat di luar dari kehidupan aku

ini kami satu keluarga

ayahku mustapha seorang deejay majlis kenduri kahwin dan majlis-majlis rasmi sekitar maran. seorang ayah suka memberi motivasi dan kuat ketauhidannya pada kebesaran Allah. banyak pesan2 yang dia berikan yang aku rasakan sangat berguna kepada aku dan anak-anaknya yang lain.

mama pula seorang penjual nasi lemak tersohor dikampung berkat maran. memiliki sebuah gerai nasi lemak di hadapan sekolah menengah maran 1. seorang penari kg berkat.

keluarga aku ini keluarga seni. semua anak-anak keluarga ayah angkatku aktif dalam aktiviti sosial di kampung, khususnya berkaitan dengan seni.

walaupun bukanlah bersama keluarga yang mewah seperti sahabat2 aku yang lain aku merasa bertuah kerana dengan bersama dengan keluargaku ini, aku dapat melihat kehidupan yang setara dengan keluarga aku sendiri tetapi dalam penglibatan sosial yang berbeza.

aku merasakan aku menjejak bumi yang nyata. bila berbicara dengan keluarga ku ini aku merasakan aku dapat menyerap harapan dan impian yang diletakkan ke atas bahu ku seperti mendengar nasihat abah dan ma di rumah.

aku harap hubungan yang terjalin akan bertambah erat dengan berlalu nya masa, bertambahnya usia.


pengalaman memeta kubur


kubur pun ade no plate skarang...

antara aktiviti menarik yang dilaksanakan sepanjang berada di kg berkat adalah memeta kubur. aku melihat ini merupakan jkk kg berkat memiliki visi jauh dalam pengurusan tanah perkuburan di kampung mereka.

setiap kubur diberikan kod nombor. dan melalui pengkodan ini kubur dan dipetakan dengan dan dipamerkan di pondok bagi memudahkan ahli keluarga yang datang menziarah

ia sebuah pengalaman yang sangat menarik...


adik aril cumel


peace mantap


muncung comel




senyum kambing

fotogenik


bersama adik aril ni best. baru berumur 5 tahun... best dengar dia cakap pahang... lagupun adik ni sangat manja dan suka cakap macam aku... bukan selalu dapat seorang adik yang cumel camni .

alhamdulillah

pengalaman di kg berkat sangat bermakna dengan kehadiran kamera RM240 aku

sahabat2 dikubur.. kh3

the best picture sepanjang program

sweet tak?



cambest je main benda alah ni

cantikkan?

sepagi dikubur... langit di maran sangat cantik... sebab tu aku suka posing dengan nya



kombinasi pelajar tahun 1, 3, 4... memberi cabaran kpd grup lain. walaupun hanya dapat no 2 dari 6 pasukan
alhamdulillah
(kami tewas pada kumpulan tahun 4 sahaja, so it's ok)

boling kelapa


aku bersyukur dengan pelaburan serendah rm240 aku dapat gambar sebaik ni.. ramai cakap gambar camera aku mcm dslr... wuhuuu!!! happy!

kawan yang setia