Khamis, 23 Disember 2010

Isnin, 29 November 2010


bertepuk sebelah tangan
erti jiwa yang perit

cinta pada Allah
erti nya cinta hakiki
tapi mendapatkannya 
senang
tapi mengekalkannya
tampak sukar
jika nafsu bermaharaja

nafsu bermaharaja lela
ertinya syukur di hati hanya sekelumit



Selasa, 23 November 2010

jadilah insan yang mencari

Demikianlah kami perlihatkan kepada nabi ibrahim kebesaran dan kekuasaan (kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.

 Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, Ibrahim a.s. melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "inikah tuhanku?" kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "aku tidak suka kepada yang terbenam hilang".

Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "inikah tuhanku?" maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".

 Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "inikah tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ` wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).

 "sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".

Dan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: "Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (sesungguhnya) pengetahuan tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?

"dan bagaimanakah aku hendak takutkan apa yang kamu sekutukan dengan Allah itu (yang tidak dapat mendatangkan sesuatu bahaya), padahal kamu tidak takut bahawa kamu telah sekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan kepada kamu mengenainya? Maka yang manakah di antara dua puak itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari bahaya), jika betul kamu mengetahui?"

 Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Isnin, 15 November 2010

Mentaliti kita nombor berapa?

merujuk pada rintahan doktor dibawah...
hati ku bertanya tentang kualiti yang aku miliki?
cukupkah?
selesakah?


(T_T)
tak mampu ungkapkan kekecewaan pada diriku sendiri...
masih malas...
banyak bertangguh...
sedang kesedaran yang dimiliki menggunung tinggi...
tapi hasih tindakan "very2 bad..."
Ya Allah ampunkan daku...
Kuatkan aku...
sungguh begitu lemah jiwa ini...
layakkah aku menjadi penghuni syurgaMu...
Andai tiada redha Mu...
gagallah aku sebagai hambaMu...


(T_T)


*google translate memelayukan teks dibawah baca original di the star


Mengapa kita kiri dan mengapa kita akan terus meninggalkan ...
Dihantar oleh: MS Mohamad


Saya membaca sebuah artikel menarik hari ini tentang beberapa tokoh menangani keprihatinan mereka atas peningkatan lulusan perubatan UKM dan UM yang telah meninggalkan negara itu (MALAYSIA) untuk meneruskan amalan perubatan di luar negeri.


Setelah membaca berita tersebut selama 3 kali, aku menelefon seorang teman yang sangat dekat, MD (UKM) lulusan untuk meminta pendapatnya tentang bagaimana berita itu mungkin telah mempengaruhi dirinya. Ia telah bekerja di Singapura selama lebih dari satu dekad sebagai Perunding Bedah dengan sub-pakar tertentu

Ahad, 14 November 2010

Hakikat dan Hikmah Ketentuan Allah - Penyerahan Diri Seorang Hamba -


An-am (37-45)


Dan mereka (golongan kafir musyrik) berkata: "Alangkah eloknya kalau diturunkan kepada Muhammad satu mukjizat dari Tuhannya?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah berkuasa menurunkan mukjizat", akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (balasan Yang akan menimpa mereka kalau mereka enggan beriman)(37)

. Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di Dalam Kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)(38)

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka adalah bisu dan tuli, di dalam gelap-gelita. Sesiapa Yang Allah kehendaki: akan disesatkannya (menurut peraturan tetapnya), dan sesiapa Yang ia kehendaki: akan dijadikannya atas jalan Yang betul lurus. (39)

Jumaat, 12 November 2010

Menjahit - Aku - Suka Duka - Terima Kasih - Alhamdulillah

Menjahit
itu biasa, maklumlah ibu kesayanganku memang tukang jahit
aku ni biasa jadi tukang jahit "subbed" je...
itupun untuk jahit penyangkup dan "hood" ( ejaan yang betul ke nie? )


semester ni selain memasak,
aku memang kena menjahit,
insan kelam kabut sepertiku,
dihumban ke dunia mesin jahit, benang-benang yang bersimpul,
jarum yang nipis dan tajam,
waaaah tersiksa batinku,
(T_T)


menangis tak berlagu indah...
tak keruan aku dibuatnya...
melihat jarum benang...
aku lari mencari facebook....
hahahaha
=P


kerja perit ini aku tinggalkan...
penangguhan demi penangguhan....
menyiksakan...


