Ahad, 13 Mac 2011

CITE AIR MATA KU

cerita korea dan aku...
Stained Glass
cerita ini mengisahkan tentang nilai persahabatan dan percintaan. ia juga menyentuh tentang takdir sebuah kehidupan yang tidak dapat ditentukan oleh manusia. Seperti biasa elemen kritianiti diterapkan secara terang terangan. dalam banyak cite korea, cite ni paling buat aku menangis... penataan bunyi, videografi,dan lagu dia memang hebat... tambahan pula pelakon pompuannya adalah yang faveret aku untuk cite sesedih begini...

Lagendary Doctor : Hur Jun
Cite ni banyak memotivasikan aku untuk hidup. menyedarkan aku tentang untungnya jadi seorang muslim. lahir sebagai seorang muslim. mana tidaknya, kehidupan feudalisma zaman Jeoseon (x sure betul x ejaannya ni..) memang naif dan daif. rendahnya martabat wanita, menyedarkan adalah mustahil untuk melihat wanita di kedudukan seperti hari ini jika tiada kewujudan islam cite ni gak banyak memotivasikan diri aku tentang pengorbanan yang kita perlukan untuk mendapatkan ilmu... apapun dr hur jun aku ni memang the best...

kat atas ni semua drama-drama korea yang dah ak tengok, dan banyak aku puji dan aku ingat je selalu...
dan paling pasti semua yang kat atas ini bukanlah drama-drama yang hits dekat sebilangan besar rakyat malaysia...

*lebih baik menangis kerana Allah


kawan yang setia