Khamis, 6 Ogos 2009

APA MASALAHNYA????


berada dalam satu kelab...
melaungkan semangat dakwah islamiah..
namun gagal mewujudkan semangat persaudaraan sejati...
kita daie..
mesti berhemah..
tegur menegur sesama kita.. haruslah berhikmah..
usah marah.. usah tinggikan laungan amarah..
antara kita pasti ada yang khilaf..
terlanjur silap..
tapi bukanlah dengan alasan kita untuk jadi marah..
tapi ia memerlukan bimbingan yang penuh hemah..
kalau dihayati sirah..
pasti kita dapati rasullulah tidak pernah laungkan amarah..
amarah dia penuh kasih..
penuh teladan..
agar kita jadikan ia teladan hakiki..

wahai saudara ku..
aku bukan insan sempurna..
aku tidak akan bersama kalian untuk masa yang lama..
kerana pejuangan kita agak berbiza..
namun aku tak rela..
tak rela melihat rekah-rekah ukhwah..
aku dapati kita perlu lebih berhemah..
aku tak mau lihat lagi telingkah yang tiada hemah antara kita..
bicaralah antara kita dengan penuh kasih, penuh cinta, pada yang esa..
kerana cintanya kita bersama..
kerana cintanya kita laungkan semangat dakwah..
kerana cintanya kita berukhwah..

kawan yang setia