namun hasil sokongan sahabat-sahabat "coursemate"ku
abg ash, abg heri, abg zeman, abg bill, abg remy, abg azmi dan sahabat-sahabatku yang lain...(abang-abang ke semua ni? i don know)


TERIMA KASIH
kerana sudi menjemput/menerimaku dan membantuku sepanjang pertapaanku di K6 - banyak memberi motivasi diri untuk menyiapkan assignment yang menyiksa ku


TERIMA KASIH juga
pada Akak-akak makmal jahitan
kak Rose (sarat mengandung) kak yah (tolong jait kelim ;) ) kak sorang lagi tidak ku ingat, Cik Dina (bagi banyak kelonggaran), Pn Anis (banyak ugut saya aka memotivasi tq sangat)


Alhamdulillah..
selesai sudah masalah itu hari ini...


Walaupun di suatu saat aku sangat mengalah...
tapi masih sekelumit rasa percaya
terngiyang-ngiyang kata-kata Rauf aka mr suarazaman....
"Allah membantu orang yang membantu agamaNya"


Kata-kata itu jadi azimat usahaku menyiapkan assignmentku
huhuhuhu


Pengalaman ini (REFLEKSI)
menghargai kesukaran ibuku mencari rezeki untuk belanja raya, bayar yuran sekolah aku, 
"TQ ma, yeh saye (sayang ) ma
siksa susah ma sentiasa dalam ingatan yeh....
pengorbanan Ma tidak disia-siakan ditengah jalan...
ku hadiahkan sekelumit amalku menjadi hartamu ke syurga"

Selasa, 9 November 2010

wake up stop jiwang start fokus

allahuakbar
cabaran depan mu
masih lagi jiwang
stop!!!!

Puteriku Sayang

Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com



Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

http://www.liriknasyid.com

Sabtu, 6 November 2010

bagaimana berdepan mereka yang kurang kefahaman....

dari page "Kami Bantah Penambahan Penubuhan Kelab Malam & Hiburan Yang Melalaikan"  di fb

Jumaat, 5 November 2010

FB qoute

Berdoa lah dengan penuh kerendahan

SEMOGA....
HIJAB menjadi pakaianku,
KESUCIAN menjadi amalanku,
KESOPANAN menjadi perhiasanku,
DOA menjadi senjataku,
ZIKIR menjadi siulanku,
dan SYURGA menjadi tempatku..!!

(dari seorang adik)

Rabu, 3 November 2010

100th vs 21st

ini post ke seratus
setelah 2 tahun lebih kurang aku berblogger....
inilah blog pertama aku
masih sama cam dulu
aku rela lihat dia cam ni....
serabut dan telus...
macam aku huhuhu...

umur aku jugak sudah 21tahun...
terima kasih yang bagi ucapan kat fb...
lebih 100 lebih kurang ucapan ku terima...
dan beberapa orang yang sudi mengirim sms...
yang boleh kira dengan jari...
kak tiqun, si dia, beberapa beradik-adik ku....

sekejap tadi ma tanya....
apa azam baru?
saranan nya supaya aku lupakan si dia

memang patut aku lupakan dia...
sms birthdaynya cukup buat aku x keruan....
berhari lamanya...
cukup aku sengsara sepanjang semester pengajian ku...
aku blurr sendirian...
banyak assignment tertangguh

ok azam baru
-elak tenung wajah wanita, memandang lebih daripada sekali (tanpa sebab munasabah0
-kuburkan impian untuk dimiliki dan memiliki sehingga aku tamat pengajian
-kuburkan sikap malas
-bantu jemaah sepenuhnya...

