Khamis, 31 Disember 2009

bebelan terakhir 2009...

kita boleh lari jadi insan yang diharapkan...???
walaupun kita dicipta untuk melalui ujian untuk mendapat ganjaran abadi, kita tidak boleh nafikan juga kita lahir untuk jadi orang harapan, kan? makbapak kita lahirkan kita dengan harapan kita menjadi... pengikat cinta mereka, penyeri hidup mereka, harta dunia akhirat mereka, dan juga insan yang buat mereka bangga dan bersyukur.

kiat juga tidak dapat nafikan yang kita dilahirkan untuk menjadi saudara kepada anak-anak ibubapa kita kan? kita diharpkan menjadi teman bermain, berkongsi, bergelak ketawa, bersyukur dan macam-macam lagi kepada saudara kita...

bila kita sudah sedikit dewasa, kita pasti akan menemui sahabat... mereka pun sama juga ada meletakkan harapan kepada kita kan? mereka juga sama macam saudara kita... al maklumlah kita ni tak ubah bagai saudara seperti mana yang dibawa oleh  junjungan besar NABI MUHAMMAD S.A.W. ...

sedar atau tidak walau apapun terjadi kita tidak boleh mengelakkan diri dari menjadi contohkan???  walaupun kita mersakan kita bukan insan yang baik namun ada kalanya kita perlu menunjukkan contoh yang baik...

alangkah besar nya harapan mereka jika kita bertanggung jawab sebagai pemimpin kan??? berat beban di atas bahu kita...

maafkan sy jika saya gagal menjadi insan harapan kamu semua...
maafkan saya melukukan hati semua...
maafkan saya saya bukanlah contoh yang baik...
terimalh saya seaadanya...
jumpa lagi di 2010...

kawan yang setia