setiap perenggan pendek....
1-7 baris sahaja.
1-4 ayat sahaja
bold setiap keyword
-memberi penekanan
-memudahkan kaedah membaca secara cepat
x semua orang ade banyak masa untuk membaca
ayat jangan terlalu panjang atau kompleks
-tidak melebihi 15 perkataan.
-cukuplah satu je "dan"
asingkan kata2 @ nas al-quran dari ayat biasa
-sabda, dan maksud ayat al-quran
-kata-kata tokoh
bergambar
-2-5 gambar
-jangan terlalu banyak
-ade kaption jika perlu
tidak telalu panjang
-tidak melebihi 10 perenggan
-tidak melebihi 500 perkataan
-klu nak banyak pun 700 perkataan
Selasa, 24 April 2012
Isnin, 23 April 2012
Kemaafan ku harapkan
kawan
mungkinkah kalian sekadar persinggahan,
kita ditakdirkan bertemu,
dan perpisahan pasti berlaku...
aku
mengaku
aku bukanlah sahabat yang baik,
selalu mencalar hatimu...
MAAF
semudah permohonan,
sesukar pemberian.
ungkapan itu bukanlah ubat kepada kepedihan,
andai tingkah ku,
membuat hati luka,
dan kini masih berbisa...
andai di hatimu
ade virus benci padaku
aku akui
takkanku bisaku
ubati hatimu...
andai di hatimu
ade barah benci,
kerana jasad yang lemah ni,
aku harap,
Ya Illahi,
lupuskan memorinya tentangku,
dalam ingatannya,
kerna ia akan buat dia tersiksa kerana bekas kelakuanku.
Ya Illahi,
jangan golongkan diriku,
dalam kalangan mereka yang celaka,
kerana memelihara nikmat persahabatan yang kau beri...
Ampunkan dosaku ya Allah,
Ampunkan dosaku ya Allah...
mungkinkah kalian sekadar persinggahan,
kita ditakdirkan bertemu,
dan perpisahan pasti berlaku...
aku
mengaku
aku bukanlah sahabat yang baik,
selalu mencalar hatimu...
MAAF
semudah permohonan,
sesukar pemberian.
ungkapan itu bukanlah ubat kepada kepedihan,
andai tingkah ku,
membuat hati luka,
dan kini masih berbisa...
andai di hatimu
ade virus benci padaku
aku akui
takkanku bisaku
ubati hatimu...
andai di hatimu
ade barah benci,
kerana jasad yang lemah ni,
aku harap,
Ya Illahi,
lupuskan memorinya tentangku,
dalam ingatannya,
kerna ia akan buat dia tersiksa kerana bekas kelakuanku.
Ya Illahi,
jangan golongkan diriku,
dalam kalangan mereka yang celaka,
kerana memelihara nikmat persahabatan yang kau beri...
Ampunkan dosaku ya Allah,
Ampunkan dosaku ya Allah...
Jumaat, 6 April 2012
Hassan Al Banna 1
Nama : Sheikh Hasan Ahmed Abdel Rahman Muhammed al-Banna
Lahir : 14 Oktober 1904
Kenal tak Imam Hassan Al Banna ? Malu tau kalau kalian tidak mengenal tokoh hebat ini. Mengenal tokoh ini, bukanlah mengenal namanya sahaja... Atau mengenang jasanya sahaja.... Kita harus copy paste sebenarnya kehebatan dan aspirasi hebat yang tersemat di dalam hatinya.
Ikhwanul Muslimin~
Beliau adalah insan yang bertanggungjawab mengasaskan Ikhwanul Muslimin (IM). IM sekarang adalah parti yang memenangi pilihan raya Mesir selepas kejatuhan kerajaan kuku besi Hosni Mubarak pada tahun 2011 yang lalu.
Bagi saya sebagai insan yang aktif dalam organisasi islam, IM menjadi model contoh pertubuhan dan inspirasi dalam gerak kerja. .
Wasiat Hassan Al-Banna
- Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
- Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
- Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
- Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
- Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
- Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang.
- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
Isnin, 2 April 2012
Bila PSU Menjemput
Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK), dengan tulus ikhlas menganjurkan Majlis Makan Amal PPIK (MMAPPIK), pada 14 April 2012 ini, bertempat di Hotel Raudah, Kota Bharu.
Dengan tema tahun ini, Jalinan Mesra, Segunung Harapan, MMAPPIK dijalankan adalah untuk mengumpulkan ahli-ahli PPIK yang lama dan baru serta badan-badan ataupun organisasi yang telah banyak menyumbang kepada PPIK. MMAPPIK juga diadakan ini adalah untuk memberikan penghargaan kepada penyumbang-penyumbang disamping salah satu langkah untuk mengumpulkan dana PPIK.
Hal ini adalah penting bagi PPIK sebagai sebuah persatuan pelajar yang matang dan berkaliber di negeri Kelantan. Ia juga mampu memperkenalkan PPIK sebagai sebuah persatuan yang dinamik dan relevan dalam masyarakat di era globalisasi di negeri serambi mekah ini.
Barisan qiyadah PPIK menjemput semua pelajar yang belajar di Kelantan dan pelajar berasal dari negeri Kelantan yang belajar di luar negeri Kelantan, untuk turut hadir bersama ke MMAPPIK yang di anjurkan ini.
Sesungguhnya sahabat-sahabat pelajar yang menyertai MMAPPIK kali ini, akan dapat mengenali PPIK dengan lebih dekat lagi, serta lebih terdedah dengan peluang berkolaborasi dengan PPIK dalam menjayakan gerak kerja islami di negeri Kelantan.
Sesungguhnya PPIK adalah antara salah satu daripada persatuan-persatuan yang wujud di Kelantan yang harus dimanfaatkan sebagai gerbang menabur bakti menyemai budi kepada rakyat negeri Kelantan tercinta. PPIK adalah persatuan yang aktif menjalankan program motivasi dan kepimpinan untuk pelajar-pelajar sekolah di negeri Kelantan. PPIK juga aktif dalam kerja khidmat masyarakat orang asli dari masa ke semasa terutamanya di waktu cuti semester di IPTA.
Kepada sesiapa yang berminat menyertai MMAPPIK kali ini, bolehlah menghubungi saya segera sebelum 10 April 2012, bagi memudahkan kerja-kerja pendaftaran dan tempahan makanan.
Dibawah adalah senarai harga yang ditetapkan mengikut status tetamu:
pelajar rm30, mahasiswa (rm35) dan bekerja (RM40)
pelajar rm30, mahasiswa (rm35) dan bekerja (RM40)
Langgan:
Catatan (Atom)