Khamis, 28 Oktober 2010

untuk adik-adik abang semua; kesian jadi adik abg kene bebel aje

Abang:salam
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs224.ash2/48975_100000552550425_6805739_q.jpg
Adik : wsalam
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs226.ash2/49140_1361671392_6264641_q.jpg
Abang:bwt pe 2?
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs224.ash2/48975_100000552550425_6805739_q.jpg
Adik : tgok gamba2 kat skolah je..
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs226.ash2/49140_1361671392_6264641_q.jpg
Abang:oooo,mnt tgk cite korea ye?
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs224.ash2/48975_100000552550425_6805739_q.jpg
Adik : oo minat..
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs226.ash2/49140_1361671392_6264641_q.jpg
Abang:hahahaha,abg mnt gak
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs224.ash2/48975_100000552550425_6805739_q.jpg
Adik : yeke..wahh
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs226.ash2/49140_1361671392_6264641_q.jpg
Abang:tapi cite korea ni byk element kristianity,kene bijak menapis
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs224.ash2/48975_100000552550425_6805739_q.jpg
Adik : ha'a...stuju2
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs226.ash2/49140_1361671392_6264641_q.jpg
Abang:huhuhuhuhuh,jd jgn tgk cite je,bukak jgk buku agama. hahaha
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs224.ash2/48975_100000552550425_6805739_q.jpg
Adik : haha...ok2..
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs226.ash2/49140_1361671392_6264641_q.jpg
Abang:ilmu ni penguat kita,tapi klu x fhm jgn bwt2 fhm. tanya uztazah. Hahahaha .saje nasihat kt kt adik abg sorang ni
huhuhuhuhu
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs224.ash2/48975_100000552550425_6805739_q.jpg
Adik : ya2..insyaallah..
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs226.ash2/49140_1361671392_6264641_q.jpg
Abang:hahaha. moga Allah mudahkan dik, abg bkn baik,tapi skdar menunai kan tugas sbg abg.huhuuhuhuhu. ok kan?
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs224.ash2/48975_100000552550425_6805739_q.jpg
Adik : ok..sungguh merendah diri la..ehee
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs226.ash2/49140_1361671392_6264641_q.jpg
Abang:jgn ckp cam2,abg pown mcm adik gak. kta adalah manusia, sukakan kegembiraan. tapi kita kene ingat hakikat kita sebgai hamba .hahahaha
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs224.ash2/48975_100000552550425_6805739_q.jpg
Adik : abg faris ni msti bnyk ilmu agama nye kn..rse rendah la pulak. hehe]
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs226.ash2/49140_1361671392_6264641_q.jpg
Abang:hahaha. byk lah sangat ,apa yang ada pada abg hanya kesedaran. abg kongsikan dengan adik. moga abang lebih kuat dik....hahahaha
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs224.ash2/48975_100000552550425_6805739_q.jpg
Adik : insyaallah...dpt la kte kongsi ilmu yek..
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs226.ash2/49140_1361671392_6264641_q.jpg
Abang:insyaAllah terima kasih sbb sudi chat ng abang. hhuhuhuhuhu
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs224.ash2/48975_100000552550425_6805739_q.jpg
Adik : sokay..xjd masalah
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs226.ash2/49140_1361671392_6264641_q.jpg
Abang:ok la dik... ckp lah utk malam i smile always dik. happy always, but never forget Allah. huhuhuhu
dont forget my advise,but it is ok u forget me. hahahhaha
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs224.ash2/48975_100000552550425_6805739_q.jpg
Adik : ok..thnx
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs226.ash2/49140_1361671392_6264641_q.jpg
Abang:wassalamualiakum
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs224.ash2/48975_100000552550425_6805739_q.jpg
Adik : assalamualaikum
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs226.ash2/49140_1361671392_6264641_q.jpg

Sabtu, 9 Oktober 2010

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, supaya Engkau menghukum di antara manusia menurut apa Yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah Engkau menjadi Pembela bagi orang-orang Yang khianat.dan hendaklah Engkau memohon ampun kepada Allah; kerana Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 dan janganlah Engkau berbahas untuk membela orang-orang Yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.

mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, Dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata Yang tidak diredhai oleh Allah. dan (ingatlah) Allah sentiasa meliputi pengetahuannya akan apa Yang mereka lakukan.

