Khamis, 25 Julai 2013

Ramadhan Perjuanganku

Setiap kali, bulan Ramadhan berakhir hatiku pasti terasa menyesal...
Seperti ramadhan dipersia-siakan begitu sahaja.
Lailatulqadar seperti dibazirkan dengan kelekaan hidup...
Ibadah puasa seperti boleh dipersoalkan kesempurnaannya

Terawih dibuat ala kadar sehaja
Hati masih teringat ingat perkara maksiat
Akhlak seperti tiada bezanya antara sebelum dan selepas Ramadhan
Kualiti solat seperti tiada peningkatan

Kita kini berada di titik tengah ramadhan
Insafi pembaziran sebelum ini

Berazam gandakan kualiti
Berazam gandakan kuantiti
Beribadah secara bijak
Zikir dan istighfar harus tak lekang dari bibir dan hati...

Yang akan datang ibarat ilusi
Yang berhadapan tidak harus dipersiakan
Gambate!

kawan yang setia