Sabtu, 5 Februari 2011

Teori Cinta Januari 2011


masa untuk berpuitis ^_~


Kerana engkau pernah ku cintai 
dan kita berada di orbit berbeza
ibarat dua planet yang berbeza
besar mana aku menyintaimu
tanpa kuasa tuhan yang maha esa 
kita mustahil akan bersama
seharusnya aku sedar dan redha dengan hikmah ketentuanNya


sudah terlalu lama
aku menyimpan rasa
menaruh cinta
kerana ia insipirasiku di zaman muda


kiniku cukup tua
untuk aku terus kebudak-budakkan
terus mengilaimu
terus memaku harapan di dinding illusiku


bukanlah salah dirimu sayang
ia dosaku
kerana terus rela menjadi hamba 
hamba pada nafsu rasa cintaku
cintaku padamu


cintaku itu menyesatkan
menyesat dalam illusi jiwa yang mengecewakan


itulah dugaan
dugaan bagi hamba tuhan yang maha Esa
Allah yang mengajar erti cinta hakiki


ke manapun engkau mencari cinta
selagi kamu belum menyintai tuhan yang menyelumuti dirimu
menyelimuti dirimu dengan rahmat dan kasih sayang
selagi itu kamu tidak akan pernah 
tidak akan pernah menemui cinta sejati

kawan yang setia