Isnin, 21 November 2011

robinho ajar' anak die main bola... apa kaitan dengan taqwa?



pepatah melayu cakap... melentur buluh biarlah dari rebungnya...

sedey nampak ibubapa zaman sekarang berat mulut nak menceritakan keesaan Allah pada anak-anak...
zaman aku kecik-kecik dulu,
setiap kali ak nangis,
mak aku selalu cerita tentang Allah...
qada' dan qadar ketentuan Allah...
tq ma... :)

janganlah memberi kemewahan saja pada anak-anak anda....
kerana kemewahan hanya menenggelamkan anak-anak kamu kekeliruan dunia...
ingatlah bahawa kemewahan dunia takkan bawa anak-anak kepada kebahagian sejati...

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan
at-tahrim 6

maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (dia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku! Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku!
alfajr 15-16

seperti apa yang telah diperkatan dalam ayat alfajr yakinlah bahawa kesenangan akan menyesatkan andai ia tidak disulam dengan ketaqwaan kepada Allah S.W.T

Wallahualam...

kawan yang setia