Sedarlah! kamu ini adalah orang-orang (yang telah menyimpang dari kebenaran), kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah) Dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah Yang akan berhujah kepada Allah untuk membela mereka itu pada hari kiamat kelak? atau siapakah Yang akan menjadi Pelindung mereka (dari azab seksa Yang disediakan oleh Allah)?

dan sesiapa Yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

dan sesiapa Yang mengerjakan sesuatu dosa maka Sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

dan sesiapa Yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa, kemudian ia menuduhnya kepada orang Yang tidak bersalah, maka Sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta, dan melakukan dosa Yang amat nyata.

dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu (Wahai Muhammad), nescaya berhasilah cita-cita segolongan dari mereka Yang bertujuan hendak menyesatkanmu, padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri; dan juga mereka tidak akan dapat mendatangkan mudarat kepadamu sedikitpun; dan (selain itu) Allah telah menurunkan kepadamu Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (pengetahuan Yang mendalam), dan telah mengajarkanmu apa Yang Engkau tidak mengetahuinya. dan adalah kurnia Allah Yang dilimpahkanNya kepada mu amatlah besar.

tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang Yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. dan sesiapa Yang berbuat demikian Dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala Yang amat besar.

dan sesiapa Yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan Yang lain dari jalan orang-orang Yang beriman, Kami akan memberikannya Kuasa untuk melakukan (kesesatan) Yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke Dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang Yang mempersekutukanNya Dengan sesuatu (Apa jua), dan akan mengampunkan Yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu (Apa jua), maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang amat jauh.

apa Yang mereka sembah Yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk Yang lemah), dan mereka (dengan Yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan Yang derhaka;

Yang telah dilaknat oleh Allah, dan Yang telah mengatakan: "Demi sesungguhnya, Aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian Yang tertentu (untuk menjadi pengikutku);

"Dan Demi sesungguhnya, Aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan Demi Sesungguhnya Aku akan memperdayakan mereka Dengan angan-angan kosong, dan Demi Sesungguhnya Aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan Aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah". dan (ingatlah) sesiapa Yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin Yang ditaati selain dari Allah, maka Sesungguhnya rugilah ia Dengan kerugian Yang terang nyata.

Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka Dengan angan-angan kosong; dan apa Yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.

mereka itu, tempat akhirnya ialah neraka jahanam, dan mereka pula tidak akan dapat melarikan diri daripadanya.


Isnin, 20 September 2010

kongsi gambar yg diupload diprofil di grup



pergi kepada laman group yang ingin dikongsi, contohnya di persatuan pembimbing pelajar islam kelantan

Ahad, 19 September 2010

mati

185. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.
186. Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. dan Demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang Yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang Yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) Yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka Sesungguhnya Yang demikian itu adalah dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).

berlemah lembut













Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah, engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadanya.

Ali Imran 159 ( sila rujuk ayat asal untuk kepastian)

Jumaat, 3 September 2010

syabab musafir kasih



salam sahabat...
mungkin ramai sudah baca buku ni...
yang belum silakan baca...
pastikan baca ya...

insyaAllah selepas membaca buku ini

  • kamu akan diperkenalkan dengan cinta sejati melalui sudut kaca mata yang berbeza
  • mengenal cara mengawal amarah
  • indahnya kita bila menerima perbezaan antara kita
  • membaiki cara berkomunikasi

sayang lidah

seribu ucapan sayang
buat sahabat-sahabat yang sudi masih membuka blog kesayangan saya ini...
sengaja atau tidak sengaja...

terima kasih sahabat...
dalam meniti hari-hari sebagai mahasiswa buat tahun ke-4...
membuakkan rasa sunyi dan kosong...

siapa tak kenal faris?
F A R I S
siapa tak penah bingit leteran hati ini?

tapi kini aku bagaikan bertentangan dengan tabiatku
nak cakap tapi x siapa nak dengar (T_T)
SEDIH...

manusia rosak kerana lidahnya
kerana ia senjata menyakitkan hati orang
ia senjata merosakkan diri
nak sedap je...
kesihatan x pikir

mungkin ini hikmah disebaliknya
wallahualam





kawan yang setia