Khamis, 4 April 2013

Dunia baharu saya vs keciwa... ;)

Hari ini hari ke 35 saya berkhidmat di Kolej Vokasional Pertanian Chenor...

Hari ini juga hari pertama saya berpuasa... Setelah beberapa kali mencuba, tetapi gagal...

Walaupun tidak bersahur seperti isnin lalu, bahkan tubuh saya longlai lemah tidak seperti biasa...

Saya baikan diberi kekuatan untuk melaksanakan Ibadah rumit ini... Sukar mengurus perasaan untuk berpuasa...

Kemampuan ini, menandakan kesediaan saya mengadaptasikan diri di tempat baharu ini...

Syukur saya hari ini, adalah kerana mampu melaksanakan ibadah ini di saat sukar dalam kehidupan saya.

saya baharu sahaja, memutuskan hubungan dan harapan saya dengan seseorang yang saya cintai...

Tidur saya malam tadi tidak lena mengenang apa yang baharu sahaja terjadi. Kemampuan untuk berpuasa hari ini, adalah hadiah daripada Allah SWT...

Mungkin inilah jalan yang terbaik bagi diri saya... saya harap dapat kembali pulih segera daripada.kesedihan ini....

Tempoh kekecewaan saya sudah bermula sejak sebulan yang lalu. Hati ini puas dipujuk agar dapat menerima suratan ilahi yang sukar ini...

Saya yakin semua ini akan berakhir segera... Saya juga akan mengakhiri semua ini tanpa dendam benci atau dendam kepada sesiapa pun...

Malah apa yang telah berlaku ini, membawa saya lebih dekat dengan ALLAH... saya lebih tekun meningkat ibadah saya... Saya yakin inilah cara terbaik dalam menghadapi usaha ini...

Doakan saya kawan-kawan... Semua Allah mudahkan perjalanan hidup kita...

SubhanAllah, AlhamduLillah, Allahuakbar, Lailahaillallah....

we are for Allah... We need Him...

kawan yang setia